Showing posts with label MUAZ. Show all posts
Showing posts with label MUAZ. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

SANAH HELWAH SYED AHMAD MUAZ!!

Assalamualaikum semua kenkawan.

Maafkan Azwa. Sebelum ini dengan bebanan kerja yang bertimbun2 dan tidak berpenghujung, Azwa masih mampu mengunjungi blog kenkawan dan mengemaskini blog sendiri. Kini, di tempat baru, bebanan kerja adalah sedikit berbanding dahulu, namun, ironinya, seolah2 sentiasa tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, apatah lagi mengunjungi blog kenkawan. Sentiasa ada sahaja halangannya...kebanyakan masa, bila klik ke blog..keluar mesej..

"ACCESS DENIED".

Terbantut hasrat untuk update blog.

TERIMA KASIH ATAS SEMUA UCAPAN SELAMAT  MENYAMBUT RAMADAN DAN HARI RAYA AIDILFITRI YANG TAK SEMPAT AZWA BALAS YA KENKAWAN. KETAHUILAH AZWA SENTIASA MENGINGATI KAWAN-KAWAN WALAUPUN LAMA TIDAK BERSIARAN DI BLOG INI.

Pejam celik pejam celik.


Sudah dua tahun berlalu. Rasanya macam baru semalam merasai kesakitan bersalinkan si comel
 SYED AHMAD MUAZ  
Kini dah pandai buat perangai..
sesekali buat kita geram
namun
kebanyakan masa dialah penghibur hati
setiap kali balik kerja
hanya sikecil ini yang akan berlari2 menyambut kita di muka pintu
yang lain2 itu, cuma duduk di ruang tamu dengan mata terpaku ke arah televisyen.
Begitulah realiti kehidupan 



Sanah Helwah, Happy Birthday, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke - 2 
anakandaku
SYED AHMAD MUAZ



                                                            Doaku  selalu menyertaimu

Semoga Allah SWT selalu membimbingmu
Semoga Allah SWT selalu merahmatimu
Semoga Allah SWT selalu melindungimu.

Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu, di dunia dan akhirat kelak... 
amin amin amin 


Friday, August 16, 2013

"SIAPA BERNAMA SYED AHMAD MUAZ, ANGKAT TANGANNN..."

Dearest all,

It has been sometimes since i last updated my pondok. As predicted, i would not have had any chance to update, let alone come near the laptop when am home in Kuala Terengganu. There are so many things left undone in the house that needs attention and the very minute i stepped inside, immediately it was..GET SET, READYYY ANDD..ACTIONNN!!

Regret that i have only until saturday morning to do all the chores coz we ( Muaz, Usop, Aman and I) need to rush to the airport to catch our flight that night. I will be back soon dear home, till then my lovely SIL will take good care of you..

Hari Raya Aidil Fitri sudah menjelma dan sambutan serta jamuan hari raya masih meriah lagi. Bagi setengah kawan-kawan kita ada juga yang mengalami kehilangan orang tersayang di  ambang Syawal, malahan juga pada hari raya sendiri. Salam takziah dari Azwa, semoga bersabar menghadapi dugaan.

Sejak akhir2 ini, Azwa agak kesuntukan masa untuk duduk mengarang buah tangan untuk dikemaskini di pondok Azwa ini. Kenkadang, tidak berapa sibuk, namun, buat masa ini sehingga kesemua kes-kes Petisyen Pilihan Raya ke 13 selesai dibicarakan, masa yang ada kebanyakannya terarah ke situ... sesekali jika berkesempatan dapat juga meronda melawat pondok kenkawan..  

Pejam celik pejam celik..tak disedari cepat sungguh masa berlalu. Pada hari isnin lepas, pada 12 Ogos 2013 genaplah sudah setahun usia Muaz.  Terasa seolah baru semalam berlaku peristiwa " Allahu Akbar, Baby Stuck". .. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas kurniaannya, Muaz kini sudah pandai berdiri dan melangkah dua langkah sebelum jatuh terduduk semula..hehehe



Muaz at 1 day of life



Muaz at day 2 



Muaz at around 7 months



Muaz at One year


Siapa budak bernama Syed Ahmad Muaz, angkat tangannnnn...
Sayeeeee..... 

Ok,, Umi cepat balik ambil Muaz...Muaz dah rindu Umi niee...

To all...have a great weekend!!


Friday, December 7, 2012

JALAN JALAN KE KUANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kenkawan Umi.

Tengok tu happynya Muaz.

Umi dah siap kerja. Semalam Umi bangun jam 2 pagi untuk baca fail dia. Katanya hari ni dia ada kes. Mudah2an Allah permudahkan tugasan Umi. Umi kalau dah mula buka fail tu tak toleh dah kiri kanan. Mujur Muaz dah kenyang, takdelah nak meragam hehehe. 



Umi nak bawa Muaz jalan jalan ke Kuantan.


Muaz dok tengok Umi packing untuk dibawa ke Kuantan.

Lepas tu Umi kata nak hantar Odu balik kampung..owwhhh seronoknya.

Semoga Allah melindungi perjalanan kami.

Ok..selamat berhujung minggu semua. 

Friday, November 30, 2012

READY. GET SET. GO!!




Salam semua.

Umi Muaz tengah busy.

Tengok tu, Muaz pun dia suh dok diam-diam jer.

Boleh tengok-tengok jer.

Tak boleh bising-bising.

Umi kata lepas dia siapkan kerja baru boleh manja-manja..




Kesian taya kan kan...