Thursday, October 21, 2010

SAMBAL JAMBI RESEPI MIL

Salam kenkawan.


Ini lauk kegemaran mokcik. Masakan MIL. Sangat sempoi. Takde lauk lain, kalau ada ini dengan nasi panas sudah memadai.




  Bahan-bahannya :  Bawang Bombay atau bawang merah. Sukatannya, ikut banyak mana kita nak buat sambal. Mokcik guna dua daripada tiga bungkus bawang dalam gambar ini.  Dihiris ikut ira bawang nipis2. Sila sediakan tisu untuk mengelap airmata yer...




 Udang kering...agak2...suka banyak udang, letak banyak. Kalau tak, letak sedikit sahaja. Rendam dahulu udang kering supaya tidak keras bila dimakan.



Bawang yang telah dihiris, digoreng menggunakan minyak yang agak banyak. 



Goreng sehingga betul2 layu atau garing. Kalau tak nanti tak tahan lama.


Bila dah betul2 garing/layu, bubuh cili boh, gula, garam dan aji secukup rasa
 


 Bila cili dah garing, masukkan udang kering.  Mokcik tengok MIL masak langsung tak bubuh air, dan tetap molek sambalnya. Mokcik punya versi, mokcik bubuh sedikit air untuk kasi rope sambal tu cantik sikit hehehe.  Skil MIL tak abes lagi dipelajari nie...

 Camni la ropenya Sambal Jambi. Ropenya memang tidak menarik langsung, kalau MIL masak lagiii kaler hampir kehitam2an, tapiiii rasanya memang mabeles, yummylicious, mantop etc etc. Adik beradik mokcik yang mula2 melihat sambal ini berasa pelik dengan rupanya yang langsung tak hensem itu. Tapi sekali merasanya, hingga kini kalau kami nak balik kampung, pesanan oleh penaja mereka adalah " Jangan lupa Sambal Jambi!"


 Sambal Jambi siap ditapau untuk diterbangkan ke Putrajaya hahaha.  Minyak yang banyak tu untuk bagi samabl ni tahan lama. Ikut kata MIL lah.  Tapi boleh saja dikurangkan minyak tu.  Stail mokcik, simpan dalam peti sejuk. Bila teringin nak makan, panaskan dua tiga sudu minus minyak yang dah beku kat atasnya tu. Kalau nak masak udang atau sotong baru ambil  sedikit minyak, jadi tak perlu tambah minyak lagi dalam masakan.

Walaupun yang ini air tangan mokcik, memang jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan air tangan MIL, tetapi lubang hidungmu tatap ku kenal   .... teruja kerana pertama kali memasak Sambal Jambi ini. Selalunya bila balik kampung ke KT, akan order dengan MIL sebagai bekalan. Minggu lepas cik abe kata, "cuba masak sendiri, kot menjadi".  Maka mokcik pun dengan semangatnya dan air mata meleleh2 semasa menghiris bawang, alhamdulillah berjaya juga percubaan memasak sambal ini. 
Sangat mudah bila nak masak lauk, udang atau sotong atau ayam...panaskan dua tiga sudu sambal jambi, lepas tu masukkan udang, sotong atau ayam dan terusss jadi la lauk udang masak merah, sambal sotong atau ayam masak merah versi mokcik hehehe.

Pernah juga cuba guna teknik masak macamni tapi gunakan ikan bilis untuk sambal nasi lemak...hasilnya tidak menghampakan dan mendapat pujian daripada adik mokcik yang memang berniaga nasi lemak hehehe...kira lulus la tu. Dia kata " nanti ajarkan cara buat sambal ni, lain dari sambal tumis biasa." 
Tengkiu MIL atas resepi ini.

20 comments:

  1. alahai mokcik azwa..kata resepi..tapi ada cara aje..berapa banyak nak guna..bawang dan cili dan udang kering..
    bagi tau jugak la..agak pun tak pe..he he..kali pertama nak buat kena ada sukatan la mok cik ye..he he..

    ReplyDelete
  2. Mokcik...macam sedap...nak cubalah...

