Showing posts with label CITE HADI. Show all posts
Showing posts with label CITE HADI. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

UMIII...DAH PENUH DAH MUKA HADI...

Kisah Hadi lagi...kita tengok gambar2 jer la ya..
Sebelum
Selepas


Tengok Mii...ada kudish Mi...

Ini gambar awal pagi tadi...masa mokcik nak ke tempat kerja, dia masih lena tidur..
Kesian dia...semoga cepat sembuh Hadi...

Wednesday, March 23, 2011

OH NO! HADI GOT CHICKEN POX

Salam kenkawan.


Been busy. After PD, i took 3 days leave and spent the school holiday with the family in KT. KT was raining nite and day. According to MIL, it has been like that ever since the tsunami hit Japan. Baru saja masuk kerja, have to take emergency leave yesterday. Hadi is having a high fever. However, it was only late in the evening that all the rashes come out. Thankfully, after taking medication for fever, Hadi slept well. I am amazed that he is not complaining or scratching the rashes... He is just being his usual self. The only problem now is who to take care of him for the next 10 days.  I cant send him to Taska. So, today big brother Asan has to ponteng sekolah to take care of Hadi.    Pity Hadi...hope he will get well soon.



I remembered  so far, paling teruk kena chicken pox ialah cik abe sometime in 2004.  Memang teruk sangat sampai muka pun dah bengkak macam alien.  Dalam tiga empat hari jugalah dia tak boleh tidur dan mengongoi2 menahan kesakitan.  Hanya selepas seorang kawan mengsyorkan cik abe menggunakan jelly gamat dan menyapu keseluruh badan, barulah cik abe boleh tidur.  Masa itu, semua anak-anak juga terkena jangkitan campak tapi tak teruk. Hanya mokcik dan Jaja [ yang baru berumur beberapa bulan masa itu] yang tak kena. Mokcik juga mengelak dari mendekati cik abe kerana kalau mokcik juga kena, huru hara la keluarga nanti kerana semua jatuh sakit sekali gus.  Alhamdulillah, kami berdua tak kena. Bila sembuh, memang teruk juga parut pada cik abe...berbulan2 juga masa untuk fully heal.  

Jaja pulak kena demam campak masa berumur dalam 4 tahun.  Masa itu memang agak teruk juga keadaan dia. Campak Jaja pulak lain fesyennya. Biasanya ia rashes kecik2 yang ada air macam melecur.  Yang Jaja alami ini, blister besar2 sebesar duit syiling 50 sen.  Bayangkan bila blister itu pecah dan meninggalkan bekas yang agak besar jugak...memang pedih gilerr.. Memang sayu betul tengok keadaan Jaja masa tu...mujur tiada parut, walaupun kalau ikutkan keadaan blister tu memang besar.  Doktor kata ada jangkitan, sebab tu instead of small rashes, Jaja alami lain dan teruk pulak.


Oh dear... lupa pulak...hari isnin tempohari hari lahir anak dara mokcik yang pertama. Nur Aini Amirah, genap 9 tahun.  Mokcik forgo trip ke KT demi untuk bersama anak-anak pada hari isnin. Tak apalah sebab kes itu pegawai lain pun boleh jalankan juga. Cuma as usual la kan kalau ada peluang nak balik ke KT mesti nak. Boleh jugak jumpa Usop dan kemas rumah sikit-sikit. 

Kek untuk Aini..chocolate Indulgence


Masa ini Hadi masih steady lagi. By late night, dia sudah mula demam panas.


Ok lah kenkawan. gotta go now. Have a nice day all...

Tuesday, October 20, 2009

BERATNYA NAK MELANGKAH

Semalam mokcik baru balik dari KT. Dapat extra day sebab kebetulan ada kerja kat sana. Masa nak siap2 nak ke airport semalam, Hadi dah meragam. Dia macam tahu2 ajer mokcik dah nak balik ke Putrajaya. Mana mokcik pi dia akan mengekor. Mokcik dapat meloloskan diri ke bilik air untuk mandi manda. Tak lama kemudian dia datang, menangis2 kat depan pintu bilik air sambil memanggil "umi...umii...umii..".

Alahaiii...

Lama juga la dia melalak depan pintu bilik air baru abah dia datang pujuk. Masa mokcik keluar dari bilik air, abahnya tengah tukar pampers Hadi. Sebaik sahaja Hadi nampak kelibat mokcik, dia pun start menangis sambil menghulurkan tangan kearah mokcik..."umiii...umiii...umiii". Sedihnya la nak tinggalkan Hadi. Macam tahu2 ajer dia untuk empat hari hingga hujung minggu baru la dia dapat jumpa umi semula, insyaAllah.

Biasanya, terutama sejak H1N1 ni, kami tak bawa Hadi ke airport. Tapi semalam rasa kasihan sangat tengok dia melalak. Cik abe keberatan nak bawa. Mokcik kata, tak aper la, lagipun nampaknya dia dah mengantuk dah. Dalam perjalanan ke airport bukan main seronok lagi dia. Dah dekat nak sampai, kepala Hadi pun dah melentok dah...dah nak tidor dah la tu. Dah sampai airport, mokcik bawa dia keluar sekali. Ingatkan dia akan tidor terus...ropenya...hmnn...terus dia terjaga! Dah terjaga tu, takmo pulak kena dukung atau naik troli. Dia nak berlari2an!

Cik abe kata, " lain kali abah tak mahu bawa Hadi dah..." hahhaha... memang Hadi ni hiperaktif laa...sabor jer la.

Jam 11 malam, mokcik tiba di rumah. Cik abe sms, " Hadi dah tidor. Baru lepas makan ubat batuk. Kesian dia.. saya peluk dia untuk awak."

Huhuhuhu...