Wednesday, November 18, 2009

DALAM DILEMA

Permohonan pertukaran cik abe antara daerah tidak diluluskan!

Initially, cik abe nak minta tukar antara daerah sahaja dulu memandangkan hujung tahun ini, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah baru dan anak sulung akan menghadapi PMR tahun depan. Urusan pindah randah kalau boleh boleh tak mahu la mengganggu konsentrasi Usop. Lagipun, di sekolahnya sekarang setakat ini Usop menunjukkan perkembangan yang baik dan cikgu2 pun memang sayang la kat dia nie. Kalau pindah Putrajaya, dia terpaksa nak menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, kawan2 baru serta cikgu yang baru.

Memandangkan permohonan cik abe tak berjaya, terpaksalah kami tukar plan baru. MIL cadangkan lebih elok anak2 semua duduk kat Terengganu. Kalau ada apa2 masalah ker, senang mereka nak pi menjenguk, membantu apa yang patut. Tambahan pulak mudah bagi mokcik nak berulang alik antara KL-KT kalau berseorangan.

Tapi mokcik rasa simpati jugak kat cik abe. Dia tertekan kerana jarak sekolah yang agak jauh memerlukan dia keluar selewat2nya jam 6.30 pagi. Dan kalau ada aktiviti sekolah, jam 6.30 petang baru dia boleh bergerak dari sekolah. Nak menguruskan anak2 bangun pagi memang satu kesulitan terutamanya yang anak dara dua orang tu. Anak kecil biasalah ada masanya karenah mereka menyebabkan kita naik angin..balik sekolah pulak kena siapkan makan minum anak2.

Mokcik tak kesah nak bawa anak2 ke Putrajaya, kecuali Usop yang memilih untuk terus stay di KT sekurang2nya sehingga habis PMR. Tapi itu bermakna, mokcik kena ambik maid dan satu masalah pulak sapa nak hantar budak2 pi sekolah kalau mokcik pi outstation.

Mokcik cadangkan pada cik abe, tahun depan nie ambil cuti tanpa gaji sehingga permohonan pertukaran dibuka semula. Itu pun kalau boleh dapat, sebab ada seorang kawan dah mengeluh isterinya nak minta tukar ke Putrajaya tak dapat. Pening dibuatnya, kata kawan tu. Bila dirayu ke Jabatan Pendidikan, jawapan standard mereka.."oo itu perkara biasa la tu, suami kat Terengganu, isteri di Kuantan".

Tengah fikir plan lain pulak untuk mengatasi masalah ini...

8 comments:

  1. semoga di permudahkan sagalanya :)

    dah besar ye usop :)

    biasalah dengan jawapan tu, kalau tak naik angin selagi tulah akan dengar jawapan yang sama :)

    ReplyDelete
  2. susah jugak tu.apa2 pun semoga ada jalan dan dipermudahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  3. azwa

    gitulah kan.. cabaran sangat besar bila berjauhan ni.. anak anak terutamanya.. zar ni pun dah ada angin angin cik hubby bakal berhijrah ke selatan.. seperti azwa, kami pun dah kena ada plan A,B,C,D sampai Z agar semuanya berjalan lancar

    Apapun doa zar semoga semuanya dipermudahkan buat azwa sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Ummi,

    Thanks.

    Pejam celik pejam celik by next year 15 yrs dah usop..rasa macam baru semalam dia masih lagi baby kecik hehehe tup2 hari ni dah tinggi dari uminya lagi.

    memang dorang ni kan suka tengok rumahtangga orang porak peranda kut..hmnn

    Irfa,

    InsyaAllah ada jalan penyelesaian, tetapi sebenarnya tahap keSABARan tu yang kena ditinggikan lagi huhuhu

    Zar,

    hadoii..memang kena banyak2 bersabar bila berjauhan nie.
    cik hubby nak kena berhijrah jugak ker? memang kena ada plan A sampai Z nak menghadapi cabaran ni hehehe

    ReplyDelete
  5. tak baik kalau susahkan kehidupan orang

    ReplyDelete
  6. Patut nak membina rakyat yang cemerlang gemilang terbilang kebajikan pekerja kena jaga..ni nak minta tukar pun punyalah susah kan...banyak kes dalam jabatan saya, suami isteri berjauhan..hmmm..kesian plak tengok..tapi selalunya cik abang yg berulang, cik puan jaga anak2.... kes azwa special skit cik puan plak yg berulang dan cik abe jaga anak2...kagum betul dengan dua2 ni yg mak tahan perasaan rindu anak yg bapa tahan fizikal dan mental layan anak2...syabasss...

    ReplyDelete
  7. memang satu cabaran tu.. semuga ada plan yg bersesuaian nanti..

    ReplyDelete
  8. PB,

    rakyat didahulukan...kita ni bukan rakyat, tapi kuli...huhuhu

    Salwa,

    wah..jgn tak tahu kawan saya alami nsib serupa kat opis salwa tu dah mengeluh. Isterinya pun tak dapat tukar..anak2 dan bibik dah duduk ngan dia kat pjaya uolss..

    Dah tu dia kata tengah pening..dan ada pulak officer anak dara dok menghimpit...huiii memang cabaran besar katanya. Sapa nak disalahkan yer?

    Zino,

    tengah mencari plan yang terbaik...win win situation. insyaAllah akan ketemu jawapannya.

    ReplyDelete