Thursday, May 14, 2015

ANNYEONG HASEYO & KAMSA HAMINDA PART 1

 Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam sejahtera semua kawan-kawan.

Wahhhh....it certainly have been a very very very long time since i last updated this blog. Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan mei tahun 2015. Tak lama lagi umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadan...kakak2 dan makcik2 dah habis bayar puasa ker??

Sejak akhir2 ini memang agak sukar bagi Azwa untuk duduk menulis dan update di blog ini. Di muka buku pun jarang2 sekali Azwa dapat berkongsi. Kebanyakan masa di whatsapp group malah perbincangan tentang kerja juga melalui whatsapp dan telegram. Nak kata sibuk sangat tu, idok jugak..cuma dari segi masa kerja yang tidak menentu menjadi kekangan. Azwa sudah berpindah tempat kerja baru semenjak 15/2/2015 yang lepas. Boss baru Azwa memang agak sibuk orangnya, selalunya mesyuarat bersamanya dibuat jam 1 - 2 petang, kerana dalam tempoh masa itulah dia berkelapangan. Masa yang lain dipenuhi dengan urusan rasminya...

Bagaimanapun, yang bestnya boss baru Azwa ni memang sporting orangnya. Jadi tidak ada masalah untuk Azwa mengambil cuti yang agak panjang baru2 ini...ke manakah tujuan mokcik kali ini??

Yer...negara yang terkenal dengan kimchinya jadi destinasi percutian Azwa kali ini...

Annyeong haseyo... Perjalanan Azwa ke Korea Selatan bermula pada 30/4/2015 yang lepas. Kami memilih penerbangan Vietnam Airlines, so terpaksalah transit di Saigon.  Cadangan awal nak perabiskan sisa2 wang Vietnam tahun sebelumnya, namun dalam kelam kabut tertinggal pulak duit tu. Hmnn...so, malas nak membeli apa2 kat airport Saigon..konon2nya nanti dalam perjalanan balik boleh la membelek2... 

Kami bertolak ke Incheon dari Saigon pada jam 11.30 malam dan tiba di Incheon jam 6.30 pagi. Syukur penerbangan adalah lancar cuma sekali jer ada menempuh turbulence...namun gara2 nafsu nak merasai kopi Vietnam semasa penerbangan dari KLIA ke Saigon dan Saigon ke Incheon menyebabkan Azwa tidak dapat melelapkan mata sepanjang perjalanan.

 [Lesson learnt - dalam perjalanan  jarak jauh, jangan gatal2 nak minum kopi pekat yer...]


Tiba di Lapangan terbang Incheon kena menaiki tren menuju ke pemeriksaan Imigresen


1/5/2015  -  Syukur alhamdulillah. Kami selamat mendarat di Lapangan terbang Incheon sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan. Masa di Incheon lebihkurang sejam setengah lebih cepat daripada Malaysia. Selepas membersihkan diri secara ala kadar di bilik air, kami terpaksa melalui pemeriksaan imigresen yang mengambil masa hampir sejam kerana tersangat ramai orang pada masa itu. Setelah selesai urusan imigresen terpaksa pula menunggu beberapa orang perserta rombongan makcik kiah ke Korea yang menaiki pesawat AirAsia.

Akibatnya, kami terlewat daripada yang dijadualkan dan beberapa perubahan kecil terpaksa dibuat kepada jadual lawatan pada hari pertama.  Sepatutnya kami selain daripada ke Nami Island juga akan menaiki kereta kabel pada hari pertama lawatan. Namun, acara menaiki cable car terpaksa dibatalkan. Kami hanya dapat ke Pulau Nami pada hari itu, namun dalam tempoh yang singkat kerana mengejar masa. 

Kebetulan pada masa kami pergi, ramai pelancong dari negara lain termasuk Malaysia juga berpusu2 menuju ke Korea Selatan. Keadaan bertambah buruk bila negara Korea juga sedang bercuti umum pada masa yang sama. Mereka juga berpusu2 menuju ke Pulau Nami dengan keluarga mereka...
[LESSON LEARNT - PLAN YOUR TRIP CAREFULLY. MINTA TOUR LEADER SEMAK DENGAN GUIDE DI NEGARA YANG HENDAK DILAWATI UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN MELAMPAU AKIBAT PELANCONG LUAR DAN JUGA DALAM AKIBAT PERTEMBUNGAN CUTI UMUM YANG PANJANG]


Antara Lokasi popular di Nami Island...bergambar di sini. 


