Kedai menjual VS ini kami jumpai sewakatu balik darpada Sports Centre..di sini kejadiannya, kawan Azwa nak membeli namun kata amoi yang menjaga kedai, mereka tak terima RM atau Dong, nak USD.
Petang itu kawan Azwa pergi tukar wang kepada USD.
Tiba di kedai ini, amoi yang sama kata mereka tak terima RM atau USD, mereka nak Dong sahaja!!
Pulok doh!!
Tak nak jual cakap terus terang maaaa...
tapi serius..VSnya cantik2 ooo
Moralnya:
Perlu ada kesemua jenis mata wang dalam dompet anda...jika berlaku situasi di atas..penjual tak boleh nak berdolak dalik.
Tukar duit ke VND, tak perlu banyak beribu2..nanti jenuh nak bawa ke hulu hilir VND berjuta2 hehehe...Kalau pergi dengan ejen..makan minum ditanggung tak perlu risau sangat.
Azwa cadangkan bawa VND untuk bayar buah2an, makan minum, tips dan dalam keadaan macam kat atas tu hehehe.. sediakan payung sebelum hujan maaa..
USD..untuk butik2 yang agak nampak ada standard sikit..guna USD..Tapi masa kami buat suit, mereka terima semuanya..ketiga2 pun ok.. tengok kedai jugaklah..
Survey dulu beg kat Mekong River tu..pastikan anda memegang dan membelek beg2 yg ditawarkan di sepanjang jalan itu. Jangan mudah sangat terpedaya dengan kata janji manismu..
Ada banyak kedai..jgn memborong di kedai yg kedai pertama sekali di bawa oleh agen..huhuhu..kalau tak, menangis tak berlagu la jawabnya..
tipah tertipu pun mengadu dalam blog ajer la jawabnya... atau kalau buat aduan kat fb kami tumpang like ajer lah hehehehe
Berhati2 kalau nak hantar kain baju untuk dobi..kat hotel kami duduki itu, kena bayar dalam USD..mujur mokcik memang ada lagi saki baki USD dalam dompet.
Upah untuk dobi di Saigon agak mahal juga berbanding di Bandung..
Pilih Hotel paling dekat dengan area Ben Tanh..kalau boleh macam Blessing 1.. atau Thanh Hu... terdapat beberapa hotel di area kawasan tersebut..senang nak ke pasar malam, ke Ben Thanh, ke restoran halal, kedai2 kain dan beg sekitarnya berulang kali sehingga ke titisan dong yang terakhir ..
Jika membeli beg atau pakaian di pasar malam, pastikan ianya betul2 dalam keadaan baik. Memang ada perbezaan kualiti dan harga di antara barang di pasar malam rasmi (dekat area pasar Ben Tanh) dengan sepanjang jalan ke arah hotel Blessing 1/restoran Hajjah Basiroh.. Jika beza harga RM2 sahaja, baik beli sahaja di pasar malam rasmi atau dalam Ben Tanh, sebab kualitinya lebih baik berbanding di pasar malam gelap.
Sediakan wang kecil RM1 untuk tips masa ke Mekong River atau untuk sedekahkan pada masa2 tertentu..
Ada bloggers yang kata orang di sana ada yang tidak akan memulangkan duit baki atau menipu dalam memulangkan duit baki. Syukur, setakat 5 hari pengalaman Azwa di sana tiada bertemu keadaan sedemikian. Malah mereka akan mengira duit baki berulang kali dan membantu kita lagi mengira duit baki.
Tapi tak ada salahnya berhati2 kan..
OK..itulah sahaja beberapa tips yang Azwa dapat kongsikan ..kalau ada lagi tips lain nanti Azwa kongsikan ya..
Sapa nak merancang trip ke Saigon..war2kan..mokcik tengah kumpul duit dalam tabung ayam nie hehehehe |