Friday, October 2, 2009

PINDAH!


Alhamdulillah, syukur. Melalui emel mokcik panjangkan rayuan ke bahagian berkenaan dan minggu lepas permohonan kuarters mokcik telah dibenarkan. Dah sibuk dengan cuti raya, baru hari selasa lepas mokcik berkesempatan menguruskan berkenaan kuarters - urusan api, air dan deposit. Kebetulan semalam 1/10/2009 perasmian pembukaan kuarters Presint 17. Maka meriah lah Kedai Tenaga, Syabas dan Bahagian Pengurusan Hartanah dengan bakal2 penghuni yang menguruskan urusan masing2. Yang seronoknya, kat situ la dapat berkenal2an dengan bakal penghuni lain. Cumanya mokcik dapat rumah kat Presint 11...huhuhuhu...rumah baru tapi jauh bebenor lerr.
***************************
Selasa, seharian menguruskan hal api, air dan pengambilan kunci lepas bayar deposit.
Rabu, mokcik ada kes kat Jalan Duta. Duduk menunggu kes dipanggil dah pukul 12.30. Lunch hour, so mokcik menuju ke Jalan TAR. Ke Kamdar mencari langsir. Rumah ni fesyen rumah banyak tingkap. Mujur la masa raya tempoh hari memang mokcik buat secara ala kadar sahaja. Maklum la rumah di kampung pun dah hampir nak siap. Perlu duit juga. Tup tup dapat kuarters...kena juga ada benda2 basic kan. Bolehlah guna wang yang disimpan itu untuk membeli barang2 keperluan di rumah baru ini.
********************
Malam pertama kami bermalam di rumah baru, rumah sendiri...err...rumah kerajaan yang disewakan atas nama mokcik sendiri....wahhh...sooooo legaaa...sooo freee to do anything i want...well not everything la hahahha. Tapi bebas nak ke dapur ker, nak tergolek kat ruang tamu ker harharhar. Rumahnya luas, lima bilik, 4 bilik air, dapur yang luas....cumanya kawasan baru buka...so still agak sunyi walaupun sekeliling ada jiran la juga.
*******************
Mokcik masih dalam proses berkemas. Tu pasal lama tak sempat nak update. Lagipun sejak balik raya ni talian tenet kat sini asyik downnnn ajer.
*********************
Ok la...mokcik rasa macam ada buat entry ucapan selamat hari raya maaf zahir batin tempohari...hmmnn...ke mana menghilang entry tu tak tahu la.
********************
Anyway, selamat hari raya maaf zahir batin buat semua. Bila dah cukup settle down duduk kat rumah baru nie...nanti mokcik buat housewarming party. Ada ker kenkawan yang sudi nak datang?? hehehe..

18 comments:

  1. nak..nak.
    jgn lupa jemput yer,kalau kebetulan cik abe cuti buleh lah saya pegi.kalau tak saya naik erl ke putrajaya,akak ambiklah saya.
    hehe

    ReplyDelete
  2. Oh patutlah senyap jer berpindah rupanya....luas betul rumah tu....bila nak buatnya...? jemputlah saya sama...

    ReplyDelete
  3. selamat Hari Raya & maaf zahir batin.

    patutlah sunyi, ingatkan masih bercuti:)

    alhamdulillah..akhirnya ye kak..

    ReplyDelete
  4. selamat Hari Raya & maaf zahir batin.

    patutlah sunyi, ingatkan masih bercuti:)

    alhamdulillah..akhirnya ye kak..

    ReplyDelete
  5. selamat Hari Raya & maaf zahir batin.

    patutlah sunyi, ingatkan masih bercuti:)

    alhamdulillah..akhirnya ye kak..

    ReplyDelete
  6. PB,

    sabar yer ibu-ibu...nanti bila mokcik dah settle down insyaAllah mokcik jemputin kalian.

    Irfa,

    Buleh buleh no problem hehehe..

    Salwa,

    OO...sudah psti mokcik jemput kenkawan semua...tinggal sudi ker tak sudi jer nak datang rumah mokcik ihikss..

    Ijah,

    A'a akhirnya...dapat juga rumah sendirik, hak milik gomen muahahaha.

    ReplyDelete
  7. mokcik , saya sudi nak datang. Kita buat pot luck ok..

    ReplyDelete
  8. Mokcik Azwa
    Selamat berpindah ke rumah baru..mulai dengan azan...Insya Allah bertempiaran segala yang jahat,semoga dapat jiran2 yang soleh.

    Selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. Bila Azwa cakap kat rumah baru/sendiri ni FREE to do anything teringat pula adegan kejar mengejar harith Iskandar dgn Ida Nerina dlm cite Sepet..he..he..he.. Salam Aidilfitri buatazwa & family.

    ReplyDelete
  10. ishaAllah orang cheras boleh datang kalau kena hari dan ketika nya hehe

    ReplyDelete
  11. wahhh.,.macam ni kene riki2 dah mana rumah mokcik nih,. hwuahahhaha... jaga2..nanti saya datang serbu. hwuahahha... selamat pindah rumah baruuuuuuu!!!!!

    ReplyDelete
  12. Slmt hari raya dan slmt brpindah ke umah baru.

    thank kad raya...sori x balas sbb kad raya subsidi x dpt.

    ReplyDelete
  13. wah! rumah sendrik, bestnyer...!

    kat ner? kalu dekat boleh ler :)

    ReplyDelete
  14. zARA,

    pon pon...jemput la mari...

    Zar,

    Baru je mokcik nak buat suggestion...jgn lupa rendang itik hehehe

    MSOM,

    Alhamdulillah tertib masuk rumah baru macam tu la kan.

    Baru berkenalan dengan jiran sebelah rumah semalam.Maklum la dia keluar awal pagi, kami pulak balik lewat malam.

    ReplyDelete
  15. NBK,

    Aha kansss...malangnya takde partner nak berkejar2an muahahha. yang ada housemate, pompuan...kang klu kami berkejar2an lain pulak orang fikirkan hahahaha..

    Zino,

    Cheras tak jauh mana...lagipun bleh melencong ke presint 14 terus hehehe

    Saya,

    sila la riki2...kalau bleh jumpa, memang respek la. Mokcik sendiri kena tawaf 10 kali baru jumpa rumah ni hehehe

    datang bawak obek sekalik tauuu...

    ReplyDelete
  16. Zue,

    takper tak balas pun...yg penting ingatan tetap ada kannsss

    Maksu,

    Kat presint 11 kawasan baru buka..

    ReplyDelete