Selepas melawat dan mengambil gambar di lokasi kawasan popular di Nami Island, kami pun beratur untuk menaiki feri kembali ke tanah besar. Nami Island pada pandangan saya biasa2 sahaja cuma tidak dinafikan ianya bersih dan cara susunan pokok2 ditanam memang cantik. Apa yang menyebabkan ianya popular kerana menjadi lokasi penggambaran drama Winter Sonata.


Perjalanan dari Incheon airport ke Nami Island mengambil masa yang panjang kerana trafik jem...
Selepas kembali dari Nami Island kami sekali lagi menempuh perjalanan jauh menuju ke hotel penginapan kami pada malam itu, iaitu di Koresco Condo. Hotel ini tidaklah mengecewakan, terdapat dua bilik dan ruang tamu serta tempat memasak. Yang melucukan, hotel ini tidak menyediakan tuala mandi uols...so, kalau korang ambil pakej melancong ke Korea dan tahu akan stay kat Koresco Condo, I suggest uols bawa tuala siap2 dari Malaysia. Tuala nipis yang tak menyerap air ukuran biasa di convenience shop hotel ini berharga 10,000 won uols..sementara yang besar 20,000 won. Tuala yang disediakan adalah tuala kecil dalam 4 helai, namun cukup selesa digunakan untuk mengelap tapi tidak cukup untuk menutup apa yang patut ditutup hahahaha.... 

[ LESSON LEARNT - IF YOU ARE STAYING IN KORESCO CONDO RESORT, BRING YOUR OWN TOWEL, BIAR PUN NIPIS, A STANDARD SIZE COZ IT'S EXPENSIVE OVERTHERE ]


Ini lagi salah satu lokasi popular untuk bergambar


Nak mengambil gambar dengan patung winter sonata ini kena berbaris panjang uols...last2 mokcik give up ambil gambar dari jauh jer...hehehehe


Basikal yang digunakan hero dan heroin Winter Sonata



Mengenang salah seorang pelakon yang membunuh dirinya.. 



Baiklah kawan2...nanti Azwa sambung lagi bila berkesempatan ya...daaaaa.... 

      

Monday, January 26, 2015

SALAM JANUARI 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...

Lama sungguh Azwa tidak berkesempatan nak update rumah ini. Dah penuh dengan sawang rupanya. Sejak berpindah ke Bahagian lain, masa sentiasa mencemburui Azwa. Jarang berkesempatan menjenguk ke sini. Malahan di mukabuku juga Azwa sudah amat jarang-jarang sekali dapat menjenguk. Di whatsapp dan telegram jer la yang Azwa masih sempat menjeling2 setiap hari.

Januari 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya...sekejap sahaja masa berlalu..baru sahaja kita meraikan kedatangan tahun baru 2015 di saat rakan-rakan kita terutama di Pantai Timur di landa musibah banjir besar dan trauma membina kembali kehidupan selepas banjir..kini Januari 2015 sudah hampir ke penghujungnya.

Azwa doakan kesejahteraan kawan-kawan semua. Walau jarang berjumpa sudah di ruangan ini namun ingatan Azwa masih bersama kalian.

Hari sabtu lepas, 24 Januari 2015, Azwa bersama keluarga sempat meluangkan masa memenuhi undangan perkahwinan anak perempuan bekas guru Azwa di SMK Tun Fuad Stephens lebih 30 tahun yang lalu. Jemputan yang kebetulan Azwa terbaca semasa membuka muka buku minggu lepas. Kebetulan cik abe pun tiada halangan untuk ke sana minggu lepas. Tempatnya di Kuala Kangsar Perak. Tahniah kepada Cikgu Zaid dan isteri, terima kasih atas jemputan. Nasi minyak dan lauk pauk kenduri memang mabeles..

 Lepas kenduri kahwin, kami bergerak ke Pekan Kuala Kangsar..mencari laksa buyung atas permintaan anak-anak. Baru lepas makan nasi minyak pun masih nak makan laksa katanya..ok lah layan jer la selera mereka.

