Sunday, April 11, 2010

TERJEBAK!


Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan.

Mokcik baru balik dari menghadiri NDO atau New Distributor Orientation programme di Kampus Kota UM. Entah macammana mokcik boleh terjebak dan berada disitu! Sedangkan mokcik juga salah seorang seperti kawan-kawan yang sudah taubat nasuha dengan MLM ini. Cik abe yang pernah terjebak dipujuk kawannya menyertai Syarikat Hai Hai Bye Bye tak balik modal, sebaliknya rakannya itu pulak yang masih berhutang dengan Cik abe sampai sekarang... juga sudah taubat dari menyertai MLM. Tapi mungkin waktu itu, mokcik juga sama-sama bersalah kerana tidak memberi galakan kepada Cik abe. Kalau la mokcik memberikan galakan kepadanya, mungkin Cik abe boleh berjaya.

Well...mokcik sebenarnya cuma berhasrat untuk membeli program Score A untuk anak2. Terutama untuk Usop yang akan mengambil PMR tahun ini. Sejak hidup secara PJJ dengan famili ini, pelan untuk hantar Usop ke kelas tuisyen selalu sahaja tertangguh. Setelah membaca testimoni tentang program Score A, maka mokcik pun mengambil keputusan untuk menghubungi Puan Jahlilawati yang nombornya mokcik dapati dari laman web.. Puan Jah terus sahaja menghubungi mokcik dan menyarankan untuk hadir program prebiu Score A di Presint 16 keesokan malamnya. Kebetulan mokcik free, maka mokcik setuju untuk pergi.

Wah tak sangka prebiu ini mendapat sambutan hangat juga. Sampai tak cukup kerusi tempat nak duduk. Puan Jah terus introducekan mokcik untuk join dan belajar cara2 untuk menjadikan anak jadi pandai, dengan peluang kepada ibu bapa untuk menambahkan pendapatan. Ilmu nya dimulakan dengan dengan menghadiri NDO. Wah...mokcik memang tak yakin boleh buat perkara ini. Tambahan pulak mokcik memang alergik dengan MLM ni...kalau suruh jual barang memang mokcik kompom cakap terus terang..mokcik memang fail. Suruh la mokcik gi berhujah depan hakim kat mahkamah tertinggi, mokcik sanggup...tapi jangan suruh mokcik jual barang ye...memang tergagap2 mokcik dibuatnya.

Tapi yang seronoknya program ini, tak perlu pun menjual barang. Kita cuma berkongsi niaga sahaja dengan minima 4 orang kawan2, kita dapat modal kita semula. Terdapat 3 pilihan jenis biz untuk dipilih, yang penting, ukur baju di badan sendiri! Tak perlu bergolok-bergadai, pilih yang sedang2 sahaja. Yang penting....anak2 dapat Score, kita pun dapat score..score RM katanya.

Wah...berkobar2 pulak mokcik hahahaha...tapi tak per, tak salah memasang impian kan. Impian paling utama tentunya untuk kebaikan keluarga. Kalau anak2 boleh mendapat manfaat dari program ini, alangkah bersyukurnya mokcik. Kalau dapat meningkatkan pendapatan, alhamdulillah, itu satu bonus yang terpaksa kita terima...aminnn.

Ok la...boring ker baca? Terima kasih. Kalau tak nak jadi usahawan Score A pun, takde masalah, dapatkan ia sebagai hadiah paling berharga kepada anak2. Hadiah ini lebih bernilai daripada emas...tepuk dada tanyalah poket.... :)

5 comments:

  1. azwa

    kempen lah program score A tu sikit...

    ReplyDelete
  2. Zar,

    ilmu masih perlu diperkukuh lagi...insyaAllah, dalam masa terdekat ini lebih ramai ibu bapa yang akan terjebak sama hehehe...

    ReplyDelete
  3. Kak,

    Eh saya pun dah pernah hadir ceramah Score A ni, kebetulan pemilik Tadika Hani pun guna Score A ni (masa tu penerangan oleh ex headmaster TKC)secara dasarnya memang bagus sebab kita boleh monitor latihan utk anak2 secara online jer...dan pulangan pendapatan pun tinggi (kalau usaha)...tp sy tak masuk pasal anak pun sorang jer, monitor secara langsung jerlah...macam kak azwa sesuai bangat tu...

    ReplyDelete
  4. Kak...

    Dah pindah ker? Kunci rmh masih kat saya ni...asyik membizi jer kak...akak lagiler bz yer tak...weekend saya ke seremban, ada jer hal kemas rumah tak abis2 (selagi tak disewakan) + court case yg tak habis2 kat sini....

    ReplyDelete
  5. ooo..score A. saya pernah dengar pasal benda tu. untuk belajar kan. benda tu macam monitor pembelajaran anak2 secara online. kalo tak silap la. takpe. kalo benda yg elok tu apa salahnya dicuba. betol tak.

    ReplyDelete