Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts

Monday, November 23, 2009

GARA-GARA HUJAN NON STOP

Assalamualaikum.

Jumaat lepas mokcik balik ke KT. Cuaca disana memang mendung dan hujan sepanjang hari yang sekejap lebat, sekejap renyai2 disertai dengan angin kencang.

Untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak big boss kami, hari ahad iaitu semalam mokcik balik awal ke Putrajaya. Jam 11.30 mokcik selamat sampai di Putrajaya. Kebetulan adik mokcik juga terbang ke sini atas urusan majlis graduasi cikgu2 J-Qaf, Kursus Dalam Cuti etc. Mokcik balik dari kenduri kawen tu jam 7.30 malam. Mokcik dan adik tak dinner la kononnya nak tunggu cik abe dan 4 orang anak datang dari KT. Mereka dijangka tiba jam 11 malam di Putrajaya Sentral. Dalam pukul 9, cik abe called. Katanya sebab hujan lebat, kapal terbang MAS tak bleh nak landing, so terpaksa balik ke KLIA. Mereka dijangka bertolak jam 11.30 malam pulak.

Sempat la mokcik melelapkan mata sokojap. Around 12.30 am, cik abe called katakan dah sampai KLIA. By then, erl services dah tamat untuk hari itu. Cik abe pun cadangkan ambil teksi sahaja. Tak lama kemudian dia call semula;

"Kat kaunter ni kata, sebab ada lima orang dia suruh ambil dua teksi. Kalau tak pun ambik van, tambang RM249.00"

"Aik, kan dua orang tu kanak-kanak jer. Takkan satu teksi tak muat?"

"Itu kata kita, dia kata macam tu."

"Hmnn...tak per la. Abang tunggu kat airport, nanti saya datang ambil."

Kebetulan adik ada, jadi berani ler mokcik driving ke KLIA waktu pagi2 buta tu. Tapi save banyak ler daripada kena bayar RM249...ayoyo...So pagi ni memang kepala agak ting tong sikit sampai solat subuh pun hampir terlalai...alahaiii. Tambahan pulak, pagi ni mokcik kena sertai bengkel kat Mahkamah Syariah POJ. Mokcik decided untuk makan lima kapsul 4life Transfer Factor Advanced Formula. Alhamdulillah dalam sesi bengkel tadi berjaya juga menyumbangkan idea2 untuk memperbaiki dan memantapkan lagi manual yang dicadangkan oleh mereka.

By 2 pm tadi, perasaan mengantuk memang menguasai huhuhu...tapi mokcik gagahkan juga diri membuka mata hehehe. Lepas solat zuhur, baru la rasa segar sikit. Kena siapkan kerja sebelum bercuti Raya Haji mulai 25 November nie..

ok..daaa...gotta go sambung my work uolsss...wassalam.