Lepas makan laksa dan cendol yang mabeles di Pekan Kuala Kangsar, kami bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan hujan turun selebat2nya...kali ini kami terjah rumah kawan cik abe ..lupa la pulak nama tempat tu. Dalam hujan lebat dan keadaan sudah mulai gelap, berjaya juga mencari rumah kawan cik abe..berbual sehingga maghrib. Dihidangkan pula dengan kuay teow goreng air tangan Kak Sal yang memang yummylicious..

Seterusnya kami terus ke Tambun melalui Bercham,  Taman Pakatan Jaya dan Taman Perpaduan..tempat tinggal kami suatu ketika dahulu..kami menuju ke Sun Inns, Tambun. Mujur masih ada bilik kosong walaupun kami main terjah jer ke sana.

Memang kami ke Ipoh tanpa menghubungi siapa2..sengaja tidak mahu menyusahkan berjanji dengan kawan2 lama di sana. Even, bekas cikgu Azwa pun terkejut, tak sangka kami akan hadir ke kenduri perkahwinan anaknya. Semuanya dengan izin Allah SWT juga yang mempermudahkan perjalanan kami. Konsep kami dalam perjalanan  kali ini, kalau ada rezeki, terberjumpa, alhamdulillah.. Cik abe sempat bertemu rakan2 lamanya yang datang beramai2 ke Sun Inns.

Pada hari ahadnya, kami bertandang ke rumah jiran lama di Bandar Baru Putra..jiran yang banyak membantu apabila kami dalam kesusahan..seterusnya ke rumah rakan karib cik abe..dalam jam 11 pagi baru bergerak ke Lost World of Tambun memenuhi permintaan anak2 yang nak sangat kononnya ke sana.

Selepas puas mandi manda berenang sampai sun tan anak2 Azwa tu..barulah kami bergerak ke Giant untuk makan tenghari dan seterusnya bergerak balik ke Putrajaya. Alhamdulillah, dalam jam 9.30 malam kami selamat sampai ke Putrajaya..

OK lah..bila berkesempatan nanti Azwa update lagi..

Take care all...

Friday, September 26, 2014

SAKIT GIGI MELANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan..

Jarang benar Mokcik dapat mengemaskini blog ini la ni. Nak kat busy bebenor, idok jugak. Tapi idea sentiasa tersekat bila nak online blogging, dok kluar mesej "Access Denied"...adoiii. Kalau kat rumah memang tak buka blog langsung la. Setakat berfb dan berwasap jer la jawabnya. Itupun dah makin jarang berfb la nie.

Sejak semalam, Mokcik dah mula terasa gigi geraham kat rahan atas dah mula berdenyut2...nyut nyut nyut. Tapi masih boleh tahan lagi. Cuma memang la nie nak makan, kena hati2 sebab bila kunyah guna gigi geraham kanan, memang terasa sakit.

Pagi ni, bertambah kuat pulak denyutannya..sehingga terasa gigi geraham kat rahang bawah pun ikut sakit sekali..Jam 11 pagi minta kebenaran bos keluar ke klinik berdekatan. Tapi kena singgah bank dulu keluarkan duit. Maklumlah, nak ke klinik gigi kenalah sediakan kosnya siap2..bukannya murah2 kos penjagaan gigi la nie. Tambah2 lagi di Putrajaya.

Paling dekat, Klinik Gigi Izra di Presint 8 Putrajaya. Ding dong ding dong, dalam jam 11.45 pagi baru sampai di Presint 8. Agak sukar mendapatkan parking terutama hari Jumaat. Terus Mokcik call klinik. Katanya, masa itu ada patient. Dia minta datang jam 2 petang. Ada temujanji masa itu namun lepas temujanji selesai dia bagi Mokcik walk in. Memang payah nak slotkan masa masuk dapat rawatan kat Izra ni. Mahal2 pun ramai orang juga pergi ke situ.

Mokcik pun balik rumah dulu. Telan panadol sebiji sahaja. Mokcik memang paling mengelak makan panadol atau pain killer. Kecuali terpaksa. Lepas makan panadol, terus hilang sedikit denyutan kat gigi geraham tu. Boleh la melelapkan mata sekejap. Jam 1.55 ptg Mokcik dah keluar ke klinik. Mujur datang awal. Yang temujanjinya jam 2 petang sudah sampai. Tapi treatmentnya tak lama. Dalam 15 minit dah siap. Giliran Mokcik pula.