    ReplyDelete
  3. uikss azwa.. banyak minyak tu.. not good not good tapi kalau dah sedap.. lanyak jer kan.. apa ada kisah

    ReplyDelete
  4. Hello Mokcik, bila nak jemput saya datang makan. No need cook anything else. Ini sambal da boleh jalan with me. Assure you tiga pinggan da tentu.
    Looks really shokolingam too.
    Pedeas ke tidak? Takut masuk mulut kena lari put face under tap, ha ha. Just joke joke.

    Waaa, not only you good at lawan in court, but pandai buat sambal too.
    Give me a bottle and I'll tell my client to plead guilty, so can join you for this sambal, ha ha.
    Defence rest, Lee.

    ReplyDelete
  5. salam


    bab hiris bawang merah tu yang tension tu

    ReplyDelete
  6. Kak Erna,

    pasal sukatan tu , mokcik ikut kata MIL.."ikut berapa banyak kita nak masak.." hehehe

    Dalam kes ni, mokcik gunakan dua bungkusan bawang bombay seperti dalam gambar first sekalik. Udang pun ikut suka, agak2 macam kita masak sambal tumis ikan bilis. Klu biasa buat sambal ikan bilis, sure bleh buat yg ini..bezanya yg ini totally guna bawang hiris, takde blender2 punya.

    Selamat mencuba kak.

    ReplyDelete
  7. Kak Anie yg dah terer masak sambal ikan bilis tu...yang ini pejam mata pun akak boleh masak punya la hehehe

    ReplyDelete
  8. Zar,

    aha...my sentiment exactly... MIL kata minyak utk bagi dia tahan lama. Lebihan minyak dia gunakan untuk goreng ikan segala. Mokcik pulak kalau masak udang ker sotong ker, memang tak boh minyak dah...panaskan jer sambal ni boh udang n sotong...tambah air sket...dah jadi lauk hehehe

    ReplyDelete
  9. Lee,

    This sambal not pedas one. If you want it hot, can also..hahaha

    My version not as yummy as MIL punya, but can do lah. Hahaha...you also put off by the colour eh? Well, everyone who first saw this sambal will say the same thing. However, once they tasted it, they will want more hahaha.

    Okay nanti i masak one bottle for you wokay, so that you can main wayang in court and make the man up there decide in my favour...hahaha

    ReplyDelete
  10. PB,

    hehehe...betul tu. Tapi ada juga versi yang tak pedih mata langsung tau. Last week mokcik beli kedai lain, untuk diblender, langsung takde pedih mata. Yang kali ni beli kedai lain...adoiii...memang meleleh air mata hehehe

    ReplyDelete
  11. pewwiiitttttt....menarik resepinya...senang pulak tue..memang sesuai dengan saya yang femalas nie..ekekkekeke...

    ReplyDelete
  12. Ijah...hehehe...sesuwai untuk kita hahaha

    tapi part kopek/hiris bawang tu kena cari orang yang rajin sket utk dijadikan mangsa hahaha

    ReplyDelete
  13. kuss semangat. memula baca tadi ingat sambal jampi..rupanya sambal jambi. hehehehe.. eh..tapi memangnampak macam sedap le. kira sambal instant kan. nak try le..

    ReplyDelete
  14. terai jangan tak terai...insyaAllah menjadi hehehe

    ReplyDelete
  15. Adoyai..cam besh jer Mokcik Azwa...nak cikit..

    ReplyDelete
  16. Hello Mokcik, terima kaseh for the bottle.
    Okay, saya buat wayang with my, "NANTI! Objection"! Ha ha....

    Mokcik, you try get that DVD movie, "Madam X'. And 'I want to live'. As well 'To kill a Mockingbird' and '12 Angry men'. If you have not seen them.

    I will not tell what they about, but get tiga kotak tissues for the first 2.
    That Madam X is a movie you must see.
    Okay, defence rest....see you in court, Lee.

    ReplyDelete
  17. NBK,

    boleh boleh...nanti mokcik faxkan atau emelkan hehehe

    ReplyDelete
  18. Hello Lee..

    I have heard about "To Kill A Mocking Bird" but not the rest...ok will try and find them.

    ayooo...ni sad movie ker? i prefer mystery, murder, thriller but dislike movies with extreme violence, though.

    12 Angry Men sounds like the juries hahaha..

    ok have a nice day Lee.

    ReplyDelete
  19. Sambal Jambi kalau MIL yang masak lagiii sedap hehehe

    ReplyDelete