Amaran : Tiba- tiba entry hari ini terpanjang lerr pulak. Kalau malas nak baca, tengok gambar2 ajer la yer..Pagi tadi pecah rekod bangun awal...5.28 pagi. Biasanya set jam pukul 6 pagi. Ntah apa mimpinya, asben set jam seawal 5 pagi. Tiap kali alarmnya berbunyi, azwa terbangun dulu...tengok2 kawan tu set semula alarmnya. Sambung tido semula...tup tup...kringgg....kringgg...tido balik...kringgg...kringgg...lagiii...adoii. Last2 pukul 5.28 tu azwa bangun dan merajinkan diri ke dapur. Pagi tadi gorengkan nugget ayam Ramly untuk bekalan anak-anak ke sekolah. 4 keping lagi untuk azwa sendirik...dah ngap dua baru teringat nak ambil gambar nie hehehehe....

Jam 9 bertolak ke mahkamah. Dalam jadual ada bicara pagi ini. Dah prepare dah seme dokumen dan soklan2 seadanya. Nak lebih2 pun biasanya soklan2 tu datang secara spontan berdasarkan jawapan saksi. Dah berkobar2 nak bicara pagi nie, tup tup Hakim cadangkan agar kedua-dua pihak berhujah atas isu undang-undang/liabiliti sahaja dulu. proses ini tidak memerlukan kehadiran saksi. Kes di tunda lagi ke bulan mac.
Well, still early... might as well gi beli lunch sekalik. Azwa menuju ke mydin...ke restoran nasi ayam hainan pak awie yang sodap itteww....RM4.50 sahaja. Berbaloi la dibandingkan dengan chicken rice shop punya yang RM8.50 itteww ( not to say crs tu tak sedap ekk...)
Dah ke mydin, kill two birds with one stone kata omputih, azwa singgah beli susu friso untuk hadi. Exceli semalam dah beli setin sebagai percubaan. Sejak balik kampung tempohari, susu hadi telah kami tukar ke dugro perisa cokelat. hasilnya...pelaburannya juga kaler cokelat huhuhu dan bentuknya macam pelaburan kambing pulak...sebijik sebijik...huhuhuhu... babysitter cadangkan tukar susu ke friso, mana tahu serasi. Semalam azwa cuba terai test tengok, nak pulak dia menyusu. Alhamdulillah. Sebelum ini dia reject susu perisa selain cokelat.
Citer semalam Semalam balik lewat. Singgah ke Giant mencari pin baju yang dipesan asben. Untuk pinkan nombor ke baju budak2 yang ikut merentas desa sekolah dia. Sesambil tu mencari bahan2 utk main masak masak. Sampai kat rumah, aisey...satu benda tak masak lagik. Nasib baik Aman tanpa disuruh menanak nasi. Azwa keluarkan ayam dan udang. Asben plak balik ngan ikan keli dan lampam. Azwa pun seperti lipas kudung mulakan projek memasak resepi paling simple...ayam masak sup Dusun's style, udang masak guna perencah nasi goreng adabi dan ikan keli serta lampam goreng. Biasanya klu terjadi kejadian seperti ini, asben akan beli lauk ajer. Tapi semalam masing2 dah malas nak keluar, so azwa masak yg sempoi2 ajer la. Kelihatan dalam gambar ikan keli lampam goreng ngan udang ajer...sup ayam still dalam periuk kaedahnya hahaha... tak ketinggalan tu tangan hadi yang tak sabar2 nak makan tu...hehehe

Hah...ini lah projek main masak masak azwa. Ke hulu ke hilir azwa cari biskut marie jenama tiger...tapi di semua pasaraya yang azwa pergi, boleh takde pulak jenama ittewww. Hmnn...last2 azwa guna jenama munchys. Resepi kek batik simple yang diberikan oleh adik azwa dicuba terai test. Ini lah hasilnya.... kek batik...dah nak habis baru teringat nak tangkap gambar nie hehehe..

Another view of kek batik simple

Ni lagi satu projek main masak masak azwa. Haa...pernah tak nampak buah ini??? Rasanya buah ini takde di Semenanjung kut. Hah ini lah buah Bambangan...femes la di Sabah sana. Buah nie sekarang pun payah nak jumpa dah. Ni pun dapat bawa balik tiga biji setelah asben tanpa jemu2 pusing2 di tiga buah pekan semata2 mencari buah ini. Pertama kali merasa buah ini dimasak oleh mama, asben azwa terus jatuh chenta lagiii...lagiii lagiii ku jatuh chentaa...setiap kali balik Sabah buah nie la dia cari dulu.

Buah Bambangan ini bila dah masak mengeluarkan bau seakan buah bacang. Buah yang mentah mempunyai getah yang bisa...tangan boleh luka kalau silap kupas dan terkena getahnya. isinya, mentah atau masak sedap dimakan jika dimasak bersama-sama ikan masin. Sesiapa pernah ke Sabah mungkin pernah dengar masakan ini. Salah satu lagi cara masaknya mencampurkan hirisan buah bambangan ke dalam sup ayam atau daging...sodappp. Ia juga boleh dijadikan jeruk dengan menggunakan bijinya sebagai bahan peram.

Oleh kerana Asben suka makan, kena la azwa belajar masak ikan masin bambangan dari mama azwa...tapi azwa suka pedas skett so azwa modified boh hirisan cili padi...

Akhir sekali...gambar rumah yang terkini. Nampak elok skett selepas dicat...ok la...have a nice day seme... daaa....