Doktornya seorang lelaki. Masih muda belia. Tapi polite dan lemah lembut jer doktor tu periksa semua gigi. Gigi yang tengah sakit tak boleh buat apa pada hari ini. Kena set tarikh lain untuk tengok sama ada boleh diselamatkan atau tidak. Doktor tu kata, kalau nak buat rawatan akar di klinik itu dalam RM800, crown pula dalam RM600++. Dalam hati kata, eh, murah jugak tu. Sebab sebelum ni pernah gi satu klinik di Bandar Baru Bangi, doktor tu kata rawatan akar dengan crown dalam RM2k. Mungkin di Kuala Terengganu lagi murah, tapi, bila balik tak berkesempatan buat rawatan akar sebab selalunya balik masa cuti raya atau weekend..kebetulan doktor gigi kat sana pun coti2 jugak...

Mokcik terus jer setuju dan set appointment. Yang penting dapat tarikh temujanji tu..katakan tak jadi pergi pun tak apa tapi nak slot masuk temujanji di Izra ni memang payah.

Untuk hari ini, Mokcik minta doktor tu tampal gigi bersebelahan gigi geraham yang sakit tu.

Kos menampal gigi di Izra, tak kira kecik ker besar adalah RM90.

Apa yang boleh Mokcik katakan, doktor muda itu memang buat kerja dengan teliti dan lemah lembut, tidak tergesa2. Patutlah ramai orang suka ke situ. Khabarnya, doktor lelaki itu cuma sementara sahaja sebab doktor yang selalu di Izra sedang cuti bersalin. Dan memang rezeki Mokcik hari ini, sebab keluar jer dari bilik rawatan, tu diaaa...ramainya patient kat luar sedang menunggu giliran.

Setakat ini panadol masih belum hilang kesannya...belum lagi terasa denyutan kesakitan di gigi geraham ku ini. Masih boleh senyum dan buat entry ini. Tak tahulah malam nanti, ia start berdenyut2 balik..

Ok Selamat berhujung minggu semua..




 

Tuesday, August 12, 2014

SANAH HELWAH SYED AHMAD MUAZ!!

Assalamualaikum semua kenkawan.

Maafkan Azwa. Sebelum ini dengan bebanan kerja yang bertimbun2 dan tidak berpenghujung, Azwa masih mampu mengunjungi blog kenkawan dan mengemaskini blog sendiri. Kini, di tempat baru, bebanan kerja adalah sedikit berbanding dahulu, namun, ironinya, seolah2 sentiasa tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, apatah lagi mengunjungi blog kenkawan. Sentiasa ada sahaja halangannya...kebanyakan masa, bila klik ke blog..keluar mesej..

"ACCESS DENIED".

Terbantut hasrat untuk update blog.

TERIMA KASIH ATAS SEMUA UCAPAN SELAMAT  MENYAMBUT RAMADAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG TAK SEMPAT AZWA BALAS YA KENKAWAN. KETAHUILAH AZWA SENTIASA MENGINGATI KAWAN-KAWAN WALAUPUN LAMA TIDAK BERSIARAN DI BLOG INI.

Pejam celik pejam celik.


Sudah dua tahun berlalu. Rasanya macam baru semalam merasai kesakitan bersalinkan si comel
 SYED AHMAD MUAZ  
Kini dah pandai buat perangai..
sesekali buat kita geram
namun
kebanyakan masa dialah penghibur hati
setiap kali balik kerja
hanya sikecil ini yang akan berlari2 menyambut kita di muka pintu
yang lain2 itu, cuma duduk di ruang tamu dengan mata terpaku ke arah televisyen.
Begitulah realiti kehidupan 



Sanah Helwah, Happy Birthday, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke - 2 
anakandaku
SYED AHMAD MUAZ



                                                            Doaku  selalu menyertaimu

Semoga Allah SWT selalu membimbingmu
Semoga Allah SWT selalu merahmatimu
Semoga Allah SWT selalu melindungimu.

Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu, di dunia dan akhirat kelak... 
amin amin amin 


Wednesday, July 23, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

DEAR ALL,

RAMADAN YANG MULIA KIAN BERANSUR PERGI,
NTAHKAN DI TAHUN DEPAN DAPAT KITA BERSUA LAGI,
AZWA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI..



SALAM INGATAN MESRA SELALU
DARIPADA
AZWA SEKELUARGA

Friday, June 27, 2014

MARHABAN YA RAMADAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan,

Azwa mengucapkan...


