Tuesday, September 21, 2010

LET THE PICTURES DO THE TALKING

Kita mulakan dengan segelas milo ais....


Salam kenkawan.

Hari ini kita bercerita dengan gambar2 sahaja la ya.

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. Pejabat sudah lengang. Mokcik masih menghadap PC. 




Hujan pulak petang ni. Ini pemandangan dari pejabat mokcik
Pejabat mokcik betul-betul menghadap bangunan ini C6...

Flashback aktiviti bersama keluarga di KT...
Jikalau boring2, sesekali cik abe mengajak kami berjalan2 ke Muzium Negeri Terengganu
Pemandangan disekitar Muzium
anak-anak mengajak menaiki tren ini untuk mengelilingi Muzium.
Kereta MB yang dipamerkan di Muzium
Kereta lembu?
Kenderaan Sultan Terengganu

Biasanya di waktu petang, kami akan ke pantai berdekatan...
Petangnya, kami bersiar2 ke Pantai Teluk Ketapang. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Femes dengan ICTnya (Ikan celup tepung).
Ralit melihat pengunjung bermain wau
Aini suka benar mengutip kulit siput di pantai ini
Sepetang di Pantai Teluk Ketapang
Tak puas lagi bermain...

Bila hari ahad tiba...saat paling tak best, kata cik abe..
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Ahad malam isnin...it's time to go back to ....*sigh*
Putrajaya...tempat cari makan



A glass of milk before retiring for the day...
Halaman rumah di Putrajaya


Flashback masa balik Sabah pada 6/9/2010
Dah nak raya..lengang jer KLIA...

Kerajaan di langit?
Sentiasa merindui pemandangan ini...di halaman rumah mama
Bangunan beratap merah, tempat mokcik bersekolah dahulu sehingga darjah 6. Kawasan yang nampak macam ada kanopi adalah padang sekolah yang kini dijadikan pusat ko kurikolum seluruh negeri.
One Borneo!
Perjalanan balik ke rumah mama
Aa..jalan terus akan sampai ke Kundasang, Ranau dimana Gunung Kinabalu terletak. Sampai di bulatan kena ambik pukul 3 untuk ke rumah mama
Jom menaiki bukit...orang yang tak biasa bila sampai rumah mama, akan berdengung telinga hehehe
Yeahhh...kena hati2 ...itu simpang maut di hadapan...dan kena jaga minyak, clutch...tapi kalau pakai kereta auto takde masalah...
Dah lapan tahun mokcik berhijrah tapi jalan di kampung ini tiada perubahan...kemana duit peruntukan untuk pembaikian jalan pergi?
Bayangkan ketinggian pendakian anda hehehe...kat nun atas bukit itu ada kampung tau..
Asyik2 runtuh...asyik2 runtuh...alahaiii
Baiki runtuh, dah beberapa kali berlaku...salah siapa?
Gerai tepi jalan..macam2 ada disini...buah2an, sayur2an, bosou [seakan2 budu atau pekasam], tuak hehehe pun ada...
Aaa...orang kampung ini memang berjiwa patriotik...dah dekat benar dengan rumah mama ni..


Dah penat bercerita...mari kita makan mee rebus dengan milo ais sekali lagikk...

3 comments:

  1. tu la dianya.. dalam banyak2 gambar.. gambar last tu yang paling menusuk kalbu. hehehe..kalah gambar banggunan berharga juta2 tu dibuatkan dek gambar mee berharga 5 hengget tu. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. salam


    kampung Mokcik kat mana sebenarnya ...???

    Pantai Teluk Ketapang , tempat yang nak dituju semasa ke KT raya lepas. Tapi tak kesampaian.
    Tak der rekji nak makan ICT.

    ReplyDelete