Salam kenkawan.
Rombongan Cik Kiah ke Jakarta-Puncak-Bandung bermula pada hari Jumaat, 3 Januari 2012. Penerbangan kami dengan KLM Royal Dutch Airlines berlepas sedikit lewat dari jadual asal jam 5.10 ptg ke jam 5.40 petang. Penerbangan mengambil masa lebihkurang 2 jam tetapi disebabkan di Jakarta perbezaan masa dengan Malaysia adalah lebihkurang sejam, maka kami sampai di Bandara jam 6.40 waktu tempatan.
Makan malam masakan Sunda di Rumah Makan Simpang Raya |
Kami disambut oleh Tour Guide di Bandara, Pak Harly dan krewnya Pak Adi dan Pak Dini. Kami terus dibawa menuju ke Rumah Makan Simpang Raya untuk menikmati makan malam. Selepas makan malam yang sungguh enak sekali, kami check in di Hotel Orchadz.
Keesokkan pagi jam 5, kami sudah bersiap2 dan turun bersarapan jam 6 pagi. Tepat jam 7 pagi kami bertolak ke Puncak menuju Taman Safari Indonesia.
Bersarapan di Hotel Orchadz.. pilihannya tidak berapa banyak tetapi makanan yang dihidangkan sudah cukup enak untuk mengalas perut sebelum menempuh perjalanan yang agak jauh juga.. |
Perjalanan dari Jakarta ke Bandung jika mengikut lebuhraya cuma dalam 2 jam sahaja. Perjalanan Jakarta ke Bandung melalui Puncak mengambil masa 5 jam. memandangkan hari sabtu juga adalah hari kelepasan umum di Jakarta, maka ramai penduduknya yang keluar untuk ke Puncak. Maka jalan memang agak sesak. Apa yang menariknya adalah giliran yang dibuat kepada aliran trafik. Aliran trafik yang menuruni Puncak diberikan tempoh masa dalam sejam dan begitu juga aliran yang hendak mendaki ke Puncak. Sementara menunggu aliran menuruni Puncak, kesemua kenderaan menuju ke Puncak akan berhenti dan kebanyakan penumpanag akan keluar daripada kenderaan, sama ada untuk bergambar, merokok, membeli makanan/jajan daripada penjual yang berkeliaran dan menyelit di tengah-tengah trafik. Ada juga yang dengan selambanya melepaskan hajat disebalik pokok2.
"Patutlah pokok kat sini hijau2 dan subur2 belaka!" Kata salah seorang peserta rombongan Cik Kiah.
Supir yang sangat expert membawa bas dicelah2 kesibukan trafik - Pak Adi. Perjalanan menuju ke Puncak |
Toko Manisan Sumber Wangi.. yang diborong Pisang salai berkeju dan kekacang. Sempat merasa jeruk mangga dan buah salak. Agak manis buat taste Mokcik jadi tidak membelinya. |
Setelah selesai melawati Taman Safari, kami memulakan perjalanan menuruni Puncak. Kami berhenti untuk singgah membeli jajan dan jeruk buah2an ala-ala Chowrasta di Penang di Toko Manisan Sumber Wangi. Dari segi rasa, Mokcik lebih mengemari rasa jeruk buah2an di Chowrasta Penang. Kebanyakan ahli rombongan Cik Kiah memborong pisang salai berkeju dan pisang goreng berkeju. Seterusnya kami singgah makan tengahari dan solat di sebuah Rumah Makan..yang mana disebabkan kami semua sudah kebuluran maka kami semua terus menyerbu makanan yang dihidangkan tanpa sempat melihat nama Rumah Makan atau mengambil gambar2 makanan yang dihidangkan... hahahaha
Semasa hendak check in di Hotel Sukajadi terjadi satu insiden yang telah menunjukkan kepada kami semua perangai sebenar seseorang. Maka selepas itu, walaupun kami masih bersikap seperti biasa tetapi kami telah membuat keputusan, next trip, mereka ini tidak akan dimasukkan dalam senarai rombongan Cik Kiah kami.
