Salam kenkawan.
Kali ini Mokcik letak gambar2 tempat yang kami kunjungi masa di Bandung jer la ya. Surprisingly, di Pasar baru tak banyak gambar Mokcik ambil, cuma gambar kedai telekung dan kedai menjual kain bersulam utk dibuat baju kurung serta kebaya...faham2 jer la..sibuk bershopping hahahaha...
|
Nama Rumah Makan ini pun sudah ku lupa. Perut lapar terus sahaja kami menyerbu makanan yang dihidangkan. Ikan yang digoreng macam nak terbang itu ialah ikan Gurami.. Tak silap Azwa kami makan tengahari di sini dalam perjalanan turun daripada Tangkuban Parahu |
|
Dalam perjalanan menuruni Tangkuban Perahu menuju ke Rumah Makan, kami singgah di Ladang Teh ini..Jika anda suka minum Lipton Teh, Teh tersebut di tanam khusus untuk Lipton di sekitar kawasan ini. |
|
Kami juga ada di bawa ke Cibaduyut iaitu kawasan yang terkenal dengan pembuatan kasutnya. Gambar ini diambil dari dalam bas sajork.. banyaknya kasut... |
|
|
|
Ini pun pemandangan sekitar Cibaduyut. Kami di bawa ke satu kedai namanya Grutty... mokcik memborong jeans di sini.. Tapi banyak pilihan jeans berjenama di Toko Tiga, cuma harganya agak lebih mahal berbanding di Grutty. |
|
Seterusnya kami ke tiga Factory Outlet yang bersebelahan, iaitu Rumah Mode, Mode dengan Fashion World. Semuanya menarik dan terdapat berbagai-bagai pilihan.. |
|
Salah satu Rumah Makan yang termasuk dalam agenda jalan jalan cari makan kami... |
|
Pemandangan dari luar Trans World Bandung |
|
Tour Guide ada bertanya sama ada kami nak masuk atau tidak kerana untuk menghabiskan permainan dalam ni akan mengambil masa. Kami memilih melihat2 dari luar sahaja..maklumlah semua yang pergi pun golongan pertengahan dengan veteran..lain la kalau yang pergi itu golongan remaja kan kan kan hahahaha |
|
Pada hari terakhir di Indonesia, kami singgah di Taman Mini Indonesia di Jakarta |
|
Antara pemandangan dari atas cable car di Taman Mini Indonesia |
|
Singgah makan tengahari di Rumah Makan Simpang Raya |
|
Seterusnya kami ke Airport Soekarno-Suharto yang dipanggil Bandara oleh orang sana. Utk cukai, setiap seorang hendaklah mengasingkan siap2 wang sebanyak Rp150,000. |
Untuk tour guide dan supir juga masing2 kami menyediakan tips.. memang sangat puas hati dengan khidmat mereka.. Pak Harly dengan krew2nya.
Selamat tinggal Jakarta..lain kali InsyaAllah kita bertemu lagi...
watammat :)
ReplyDeletebrjalan mmg seronok tp nak tulis balik tu YaAllah malasnya :)
nak pegi lagi ker?kali ni dgn family pulak
Irfa..hehehe akhirnya tamat kisah jalan2 ke Bandung..yang suka ke sana sebab tukaran duit dgn kita berbeza banyak..merasa jadi kayooo sekojap hahahaha
DeleteBestnyerrrr.... Bila lah mama nak sampai situ.. heee byk kali tak jadi...busy sokmo. huuuu...
ReplyDeleteMamawana, insyaAllah kalau kena planning tu boleh diadakan masa untuk jjcm hehehe
DeleteAzwa,greetings from aussie land Melbourne,ni nak bagitau lain kali nak gi Bandung ke Jakarta ke,mana 2 ke,kita contact Lee toronto jadi tolis guide baru lah betui,ahahahahaha,glad you had fun now enjoy dah,shopping dah,food tasting pun dah,now kerja time i guess,salam dari Uncle AL.
ReplyDeleteUncle Al,
DeleteWah masih di Melbourne ya?? Semoga dipermudahkan urusan kolej anak Uncle tu ya.
Ya betul tu lain kali kita kena rujuk dengan Lee jadi tour guide hehehe
jangan lupa bawa balik anak kanggaroo seekor ya Uncle..
Azwa, I paham sangat kalau ibuk-ibuk berjalan shopping, memang tak ingat kamera dah kalau dah tengok kedai2 berderet kan...cam I kat cardiff hari tu lah, pi brand outlet dia ambik 3 keping gambar aje sebab lepas tu dah tak sedar diri keluar masuk kedai...he he he...tapi puas hati ye bershopping kat sana ye Azwa..i kat UK hari tu, tak puas shopping sebab duit tak banyak, currency exchange mahal sangat lah..:(..
ReplyDeleteteringin nak pi bandung pulak...waaa!!!
Marie hehehe..dah sakan membelek mana nak ingat lagi nak klik2 kan.. yang dapat sekeping dua tu pun sebab dah kepenatan, terduduk sekejap hehehe
DeleteKalau ke Cardiff tu lebih banyak sight seeing la jawabnya kan Marie sebab currency exchange rate yg tinggi memang jadi kayap la kalau ke sana. tu yang memilih destinasi yang tukaran wangnya lebih murah berbanding matawang kita..boleh merasa jadi jutawan sekejap hehehe
bestnyer azwa...dh sampai bandung, ida ni bila la boleh sampai...kalau tak der sbb, tak sampai juga Jepun ni
ReplyDeleteIda... at least dah sampai dan merasa juga menetap kat Jepun tu hehehe.. Tak per balik Malaysia nanti boleh melancong ke Indonesia pulak..
DeleteHi Mokcik, I love the pics here. Somehow Sarawak and Indonesia has always fascinated me.
ReplyDeleteAnd love the well taken pics too.....special effects sunglasses taken into consideration, ha ha ha.
The food looks delicious.....
So? Berapa Indon batik you beli? And shoes? Handbags? Ha ha ha.
Its good you find time get away from court....relax, then return home main wayang again, ha ha.
Hope you have not asked whether a staircase goes up apart from going down, or who involved with Voodoo? Arhaaa ha ha ha.
Have a nice day, Mokcik.
Lee.
Hi there Lee... thanks.. gambar2 taken by amateur photographer hahaha..
Deletethe foods overthere more or less are similar to Malaysians food..except that most of the veggies are kampung veggies like kangkung belacan, pucuk manis etc which was very nice actually. and the chicken must be ayam kampung coz the size were small, like burung puyuh. They are very creative as can be seen from the way the gurami fish was presented..
Bought a few Indon batiks but havent been sent to the tailor yet hehehehe
hahaha...if i start to ask whthr a staircase goes up apart from going down, i think i must be time to retire already hahaha..
have a nice day Lee, thanks for dropping by
bila pulak giliran aku nak melencung ke situ...kek m'sia pun x abis pegi..:(
ReplyDeleteZue..len kali kita gi jenjalan ke sana ya...meh kumpul ongkos dulu hehehe
Delete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.