Monday, November 23, 2009

GARA-GARA HUJAN NON STOP

Assalamualaikum.

Jumaat lepas mokcik balik ke KT. Cuaca disana memang mendung dan hujan sepanjang hari yang sekejap lebat, sekejap renyai2 disertai dengan angin kencang.

Untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak big boss kami, hari ahad iaitu semalam mokcik balik awal ke Putrajaya. Jam 11.30 mokcik selamat sampai di Putrajaya. Kebetulan adik mokcik juga terbang ke sini atas urusan majlis graduasi cikgu2 J-Qaf, Kursus Dalam Cuti etc. Mokcik balik dari kenduri kawen tu jam 7.30 malam. Mokcik dan adik tak dinner la kononnya nak tunggu cik abe dan 4 orang anak datang dari KT. Mereka dijangka tiba jam 11 malam di Putrajaya Sentral. Dalam pukul 9, cik abe called. Katanya sebab hujan lebat, kapal terbang MAS tak bleh nak landing, so terpaksa balik ke KLIA. Mereka dijangka bertolak jam 11.30 malam pulak.

Sempat la mokcik melelapkan mata sokojap. Around 12.30 am, cik abe called katakan dah sampai KLIA. By then, erl services dah tamat untuk hari itu. Cik abe pun cadangkan ambil teksi sahaja. Tak lama kemudian dia call semula;

"Kat kaunter ni kata, sebab ada lima orang dia suruh ambil dua teksi. Kalau tak pun ambik van, tambang RM249.00"

"Aik, kan dua orang tu kanak-kanak jer. Takkan satu teksi tak muat?"

"Itu kata kita, dia kata macam tu."

"Hmnn...tak per la. Abang tunggu kat airport, nanti saya datang ambil."

Kebetulan adik ada, jadi berani ler mokcik driving ke KLIA waktu pagi2 buta tu. Tapi save banyak ler daripada kena bayar RM249...ayoyo...So pagi ni memang kepala agak ting tong sikit sampai solat subuh pun hampir terlalai...alahaiii. Tambahan pulak, pagi ni mokcik kena sertai bengkel kat Mahkamah Syariah POJ. Mokcik decided untuk makan lima kapsul 4life Transfer Factor Advanced Formula. Alhamdulillah dalam sesi bengkel tadi berjaya juga menyumbangkan idea2 untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manual yang dicadangkan oleh mereka.

By 2 pm tadi, perasaan mengantuk memang menguasai huhuhu...tapi mokcik gagahkan juga diri membuka mata hehehe. Lepas solat zuhur, baru la rasa segar sikit. Kena siapkan kerja sebelum bercuti Raya Haji mulai 25 November nie..

ok..daaa...gotta go sambung my work uolsss...wassalam.

8 comments:

  1. salam kak azwa..
    maaf byk2 x dapat reply sms.
    no kedit almaklumlah tgh2 bulan.
    akak paham2lah ye kalau sms x berjawab tu sbb saya mesti jawab kalau kedit ada..
    mak ai..cekik darah punya teksi

    ReplyDelete
  2. Azwa

    happylah semua dah berkumpul di Putrajaya ek...

    ReplyDelete
  3. Irfa,

    takper hehehe..check2 ada no dlm hp mokcik hehehe.
    tu la pasal...extra caj sebab lepas pukul 12 kut...tapi...punya besar beza naik erl ngan naik teksi kan...

    Zar,

    Happy la juga tapi hadi tak dibawa sama sebab nanti nak balik KT sambut raya haji jumaat nie..

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti aidil adha kak azwa

    ReplyDelete
  5. melampau nya tambang teksi tu...zino hari ahad tu jam 4.30 pagi ada di KLIA .. hehe

    ReplyDelete
  6. huiyoo..panjangtu nama bitamin siap ada transfer2 bagaiii...hebattt..tapi melampau le pulakkan tambang dri klia ke ptrjya sampai 200++.. cekik darah. baikla mokcik pi jemput je lenkali. tambang minyak tak sebanyak tu. tol pon takde.

    ReplyDelete
  7. Minnie,

    Salam...looongggg time no hear hear...Selamat Hari Raya Aidil Adha to you too dear.

    Zino,

    Berselisih kat jalan la kita agaknya ye..pertama kali bawa kereta ke KLIA, selalu mokcik naik erl sajork

    Saya,

    hehehe...kalau tak tulis panjang nanti u tak perasan pulak hahahaha

    memang melampau tambang teksi tu. cik abe pun konon2nya tak nak menyusahkan mokcik yang mulanya tak bagi mokcik amik dia kat KLIA tu hehehe..

    ReplyDelete
  8. so semua hero dan heroin ada kat rumah putrajaya ke?

    mesti happy ni :)

    ReplyDelete