Pohon kemaafan zahir dan batin andai ada terkasar bahasa.

Salam ingatan mesra di kejauhan dari 

Azwa dan keluarga.  

Tuesday, May 20, 2014

SAIGON SITU SINI SANA PART # 6

Salam dan selamat sejahtera semua.

Hari ini rajin sikit nak update. Ini pun a quick entry tentang trip ke Saigon tempohari.

Bila dah balik dan belek2 apa yang dibeli..hmnn..nampaknya masih ada beberapa tempat wajib pergi, yang belum pergi dan barang wajib tengok, wajib pilih dan mungkin akan beli, yang tak sempat cover dalam agenda cuti cuti ke Vietnam tempohari hehehe.

Pandai tak Mokcik cipta alasan untuk nak terbang ke sana lagi dalam masa terdekat???

hehehehe..sapa setuju, angkat keyboard semua....say yesss.... hahaha

Entry ini tidak mengikut turutan..caca marba sahaja


Telekung berbunga sulam timbul 60 kuntum katanya.. kain Vietnam cotton..sejuk, tidak terlalu berat, tidak terlalu jarang..




close up bunganya..Yang ini beli kat satu kedai sebarisan dengan Basiroh. Penjualnya sangat peramah, walaupun bahasa jadi penghalang...Azwa terjumpa dengan kedai ni pun masa berjalan sensorang pagi hari terakhir kat Saigon. Kawan2 lain tinggalkan mokcik, dan room mate pulak selepas kami masuk ke Ben Tanh sekejap nak ke kuil. Azwa pula dah berjanji nak pi mencuba suit yang kami tempah pada jam 10.30 pagi. Tak pasti sama ada harga yang Azwa laburkan itu murah atau mahal, namun berpuas hati dengan layanan tuan punya kedai. Siap duduk kat lantai lagi..namun malangnya masa itu stock kat kedai tak banyak dan saya tak dapat menunggu kerana jam 11.30 kena balik hotel..

Oh ya. kebanyakan kedai kat sana kita kena buka kasut bila nak masuk. Lama-kelamaan baru Azwa faham kenapa...kat sana bila dah ralit memilih memang kita kena duduk kat lantai, belek betul2 barang2 yang nak dipilih, sambil tawar menawar..tu yg ada sampai tertidur2 menunggu urus niaga siap tu.

Ada setengah butik, siap bagi air minuman dan beri akses kepada wifi lagi..  


Baju kemeja t untuk cik abe dan anak2 lelaki.. Mokcik dah siap pilih size XL...namun, ketiga2 cik abe, anak sulung, anak kedua tak boleh muat baju ni..anak no. 3 lah untung hehehe dapat kat dia semua 6 helai t shirt Burberry dan Polo reject untuk export hehehe


Ini jaket suit yang ditempah. Jahitannya kemas walaupun agak kelam kabut sikit gara-gara miscomunication.. mana taknya, sorang cakap broken english, sorang cakap Vietnam...hehehe

Kos untuk sepasang suit ini RM300 jer... suit serupa yang Azwa tempah di Putrajaya, RM1,000 uolss...boleh dapat tiga suit kalau buat kat sana :D





Salah satu baju yang Azwa pilih itu..Azwa tak berapa gemar manik2 serabut. So pilih yang manik macam ini..hehehee


Close up lagi baju kurung Vietnam


Saya tak ingat ini kat mana., tapi cantik kan..


Bling2 lagi uolsss...harus rambang mata dibuatnya


Lawanya...


Kedai menjual VS ini kami jumpai sewakatu balik darpada Sports Centre..di sini kejadiannya, kawan Azwa nak membeli namun kata amoi yang menjaga kedai, mereka tak terima RM atau Dong, nak USD.

Petang itu kawan Azwa pergi tukar wang kepada USD.

Tiba di kedai ini, amoi yang sama kata mereka tak terima RM atau USD, mereka nak Dong sahaja!!

Pulok doh!!

Tak nak jual cakap terus terang maaaa...

tapi serius..VSnya cantik2 ooo

Moralnya:

Perlu ada kesemua jenis mata wang dalam dompet anda...jika berlaku situasi di atas..penjual tak boleh nak berdolak dalik.

