Salam semua kenkawan.
Hari ini mokcik kembali berkerja setelah hampir dua minggu bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri nan mulia.
Alhamdulillah, tahun ini mokcik dapat meraikan Hari Raya bersama-sama kedua-dua keluarga di Sabah dan di KT.
6/9/2010, mokcik bertolak ke KK dengan penerbangan MAS. Dek kerana dok asyik tangguh2 nak book tiket sehingga dapat kebenaran untuk ke KK, tiket yang ada untuk penerbangan jam 9.50 malam. Mulanya nak ambik kelas perniagaan, tapi akhirnya ubah fikiran. Simpan ongkos untuk penerbangan balik kelak. [Pilihan yang ada signifikannya..teruskan membaca...hehehe]
Seperti diduga...well...biasala musim2 perayaan ni, airport pun sibuk juga...flight ke KK tertunda. Sekejap ke B10, sekejap ke B7...sekejap katanya berlepas pukul 10.30...akhirnya bertolak jam 11 malam. Tak kesah la asalkan dapat sampai ke tempat tujuan.
Sebelum membuat keputusan ke KK, hantar mesej kat cik abe dulu..
" Salam yang. Saya kena hadiri kes di KK pada 7/9/2010. Boleh tak kalau saya beraya dengan mama di kampung? Petang raya pertama baru saya balik KT."
Tak berapa lama cik abe balas, "Baiklah yang, saya izinkan. Kesian awak nak beraya dengan mama."
Alhamdulillah...sebenarnya serba salah. Dah plan cuti raya mulai 8/9/2010..dah beli tiket pun balik ke KT. Tiba2 timbul isu pula pasal kes di KK yang nampaknya kena mokcik sendiri turun padang. Dah sampai sana, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...alang2 dah tinggal dua tiga hari nak raya, sementelahan pulak sudah beberapa tahun tidak berkesempatan beraya dengan mama di kampung, rasanya nak beraya terus dengan mama la dulu di kampung. Syukur cik abe memahami dan anak2 pun telah dimaklumkan terlebih awal.
Kebiasaan keluarga mokcik, hari raya kedua baru diadakan rumah terbuka. Hari Raya pertama selepas solat sunat raya, adik beradik akan datang ke rumah untuk menziarahi pusara arwah bapa. Maka Hari Raya pertama, memang tak nampak la suasana berhari raya di rumah mama.
Anak-anak abang sulung mokcik, dah ready untuk ke masjid.. |
Letihnya Hadi beraya...sambil bermain...sampai tertidur hehehe
Raya kali ini tak berapa banyak berjalan. Tak sanggup sebenarnya nak mengharungi jem yang melanda KT setiap kali musim perayaan. Kalau nak keluar, kena awal pagi dan balik sebelum zohor. Tambahan pula, ramai anak murid cik abe yang datang bertandang, maka kena la ada kat rumah.
Apa pun, memang seronok bersama keluarga selama hampir dua minggu bercuti. Balik ke Putrajaya dengan berat hati....huhuhu...
Apa pun, memang seronok bersama keluarga selama hampir dua minggu bercuti. Balik ke Putrajaya dengan berat hati....huhuhu...
azwa..seronok beraya dua negeri tu..
ReplyDeletemesti azwa rasa sedih dipagi raya tu kan..walaupun ada mama dan adik beradik..tapi tanpa anak2..tetap rasa sunyi kan..
azwa
ReplyDeleteapakah yg lebioh indah di aidilfitri selain dapat bersama keluarga tersayang...
Kak Erna,
ReplyDeletebetul tu.. memang rasa kosong beraya tanpa suami dan anak2..walaupun ada mama dan adik beradik...tak sama kemeriahannya.
Salam
ReplyDeletememang jem teruk negeri negeri Pantai Timur nie...
sorry lah sebab sampai KT , pB tak call.
Memang tak teringat langsung sebab dah kelam kabut dengan problem kereta adik ipar tu.
Zar,
ReplyDeletemasa bujang indahnya raya bila dapat bersama ibubapa dan adik beradik, bila dah berkahwin, indah bila beraya dengan suami/isteri. Tapi bila dah beranak pinak ni..apa yang paling penting adalah bersama-sama suami/isteri dan anak-anak di pagi raya...
of coz dapat bersalam bersama bonda dan ayahanda di pagi raya adalah satu bonus juga hehhee
seronok dapat cuti lama-lama dok ngan keluarga :)
ReplyDeletetak pe, pejam celik pejam celik nak cuti sekolah dah, boleh import diaorang semua datang putrajaya :)
PB..betul tu..area KT dgn KB memang jem giler masa raya...setiap tahun macam tu..kena pulak cuti sekolah...aduhaiii..
ReplyDeletedulu masa kerja di KT, memang bencinta la nak pi kerja balik kerja...jemmm memanjang.
Tentu gelabah jugak bila ada problem kereta..tambahan time raya..bengkel semua tutup kan..
takper, next time kalau lalu di KT boleh koling2 hehehe
owhhhh.. macam tu cerita raya yang ye. hehehhe.. yang jugak lah. tapi si montel tu fuhhh..betol2 montel tu. kalo namanya raya..budak2 la yang paling happykan. meriah.
ReplyDeletemasyallah! penat sungguh dak hadi tu. mokcik tido cenggitu gaks ker?
ReplyDeleteUmmi,
ReplyDeletetak sabar nak tunggu cuti sekolah supaya dapat import mereka sengan segera hehe
camno raya di Ipoh? harap semuanya ok ya. Suka tengok gambar2 raya dalam posting ummi tu...sweet jerr hehe
Leeya...
ReplyDeleteyer yang...camtu la cerita raya kami hehehe
owch...budak montel tu kan..memang overweight! mak dia slimm abess...tapi agaknya ikut my brother yg tembam itu hahaha. Masa dia masih baby pun memang cenggitu la kemontelannya hehehe...sampai la nie..seronok mengusik dia ni sebab tembam hehehe
Maksu,
ReplyDeleteHadi kepenatan sampai tertidur atas mainan dia tu. sib baik ada sofa tempat nak landing kepala hehehe. Mula2 dengar gak mulut dia berbunyi...lama2 sunyiii jer. Tengok2 dah lelap...hehehe