Semalam seorang rakan mengajak menyaksikan konsert yang turut menampilkan Maher Zain sebagai jemputan utama. Pertama kali ke UIA, terpaksa menggunakan bantuan GPS. Alhamdulillah sampai ditempat yang dituju dengan selamat. Konsert bermula jam 9 malam. Dewan utama UIA dibanjiri penonton seramai 3,000 orang. Memang terharu berpeluang menonton persembahan Maher Zain didepan mata sendiri. Cumanya agak kecewa kerana baru nak panas punggung, sudah berakhir persembahan beliau. Hanya dua lagu dipersembahkan iaitu "Insha Allah" dan "Barak Allahu". Khabarnya beliau dibawa bergegas ke KLCC.
Hensem ker i nie? Dah ler botak. Sebab tu semalam buat persembahan pakai topi. Macam Mawi la kot...botak2 pun orang suka. hah..kenapa ramai orang suka Mawi? Hensem ke Mawi? Orang suka kerana auranya yang masih 'bersih' ala-ala kampung masa itu lah agaknya. Ramai lagi lebih hensem dari Maher nie, tapi kalau muka hensem, suara tak sedap, lagu pun suam-suam kuku saja...buat konsert pun belum tentu laku...alahaiii |
All photos courtesy of Google. |
Kenapa agaknya ramai yang meminati Maher Zain nie?
Bagi mokcik sendiri, tentunya kerana lagu2nya sedap ditelinga kita dan lebih dari itu ianya lagu2 yang memuji2 Allah. Ramai golongan pokcik2 dan mokcik2 yang menyukai lagu Maher Zain. Budak2 pun ramai juga. Sudah tentu golongan ini menyukai Maher kerana suara dan lagunya. Bagi golongan remaja terutama gadis2 barangkali penampilan Maher turut menyumbang kepada kegilaan mereka. Well...young people are like that. We all have been young once, anyway and you are bluffing if you have never, at least once in your life been foolishly fell in love with one of the artists during your youth hahahha...feel so ancient la talking like this. And normally we idolise them , if not for their looks their talents. So, whatever reasons one like Maher Zain, let them...enjoy it while it last.
Nak jadi cerita, dah separuh jalan baru terperasan tertinggal telefon mokcik kat pejabat. Alahaii...mokcik tiada kamera dan sejak menggunakan blackberry, sudah mencukupi kerana kualiti gambar yang diambil tidak mengecewakan. Mujur rakan ada membawa kameranya...nanti la mokcik uploadkan gambar2 kemudian ya.
Selain Maher turut membuat persembahan ialah Adik Muhammad yang selalu kita dengar laungan azannya di TV 9 pada waktu asar. Hampir tidak mengenali Adik Muhammad kerana dia nampak kurus berbanding penampilan sebelum ini yang agak tembam. Melihat penampilan Adik Muhammad dan ahli keluarganya, memang nampak mereka 'bersih'...kita tengok pun senang hati. Selain Adik Muhammad juga ada persembahan kumpulan dari Indonesia yang tidak dapat mokcik tangkap namanya. cuma dengar muzik gedegang gedegung hingga menenggelamkan vokal mereka. Lagu sedap tapi tak dapat menghayati...pertama muzik too loud, dan kedua ntah sapa tukang jaga lampu spot light yang dipasang ke arah penonton sehingga silau satu dewan.
Dapat dilihat perbezaan, semasa Maher Zain membuat persembahan, muzik mulanya dipasang kuat...Maher meminta muzik diperlahankan.."i want to hear my vocal please" katanya. Lega kami sebab dapat mendengar nyanyian dan bukan muzik semata2. Lepas tu tukang lampu malapkan lampu...Maher berkata.."I want to see the audience" baru la lampu dipasang..Tapi yang kumpulan dari Indonesia tersebut langsung tidak berinteraksi, terus menyanyi...syang sekali sebab dari lagu yg didengari lagu2 mereka agak sedap juga.
Seterusnya ada kumpulan Inteam...lagu slow...kurang familiar di telinga ini. Mengapakah agaknya tidak menjemput Hijjaz, Rabbani atau Raihan yang lebih sedap lagu2nya ditelinga ini...
Show belum habis, tapi jam 10.15 kami beredar...kena singgah pejabat mengambil telefon dan sampai rumah terusss zzzzz selepas solat isya...
ooooo...aaaa....ooooo...gitu al-kisahnya.... hehehhee...
ReplyDeletemaher zain, saya pun minat juga, syukur perjalanan konsertnya begitu..sy risau dan terasa malu lihat gambar2 semasa ketibaan MZ di KLIA,peminat berpusu berhimpit tak kira lelaki perempuan semata2 nk bergambar dgn MZ
ReplyDeleteLeeya,
ReplyDeleteya gitu la kisahnya hehehe
Luna,
ReplyDeleteTak tahulah konsert dia ditempat lain, tapi yang di UIA tu..dimulai dengan Asmaul Husna...bayangkan satu dewan bergema dengan Asmaul Husna. Tiba2 teringat masa anak no. 3 khatam Quran di Stadium Tertutup Terengganu...satu stadium bergema bacaan Yasin.
Selepas Maher diikuti bacaan ayat2 suci Adik Muhammad dan nasyid kumpulan lain. Ada juga pantomine berunsur Islamik. Oklah tidak menyesal memandu jauh2 ke Gombak sana hehehe
huhuhu tak tahu plak ada konsertnya di UIA, ingatkan dia buat show kat restoran parsi tu aje..
ReplyDeleteZar,
ReplyDeleteAzwa pun tak tahu..tup2 ada kawan ni datang pukul 3 petang semalam tanya "free tak malam ni?". Bila ditanya kenapa, "mahu ndak pi tengok konsert Maher Zain di UIA? Adikku sudah belikan tiket.."
oho apalagi, pucuk dicita ulam mendatang..gagahkan diri ke UIA hehehe
azwa..seronok dapat tengok live kan..
ReplyDeleteakak dapat dengar pun o.k juga lah..memang tak kan dapat pergi pun..he he..