Tukar duit ke VND, tak perlu banyak beribu2..nanti jenuh nak bawa ke hulu hilir VND berjuta2 hehehe...Kalau pergi dengan ejen..makan minum ditanggung tak perlu risau sangat.

Azwa cadangkan bawa VND untuk bayar buah2an, makan minum, tips dan dalam keadaan macam kat atas tu hehehe.. sediakan payung sebelum hujan maaa..

USD..untuk butik2 yang agak nampak ada standard sikit..guna USD..Tapi masa kami buat suit, mereka terima semuanya..ketiga2 pun ok.. tengok kedai jugaklah..

Survey dulu beg kat Mekong River tu..pastikan anda memegang dan membelek beg2 yg ditawarkan di sepanjang jalan itu. Jangan mudah sangat terpedaya dengan kata janji manismu..

Ada banyak kedai..jgn memborong di kedai yg kedai pertama sekali di bawa oleh agen..huhuhu..kalau tak, menangis tak berlagu la jawabnya..

tipah tertipu pun mengadu dalam blog ajer la jawabnya... atau kalau buat aduan kat fb kami tumpang like ajer lah hehehehe

Berhati2 kalau nak hantar kain baju untuk dobi..kat hotel kami duduki itu, kena bayar dalam USD..mujur mokcik memang ada lagi saki baki USD dalam dompet.

Upah untuk dobi di Saigon agak mahal juga berbanding di Bandung.. 

Pilih Hotel paling dekat dengan area Ben Tanh..kalau boleh macam Blessing 1.. atau Thanh Hu... terdapat beberapa hotel di area kawasan tersebut..senang nak ke pasar malam,  ke Ben Thanh,  ke restoran halal,  kedai2 kain dan beg sekitarnya berulang kali sehingga ke titisan dong yang terakhir ..

Jika membeli beg atau pakaian di pasar malam, pastikan ianya betul2 dalam keadaan baik. Memang ada perbezaan kualiti dan harga di antara barang di pasar malam rasmi (dekat area  pasar Ben Tanh) dengan sepanjang jalan ke arah hotel Blessing 1/restoran Hajjah Basiroh.. Jika beza harga RM2 sahaja, baik beli sahaja di pasar malam rasmi atau dalam Ben Tanh, sebab kualitinya lebih baik berbanding di pasar  malam gelap.

Sediakan wang kecil RM1 untuk tips masa ke Mekong River atau untuk sedekahkan pada masa2 tertentu..

Ada bloggers yang kata orang di sana ada yang tidak akan memulangkan duit baki atau menipu dalam memulangkan duit baki. Syukur, setakat 5 hari pengalaman Azwa di sana tiada bertemu keadaan sedemikian. Malah mereka akan mengira duit baki berulang kali dan membantu kita lagi mengira duit baki.

Tapi tak ada salahnya berhati2 kan..

   

OK..itulah sahaja beberapa tips yang Azwa dapat kongsikan ..kalau ada lagi tips lain nanti Azwa kongsikan ya..  

Sapa nak merancang trip ke Saigon..war2kan..mokcik tengah kumpul duit dalam tabung ayam nie hehehehe

FREE AND EASY SAIGON PART #5




 Assalamualaikum dan Salam sejahtera kawan-kawan semua.

Semoga kalian semua dilindungi Yang Maha Pencipta, InsyaAllah.

Tak sangka panjang juga kisah mengenai perjalanan Mokcik ke Saigon :) . Maklumlah, tempoh masa kami berada di sana adalah 5 hari 4 malam iaitu mulai 30 April hingga 4 Mei 2014.

Baiklah, kalau belum bosan lagi mengikuti perjalanan Mokcik ini, jommm kita sama-sama menelusuri kembali perjalanan Mokcik tempohari.


Dari Mekong, Kami bergegas balik memandangkan kaum hawa belum menunaikan solat zohor dan asar. Kami minta balik ke hotel, namun mengikut guide, tak sempat balik ke hotel kerana masa dah suntuk. Bas akan berhenti di masjid yang terdekat. Pada masa ini, semua peserta rombongan cik kiah berasa bersyukur jadi rakyat Malaysia. Kat sini, kita tiada masalah mencari tempat solat. Mana-mana stesen minyak mesti ada ruang solat.  Di setiap R n R, pasti ada ruang solat yang selesa dan perjalanan di sepanjang jalan biasanya pasti akan ada masjid di mana-mana. 