Hotel Sukajadi keadaan biliknya memuaskan dan berbaloi dengan bayaran yang telah dibuat. Lagipun, berbanding di Orchadz, layanannya sangat cepat dan mesra. Sebaik sahaja kami minta sejadah, dan2 tu jugak dia hantarkan. Siap kami berlagak ala-ala orang kaya sokojap dengan menghantar pakaian ke laundry... apa taknya sehelai blaus cuma RP5000 sahaja kira2 RM1.75 duit kita... lumayan kan...lagipun, tak perlulah membawa balik pakaian kotor malah boleh memakai kembali pakaian yang sama dengan bau keharuman yang menyamankan..
Keesokan harinya kami akan berangkat melawat ke Tangkuban Perahu..maka coretan akan bersambunggg.......
KAK AZWA..
ReplyDeletebestnya jalan-jalan ke Bandung
sy baru sekali jalan2 tanpa family (masa gi Vietnam tu ari la)jalan ngan group ni baru tahu pe'el sebenar mcm mana ;)
tak sabar nak tahu citer selanjutnya
Irfa
Betul tu Irfa..hehehe..
DeleteLepas baca entry Irfa tempohari, teringin nak ke Vietnam pulaks hehehe
Seronoknya jalan jalan... Antara bandung dan jakarta zar lg suka sopping di jakarta..
ReplyDeleteZar, dorang kata kat Tanah abang lagi murah sebab barang2 di Pasar Baru pun diambil dari sana.. anyway yang tak tahannya Jakarta is the jam..alahaiii hehehe
DeleteAzwa,dengan baca n3 kali,tentu you enjoyed the food and shopping,well done you truly deserve the holiday after working hard.Uncle ni tengah siap2 nak hantar anak ke college di Australia sebab jurusan ni cuma ada kat melbourne,ni yang sedih be missing my son for 2 years,pehning Aunty pun sama ,as he is the youngest although 18 years old but still our baby,nak buat camna,ahahahaha,sending him bolih tahan lagi,tapi nak balik and leave him there aduh sedih nya.Nasib baik Sweet Marie duk nasihat Uncle and suruh Uncle and Aunty banyak bersabar,sejuk kit hati,ok c u soon salam dari Uncle AL.
ReplyDeleteSalam Uncle Al.. wah baguslah hantar your son belajar ke Australia. Of course, no matter how grown up our children are, they will always be a baby to us parents kan.. haha..my mom still treat us like one even though all of us pun dah nak masuk 4 series hahaha..
Deletei think children nowadays are very lucky coz there are facebook, emails, blogs etc etc to keep in touch wherever they are in the world.. dont worry too much Uncle and aunty..am sure he will be ok overthere..
About the holiday, i really truly enjoyed it except of coz the shopping part could have been better if i have more rupiahs with me hahaha..well...there is always a next time though hehehe..
take care uncle..regards to aunty ya.
just nak tanya u suggest tak pergi taman safari.ingat trip kali ni nak pegi tempat yang belum explore di bandung.
ReplyDeleteKalau belum pernah pergi ke Taman Safari tu, seronok juga pergi. something different, melawat zoo dari dalam bas.
DeleteI recommend kalau u pergi ke sana, jangan lupa menikmati bun kelapa dan durian yang sangat sedap di salah sebuah cafe di taman safari tu.
Salam.. Bestnye bace trip awak dr jakarta ke puncan n bandung, sy ad bercadang na pergi ke sana.. Mcm best je tourist guide awak, boleh bg sy info Toyrist guide? Hehe
ReplyDeletemaaf..terlewat banget jawap komen awak.. harap trip awak ke Bandung meletopss ya.. :)
Deletesaya bercadang nak ke puncak melalui bandung, dan balik ke bandung semula utk aktiviti seterusnya..agak2 berbaloi tak mokcik ?
ReplyDeleteDepends pada tujuan nak ke Puncak tu..seingat mokcik kami ke Puncak sekadar tengok safari ( melihat binatang dalam zoo dr dalam bas), so, kalau setakat nak pi Safari tu, tak berbaloi nak bazir masa nak ke sana. Unless kalau nak melawat ke Tangkuban Perahu, which is a must la kan hehehe.. Selamat berwisata..
DeleteMaaf puan, travel apa yg puan ambil, brapa hrga pakej. Tq
ReplyDelete