Showing posts with label SCORE RM. Show all posts
Showing posts with label SCORE RM. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

KURSUS LAGIIII DAN LAGIII

Salam kenkawan.

Mokcik berkursus cara-cara mengendalikan penyelesaian kes melalui Mediasi atau Alternative Dispute Resolution (ADR) di Bangi.

Meantime, anyone interested nak membaca sila mengunjungi website ini . Kalau nak dengar2 cerita pasal Score A, boleh bergeder2 dengan Mokcik malam esok di Pusat Kejiranan Presint 16 jam 9 malam. Sila datang at least 15 minutes early supaya dapat tempat duduk. Nanti mokcik kenalkan dengan Puan Jah kita... :)

Uikss....macam tak bestnya nak kempen kat sini kan, tapi kat mana lagi nak kempen hahahaha...

Ok lah, Mokcik tak malu nak kongsi sebab ini pasal Pendidikan, betul tak. Bukannya rugi pun kalau kita cuba. Kalau tak jadi jutawan pun, sekurang2nya anak2 kita score A..alahaiiii...

(mencubit diri sendiri...betul ker Mokcik yang tengah bercakap ni hahaha. Ni mesti dah kena rasuk ni, kena rasuk semangat usahawan Score A...)

Sunday, April 11, 2010

TERJEBAK!


Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan.

Mokcik baru balik dari menghadiri NDO atau New Distributor Orientation programme di Kampus Kota UM. Entah macammana mokcik boleh terjebak dan berada disitu! Sedangkan mokcik juga salah seorang seperti kawan-kawan yang sudah taubat nasuha dengan MLM ini. Cik abe yang pernah terjebak dipujuk kawannya menyertai Syarikat Hai Hai Bye Bye tak balik modal, sebaliknya rakannya itu pulak yang masih berhutang dengan Cik abe sampai sekarang... juga sudah taubat dari menyertai MLM. Tapi mungkin waktu itu, mokcik juga sama-sama bersalah kerana tidak memberi galakan kepada Cik abe. Kalau la mokcik memberikan galakan kepadanya, mungkin Cik abe boleh berjaya.

Well...mokcik sebenarnya cuma berhasrat untuk membeli program Score A untuk anak2. Terutama untuk Usop yang akan mengambil PMR tahun ini. Sejak hidup secara PJJ dengan famili ini, pelan untuk hantar Usop ke kelas tuisyen selalu sahaja tertangguh. Setelah membaca testimoni tentang program Score A, maka mokcik pun mengambil keputusan untuk menghubungi Puan Jahlilawati yang nombornya mokcik dapati dari laman web.. Puan Jah terus sahaja menghubungi mokcik dan menyarankan untuk hadir program prebiu Score A di Presint 16 keesokan malamnya. Kebetulan mokcik free, maka mokcik setuju untuk pergi.

Wah tak sangka prebiu ini mendapat sambutan hangat juga. Sampai tak cukup kerusi tempat nak duduk. Puan Jah terus introducekan mokcik untuk join dan belajar cara2 untuk menjadikan anak jadi pandai, dengan peluang kepada ibu bapa untuk menambahkan pendapatan. Ilmu nya dimulakan dengan dengan menghadiri NDO. Wah...mokcik memang tak yakin boleh buat perkara ini. Tambahan pulak mokcik memang alergik dengan MLM ni...kalau suruh jual barang memang mokcik kompom cakap terus terang..mokcik memang fail. Suruh la mokcik gi berhujah depan hakim kat mahkamah tertinggi, mokcik sanggup...tapi jangan suruh mokcik jual barang ye...memang tergagap2 mokcik dibuatnya.

Tapi yang seronoknya program ini, tak perlu pun menjual barang. Kita cuma berkongsi niaga sahaja dengan minima 4 orang kawan2, kita dapat modal kita semula. Terdapat 3 pilihan jenis biz untuk dipilih, yang penting, ukur baju di badan sendiri! Tak perlu bergolok-bergadai, pilih yang sedang2 sahaja. Yang penting....anak2 dapat Score, kita pun dapat score..score RM katanya.

Wah...berkobar2 pulak mokcik hahahaha...tapi tak per, tak salah memasang impian kan. Impian paling utama tentunya untuk kebaikan keluarga. Kalau anak2 boleh mendapat manfaat dari program ini, alangkah bersyukurnya mokcik. Kalau dapat meningkatkan pendapatan, alhamdulillah, itu satu bonus yang terpaksa kita terima...aminnn.

Ok la...boring ker baca? Terima kasih. Kalau tak nak jadi usahawan Score A pun, takde masalah, dapatkan ia sebagai hadiah paling berharga kepada anak2. Hadiah ini lebih bernilai daripada emas...tepuk dada tanyalah poket.... :)