Bersyukurlah kita amat bertuah di bumi Malaysia ini.. kalau tak, takkanlah  berlumba2 orang luar nak datang cari rezeki kat sini, betul tak?
  

Jika tak silap Azwa kat sinilah masjid tempat kami menunaikan solat hari itu. Confius dah sebab kami ada singgah beberapa tempat solat yang berbeza. Paling Azwa tak boleh lupakan, tempat ambil wudhu' kat sana adalah dikongsi dengan orang lelaki. Sama dengan sesetengah surau di Bandung yang tempat wudhu'nya satu sahaja untuk lelaki dan wanita. 

Memang masalah negara betul.

Untungnya kita, walaubagaimana teruk sekalipun, kaum lelaki di Malaysia, masih juga tahu menghormati aurat kaum hawa bila berada di masjid ( sudah tentu ada pengecualian kepada general rule ;) ). 

Kami memberi laluan kepada kaum lelaki, tiga orang jer pun hehehe..mengambil wudhu' dahulu. Lepas itu, mereka masuk ke dalam untuk bersolat. Kami yang wanitanya, masing2 sibuk mengambil wudhu' untuk mengejar waktu bersolat.  Elok jer Azwa siap ambil wudhu' dan baharu jer nak sarung tudung ke kepala, tiba2 Azwa nampak seorang remaja lelaki orang Vietnam masuk menuju ke arah tempat wudhu'.  Sangkaan Azwa, remaja itu mahu menuju ke tingkat atas. Tanpa apa2 reaksi, remaja lelaki itu terus masuk ke arah tempat mengambil wudhu' yang mana kawan2 lain sedang mengambil wudhu' dan dengan selamba mengambil wudhu' bersebelahan rakan Azwa yang terkejut beruk melihat remaja lelaki tersebut.

Astaghfirullahiladzim!

Masing2 kelam kabut menyempurnakan wudhu' masing2 dan terkocoh2 mengenakan tudung masing2...

Sekali lagi, hati kecil ini bersyukur menjadi rakyat Malaysia..  


usai solat, dah nak masuk waktu maghrib pun. Kami di bawa untuk menikmati makan malam. Awal makan malam kat sini dalam 6.30. Kami melalui sekali lagi bulatan dekat pasar Ben Tanh. 

Malam ketiga di Saigon, kami makan malam di Restoran ini - Kampung Pandan

Mula2 sekali dihidangkan ialah keropok udang ini yang dimakan bersama kerabu betik atau mangga..Azwa kat mangga, kawan Azwa kata betik..hehehe   Rasanya sedap..Azwa menggemarinya.. 

Kemudian datang popia ini..oohhh sungguh sedap...!

Dan datang pulak ikan masak merah atau tiga rasa..tak hengat dah..sebab lepas itu.. tak hengat dah nak ambik gambar2...dok memperabiskan makanan yang dihidangkan..yummyyy...delicious... hehehhee


Ini sup labu..boleh la.. tawar jerr hehehe




Hidangan kat sini memang dia bagi cukup2 portion untuk pelanggan yang duduk kat meja tu. Kalau ada 4 orang, dia akan beri pencuci mulut ini, cukup2 4 sahaja.  Kalau teringin nak menambah pun segan sebab kita tahu portion yang ada untuk kawan hehehe


Selepas makan malam. Kami balik ke hotel untuk membersihkan diri dan solat maghrib di jamak qasar dengan Isya'.  Selepas itu, misi diteruskan ke pasar malam Ben Tanh. Kami cuba mencari beg , namun tidak berjaya berjumpa dengan harga yang berkenan di hati dan berkenan dengan poket kita hehehe.

Sebelum itu kami mencari tukang jahit untuk menempah suit. Guide cadangkan tailor datang ke hotel, namun rakan2 masing2 enggan tertipu lagi. Mereka lebih rela mencari sendiri... entahkan ia satu keputusan yang baik atau tidak..Allah yang lebih tahu. kami terjumpa satu kedai jahit uang agak friendly sikit..tawar punya tawar, katanya RM300 untuk sepasang suit. Azwa terjebak sama..kami betiga menempah sepasang suit..

Lepas itu kami berjalan2 di area pasar malam Ben Tanh..dekat penjual buah2an pada waktu pasar malam, ada sebuah kedai jahit lagi. Kawan Azwa, masuk ke kedai untuk bertanyakan harga sepasang suit..adoiiiyaiii...harganya cuma RM250 sajorkk....adoiii...dah rugi RM50! Kawan Azwa terus buat blouse kat sini..  

