Showing posts with label SCORE A. Show all posts
Showing posts with label SCORE A. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

PERKONGSIAN

Salam kenkawan. Mokcik baru muncul kembali setelah berehat beberapa ketika dari dunia blog. Lepas kembali dari kursus tempohari, mokcik kurang selesa...kepala rasa sempit, berdenyut2, double vision, rasa nak muntah. Akhirnya mokcik mengunjungi doktor dan katanya tekanan darah meningkat. Mokcik sebelum ini pernah ambik medication untuk hypertension, norvasc. Di klinik ini katanya..,"much as i would like you to take norvasc, i dont have it in my klinik now". Doktor suggestkan perindopril. Side effectnya, lepas makan ubat ni mokcik akan terasa mengantuk gilerrr..



After like a week on this medication, feeling much better, but have to take care of my food.



Remember..health is important, so take care kenkawan.


Tentang Score A. Okay, sebelum mokcik kempen gila gila kat kenkawan, mokcik kena cuba try test dulu produk ini. So, last weekend, dengan jayanya telah mengaktifkan akaun untuk anak2. On jer, terus mokcik minta Usop dan Aman cuba trial exam paper Sejarah yang menjadi minat mereka. Usop dapat 56.75% dalam tempoh 35 minit. Aman around 50% dalam tempoh 21 minit. Mokcik tanya, paper ni kalau exam betul berapa lama? Jawabnya sejam. So, okay...try to do it following the exam time.



Kebaikannya guna programe ini, soalan pada kali kedua berbeza dengan soalan pada percubaan pertama tadi. Ini untuk mengelakkan anak2 kita dari menghafal jawaban. Kalau sama tentu takde maknanya kan. Alhamdulillah, cubaan kedua mereka, markah melonjak ke 80%.



Seperti kita sedia maklum, anak2 memang suka main game komputer kan? Sama dengan program ini, jika anak2 dapat mencapai 80% ke atas, maka mereka akan naik ke peringkat lebih mencabar dengan soalan lebih sukar. Mereka semakin seronok dengan cabaran ini. Yang best bagi ibu bapa, kita boleh memantau dari tempat kerja sama ada mereka benar mengulangkaji. Masa diperuntukkan untuk membuat trial exam juga dinyatakan. Maka kita dapat mengetahui sama ada mereka main2 atau bersungguh2.



Dengan menggunakan produk ini, nampaknya seronok anak2 kita nak studi. Program Score A adalah rahsia kejayaan Nor Amalina dan beberapa sekolah seperti TKC.



Ok itu untuk anak2. Untuk ibubapa, jika kita mengambil pakej produk ini, kita berpeluang mendapatkan kembali modal yang kita laburkan. Hanya dengan mendapatkan 4 orang rakan kongsi, kita sudah dapat kembali modal yang kita laburkan, sama ada pakej A, B atau C. Usaha rajin dlam membantu rakan kongsi lain menambahkan rakan kongsi mereka kepada 4 orang setiap seorang rakan kongsi maka dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada pakej, kita mampu mencapai pendapatan sebanyak RM30k sebulan!


Wow, nampak menarik dan tak perlu jual produk pun sebab produk itu kita boleh guna untuk anak2 sendiri. Tiada tarikh luput macam produk makanan. Apa salahnya mencuba. Seorang majistret telah berhenti kerja lepas berjaya menjadi usahawan Score A. Kak Jah yang anda boleh baca kejayaannya di laman web BISNESJAYA bekas ahli korporat bergaji RM17k sebulan. Kini dengan Score A, pendapatannya RM100k.



Tapi, yang lebih mengujakan seorang bekas Pengawal Keselamatan di Universiti Malaya kini telah menjadi jutawan hasil Score A! Seorang Pencari Fail kini memang top earners dalam program ini. Terbaru dan sedang dalam proses menjadi jutawan dengan setakat ini mencapai RM70k sebulan adalah hanya bekas pekerja kilang!

Mungkin masanya untuk kita buat anjakan paradigma tambahan pula taim2 gawat macam ni...tapi untuk pendidikan? Semua orang tetap akan mengutamakan pendidikan walau macammana pun keadaan ekonomi dunia kan...Jadi kenkawan jom sertai mokcik :))

)
Berminat untuk mendengar prebiu Score A? jommmss...

Tuesday, April 13, 2010

KURSUS LAGIIII DAN LAGIII

Salam kenkawan.

Mokcik berkursus cara-cara mengendalikan penyelesaian kes melalui Mediasi atau Alternative Dispute Resolution (ADR) di Bangi.

