Showing posts with label CERITA BERAYA. Show all posts
Showing posts with label CERITA BERAYA. Show all posts

Monday, September 20, 2010

BACK TO WORK

Salam semua kenkawan.

Hari ini mokcik kembali berkerja setelah hampir dua minggu bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri nan mulia.

Alhamdulillah, tahun ini mokcik dapat meraikan Hari Raya bersama-sama kedua-dua keluarga di Sabah dan di KT.

6/9/2010, mokcik bertolak ke KK dengan penerbangan MAS. Dek kerana dok asyik tangguh2 nak book tiket sehingga dapat kebenaran untuk ke KK, tiket yang ada untuk penerbangan jam 9.50 malam. Mulanya nak ambik kelas perniagaan, tapi akhirnya ubah fikiran. Simpan ongkos untuk penerbangan balik kelak. [Pilihan yang ada signifikannya..teruskan membaca...hehehe] 

Seperti diduga...well...biasala musim2 perayaan ni, airport pun sibuk juga...flight ke KK tertunda. Sekejap ke B10, sekejap ke B7...sekejap katanya berlepas pukul 10.30...akhirnya bertolak jam 11 malam.  Tak kesah la asalkan dapat sampai ke tempat tujuan.

Sebelum membuat keputusan ke KK, hantar mesej kat cik abe dulu..

" Salam yang. Saya kena hadiri kes di KK pada 7/9/2010. Boleh tak kalau saya beraya dengan mama di kampung? Petang raya pertama baru saya balik KT."

Tak berapa lama cik abe balas, "Baiklah yang, saya izinkan. Kesian awak nak beraya dengan mama."

Alhamdulillah...sebenarnya serba salah. Dah plan cuti raya mulai 8/9/2010..dah beli tiket pun balik ke KT. Tiba2 timbul isu pula pasal kes di KK yang nampaknya kena mokcik sendiri turun padang. Dah sampai sana, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...alang2 dah tinggal dua tiga hari nak raya, sementelahan pulak sudah beberapa tahun tidak berkesempatan beraya dengan mama di kampung, rasanya nak beraya terus dengan mama la dulu di kampung. Syukur cik abe memahami dan anak2 pun telah dimaklumkan terlebih awal.

Kebiasaan keluarga mokcik, hari raya kedua baru diadakan rumah terbuka. Hari Raya pertama selepas solat sunat raya, adik beradik akan datang ke rumah untuk menziarahi pusara arwah bapa. Maka Hari Raya pertama, memang tak nampak la suasana berhari raya di rumah mama. 
Anak-anak abang sulung mokcik, dah ready untuk ke masjid..

Sedondon nampak, adik lagi 'sehat' daripada kakak hehehe





                                                 Shafik Danial...yang ditunggu2 selama 13 tahun telah tiba...syukurr...

Petang raya pertama, selepas beraya dengan mama dan adik beradik, dalam jam 2 petang, mokcik bergegas ke airport untuk penerbangan jam 3.50 petang. Tup2, penerbangan itu pun delayed pulak. Tapi itu lah hikmahnya mokcik memilih penerbangan balik untuk menggunakan kelas perniagaan, maka tanpa banyak soal penerbangan mokcik dipindahkan ke jam 4.10 petang. Yang penting bagi mokcik, adalah mesti tiba di KLIA ngam2 untuk mengejar penerbangan jam 7.45 malam ke KT. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah.

Walaupun dapat beraya dengan mama dan keluarga di kampung, harus mokcik akui, tempoh 4 hari menunggu untuk kembali ke KT bersama-sama suami dan anak-anak terasa sangat panjang. Terasa kosong dan sunyi pula bila mereka tiada disisi huhuhu...patutlah pasangan yang sudah berpisah sanggup berperang untuk berebut anak-anak...


Hari raya kedua awal pagi lagi kami sudah menerima kunjungan tetamu...syukur juga mokcik awal pagi sudah bersiap sedia dengan hidangan soto ayam...hari raya kedua tak ke mana-mana. Tak putus2 menerima kunjungan saudara mara sebelah suami dan juga anak muridnya...dua tiga kali juga la mokcik kena top up soto ayam tu hehehe...


Soto ayam hidangan di hari raya
  
Mee hoon


Cili berkicap dan iringan untuk soto ayam...


Letihnya Hadi beraya...sambil bermain...sampai tertidur hehehe



Raya kali ini tak berapa banyak berjalan. Tak sanggup sebenarnya nak mengharungi jem yang melanda KT setiap kali musim perayaan. Kalau nak keluar, kena awal pagi dan balik sebelum zohor. Tambahan pula, ramai anak murid cik abe yang datang bertandang, maka kena la ada kat rumah. 

Apa pun, memang seronok bersama keluarga selama hampir dua minggu bercuti. Balik ke Putrajaya dengan berat hati....huhuhu...