Malam itu. ini sahaja gambar di pasar malam yang Azwa sempat ketip. Dok sibuk mencari beg hehehe

Selesai meninjau2 pasar malam, kami  nak singgah di Restoran hajjah Basiroh, namun kedai tu dah tutup dah. akhirnya kami masuk kedai sebelah. Order pertama mesti kopi ais Vietnam.. 

Malam tu Azwa order Pho lagi..versi lain sikit daripada Hajjah Basiroh punya. Dari segi rasa, ntahlah, masing2 berpendapat pho di Restoran Hajjan Basiroh sedap lagi hahahaha




Cuma dari segi presentation, kedai ni lebih sikit la berbanding Hajjah Basiroh punya. Daun ini memberikan bau yang tersendiri untuk pho.




Kawan Azwa order mee goreng... boleh la..

Lepas itu balik bilik dan tidorrr..




.END OF DAY 3 AT SAIGON

ESOKNYA - FREE AND EASY SAIGON



Guide kami bersedia datang pagi itu lalu membawa kami menuju ke Hong Anh Collection.  Lihat bijaknya mereka meletakkan gambar2 orang kenamaan Malaysia yang pernah bertandang ke kedai itu. Layanannya baik, baju2nya cantik, cuma bengang sikit sebab tak boleh nak tawar sangat. Sudahnya, Azwa dan seorang rakan lain cuma duduk sambil mengusik rakan2 lain yang sedang sibuk memilih hasil tangkapan kat situ.


Selain daripada kedai ini, ada beberapa kedai lain lagi di sekitarnya yang kami masuk dan melihat2..ntah kenapa Azwa tidak tertarik untuk membeli apa-apa sepanjang perjalanan itu. Kami singgah di beberapa kedai dekat area Taka Plaza.. Semuanya menarik...    



Selepas itu kami menuju ke restoran  halal yang terdekat, restoran Serai.  Azwa pilih nasi goreng kampung. Seperti biasa, airnya kopi ais Vietnam.

Ini bukan kami yang order. Pada masa ini sebenarnya di meja sebelah ada couple dari Malaysia juga sedang makan. Ada kawan hendak order makanan ini.  Kami terpandang atas meja couple tersebut ada makanan ini. Kami pun menyapa mereka dan bertanyakan sedap tak rasanya.

Kedua-duanya memberikan isyarat muka, "Tak sedap" hahaha..

Ok..kensel.

Tak lama lepas tu, siisteri membawa pinggan ini ke meja kami.

"Ini bukan sisa ye. Kami tak habis. Rasalah.."

Masing2  mencuba mencicipinya..hmnnn..memang..kurenggg sesangat huhuhu..intinya mee yang digunakan untuk Pho..dengan udang.  Mungkin ianya tidak sesuai dengan tekak orang Malaysia kot hehehe  

Selepas makan tengahari, dan selepas masuk ke kedai kain Lindah.. kami mencari tempat ini.. Sports Centre.

Dek kerana ketua rombongan tersilap faham panduan jalan yang diberikan.. kami telah tersesat dan masa terbuang hampir dua jam mencari tempat ini. 

Kami berjaya sampai ke Sports Centre selepas bertanya arah pada dua orang pelancong asing. Yang  menariknya, sebelum bertemu mereka,  kami bertambah sesat bila bertanyakan arah daripada penduduk tempatan...alahaiii...arah yang mereka berikan bertentangan dengan tempat sebenar.  Mungkin juga mereka merujuk tempat membeli belah yang lain kot sebab, kesemua penduduk tempatan itu, termasuk, penjual ais krim berbasikal, penjual air kelapa dan polis wanita berbaju hijau pekat itu menunjukkan arah yang sama..arah yang bertentangan dengan Sports Centre..

Kawan2 membeli beg pack jenama adidas kat sini. Cantik sebenarnya..dan bila tengok mereka pakai, menyesal pulak tak membeli...hehehhe..

Oh letihnya Mokcik bercerita..hehehehe

..

..

Tak abis lagi

Ada satu hari lagi di Saigon

nantilah Azwa sambung ye...



Kapal terbang kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ...

Yeayyy..seronoknya balik ke Malaysia