Salam kenkawan.
Rombongan Cik Kiah ke Jakarta-Puncak-Bandung bermula pada hari Jumaat, 3 Januari 2012. Penerbangan kami dengan KLM Royal Dutch Airlines berlepas sedikit lewat dari jadual asal jam 5.10 ptg ke jam 5.40 petang. Penerbangan mengambil masa lebihkurang 2 jam tetapi disebabkan di Jakarta perbezaan masa dengan Malaysia adalah lebihkurang sejam, maka kami sampai di Bandara jam 6.40 waktu tempatan.
 |
| Makan malam masakan Sunda di Rumah Makan Simpang Raya |
Kami disambut oleh Tour Guide di Bandara, Pak Harly dan krewnya Pak Adi dan Pak Dini. Kami terus dibawa menuju ke Rumah Makan Simpang Raya untuk menikmati makan malam. Selepas makan malam yang sungguh enak sekali, kami check in di Hotel Orchadz.
 |
| Resepsi Hotel Orchadz - Hotel ini biliknya agak kecil tapi sangat selesa. Cuma, malam tu kami called housekeeping minta Sejadah..jawapannya "segera ibu"... tapi sampai ke pagi nggak sampai2 sejadahnya... |
Keesokkan pagi jam 5, kami sudah bersiap2 dan turun bersarapan jam 6 pagi. Tepat jam 7 pagi kami bertolak ke Puncak menuju Taman Safari Indonesia.
 |
| Bersarapan di Hotel Orchadz.. pilihannya tidak berapa banyak tetapi makanan yang dihidangkan sudah cukup enak untuk mengalas perut sebelum menempuh perjalanan yang agak jauh juga.. |
|
|
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung jika mengikut lebuhraya cuma dalam 2 jam sahaja. Perjalanan Jakarta ke Bandung melalui Puncak mengambil masa 5 jam. memandangkan hari sabtu juga adalah hari kelepasan umum di Jakarta, maka ramai penduduknya yang keluar untuk ke Puncak. Maka jalan memang agak sesak. Apa yang menariknya adalah giliran yang dibuat kepada aliran trafik. Aliran trafik yang menuruni Puncak diberikan tempoh masa dalam sejam dan begitu juga aliran yang hendak mendaki ke Puncak. Sementara menunggu aliran menuruni Puncak, kesemua kenderaan menuju ke Puncak akan berhenti dan kebanyakan penumpanag akan keluar daripada kenderaan, sama ada untuk bergambar, merokok, membeli makanan/jajan daripada penjual yang berkeliaran dan menyelit di tengah-tengah trafik. Ada juga yang dengan selambanya melepaskan hajat disebalik pokok2.
"Patutlah pokok kat sini hijau2 dan subur2 belaka!" Kata salah seorang peserta rombongan Cik Kiah.
 |
| Supir yang sangat expert membawa bas dicelah2 kesibukan trafik - Pak Adi. Perjalanan menuju ke Puncak |
 |
| Harimau Belang...salah satu tarikan di Taman Safari di Puncak..Istimewanya Taman Safari ini, kerana keluasannya kita cuma perlu duduk dalam bas dan menikmati pemandangan sekeliling tanpa perlu berpenat lelah berjalan kaki.. |
|
|
 |
| Toko Manisan Sumber Wangi.. yang diborong Pisang salai berkeju dan kekacang. Sempat merasa jeruk mangga dan buah salak. Agak manis buat taste Mokcik jadi tidak membelinya. |
Setelah selesai melawati Taman Safari, kami memulakan perjalanan menuruni Puncak. Kami berhenti untuk singgah membeli jajan dan jeruk buah2an ala-ala Chowrasta di Penang di Toko Manisan Sumber Wangi. Dari segi rasa, Mokcik lebih mengemari rasa jeruk buah2an di Chowrasta Penang. Kebanyakan ahli rombongan Cik Kiah memborong pisang salai berkeju dan pisang goreng berkeju. Seterusnya kami singgah makan tengahari dan solat di sebuah Rumah Makan..yang mana disebabkan kami semua sudah kebuluran maka kami semua terus menyerbu makanan yang dihidangkan tanpa sempat melihat nama Rumah Makan atau mengambil gambar2 makanan yang dihidangkan... hahahaha
 |
Dalam perjalanan menuju ke Hotel, kami singgah di Bali Heaven's Factory Outlet yang sangat heaven untuk membeli belah. Cuma pakaian untuk wanita masa itu kureng sikit..so yang lebih banyak memborong adalah untuk pakaian kaum bapak2..w/pun dalam rombongan ini cuma dua orang sajork kaum bapa yang ikut serta hehehhe
|
|
|
 |
| Daripada 13 orang rombongan Cik Kiah, inilah dua orang yang mewakili Kaum Bapak.. Selepas Bali Heaven kami makan malam di sini sebelum check in di Hotel penginapan selama di Bandung iaitu Hotel Sukajadi. |
|
|
|
Semasa hendak check in di Hotel Sukajadi terjadi satu insiden yang telah menunjukkan kepada kami semua perangai sebenar seseorang. Maka selepas itu, walaupun kami masih bersikap seperti biasa tetapi kami telah membuat keputusan, next trip, mereka ini tidak akan dimasukkan dalam senarai rombongan Cik Kiah kami.
Hotel Sukajadi keadaan biliknya memuaskan dan berbaloi dengan bayaran yang telah dibuat. Lagipun, berbanding di Orchadz, layanannya sangat cepat dan mesra. Sebaik sahaja kami minta sejadah, dan2 tu jugak dia hantarkan. Siap kami berlagak ala-ala orang kaya sokojap dengan menghantar pakaian ke laundry... apa taknya sehelai blaus cuma RP5000 sahaja kira2 RM1.75 duit kita... lumayan kan...lagipun, tak perlulah membawa balik pakaian kotor malah boleh memakai kembali pakaian yang sama dengan bau keharuman yang menyamankan..
Keesokan harinya kami akan berangkat melawat ke Tangkuban Perahu..maka coretan akan bersambunggg.......