Meantime, anyone interested nak membaca sila mengunjungi website ini . Kalau nak dengar2 cerita pasal Score A, boleh bergeder2 dengan Mokcik malam esok di Pusat Kejiranan Presint 16 jam 9 malam. Sila datang at least 15 minutes early supaya dapat tempat duduk. Nanti mokcik kenalkan dengan Puan Jah kita... :)

Uikss....macam tak bestnya nak kempen kat sini kan, tapi kat mana lagi nak kempen hahahaha...

Ok lah, Mokcik tak malu nak kongsi sebab ini pasal Pendidikan, betul tak. Bukannya rugi pun kalau kita cuba. Kalau tak jadi jutawan pun, sekurang2nya anak2 kita score A..alahaiiii...

(mencubit diri sendiri...betul ker Mokcik yang tengah bercakap ni hahaha. Ni mesti dah kena rasuk ni, kena rasuk semangat usahawan Score A...)

Sunday, April 11, 2010

TERJEBAK!


Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan.

Mokcik baru balik dari menghadiri NDO atau New Distributor Orientation programme di Kampus Kota UM. Entah macammana mokcik boleh terjebak dan berada disitu! Sedangkan mokcik juga salah seorang seperti kawan-kawan yang sudah taubat nasuha dengan MLM ini. Cik abe yang pernah terjebak dipujuk kawannya menyertai Syarikat Hai Hai Bye Bye tak balik modal, sebaliknya rakannya itu pulak yang masih berhutang dengan Cik abe sampai sekarang... juga sudah taubat dari menyertai MLM. Tapi mungkin waktu itu, mokcik juga sama-sama bersalah kerana tidak memberi galakan kepada Cik abe. Kalau la mokcik memberikan galakan kepadanya, mungkin Cik abe boleh berjaya.

Well...mokcik sebenarnya cuma berhasrat untuk membeli program Score A untuk anak2. Terutama untuk Usop yang akan mengambil PMR tahun ini. Sejak hidup secara PJJ dengan famili ini, pelan untuk hantar Usop ke kelas tuisyen selalu sahaja tertangguh. Setelah membaca testimoni tentang program Score A, maka mokcik pun mengambil keputusan untuk menghubungi Puan Jahlilawati yang nombornya mokcik dapati dari laman web.. Puan Jah terus sahaja menghubungi mokcik dan menyarankan untuk hadir program prebiu Score A di Presint 16 keesokan malamnya. Kebetulan mokcik free, maka mokcik setuju untuk pergi.

Wah tak sangka prebiu ini mendapat sambutan hangat juga. Sampai tak cukup kerusi tempat nak duduk. Puan Jah terus introducekan mokcik untuk join dan belajar cara2 untuk menjadikan anak jadi pandai, dengan peluang kepada ibu bapa untuk menambahkan pendapatan. Ilmu nya dimulakan dengan dengan menghadiri NDO. Wah...mokcik memang tak yakin boleh buat perkara ini. Tambahan pulak mokcik memang alergik dengan MLM ni...kalau suruh jual barang memang mokcik kompom cakap terus terang..mokcik memang fail. Suruh la mokcik gi berhujah depan hakim kat mahkamah tertinggi, mokcik sanggup...tapi jangan suruh mokcik jual barang ye...memang tergagap2 mokcik dibuatnya.

Tapi yang seronoknya program ini, tak perlu pun menjual barang. Kita cuma berkongsi niaga sahaja dengan minima 4 orang kawan2, kita dapat modal kita semula. Terdapat 3 pilihan jenis biz untuk dipilih, yang penting, ukur baju di badan sendiri! Tak perlu bergolok-bergadai, pilih yang sedang2 sahaja. Yang penting....anak2 dapat Score, kita pun dapat score..score RM katanya.

Wah...berkobar2 pulak mokcik hahahaha...tapi tak per, tak salah memasang impian kan. Impian paling utama tentunya untuk kebaikan keluarga. Kalau anak2 boleh mendapat manfaat dari program ini, alangkah bersyukurnya mokcik. Kalau dapat meningkatkan pendapatan, alhamdulillah, itu satu bonus yang terpaksa kita terima...aminnn.

Ok la...boring ker baca? Terima kasih. Kalau tak nak jadi usahawan Score A pun, takde masalah, dapatkan ia sebagai hadiah paling berharga kepada anak2. Hadiah ini lebih bernilai daripada emas...tepuk dada tanyalah poket.... :)