Friday, March 8, 2013

SELAYANG PANDANG

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua..

Mokcik ingin berkongsi dengan sayang sayang semua gambar-gambar dari koleksi sendiri serta yang diculik dari mukabuku serta yang diperolehi daripada Google..



Pagi ini mendengar ceramah motivasi Prof. Muhaya
marilah kita bermuhasabah diri
perbaiki mana yang kurang
kekalkan mana yang sedia baik
Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa melindungi kita dari segala kejahatan
Amin


Lama menyepi bukan bermakna benci
Rindu tetap membara
namun kekangan tugasan terlalu mencemburui
demi mempastikan
tugasan diamanahkan
bisa dilunaskan
sebaiknya


Perang bukan sebarang perang
pergi berperang kena bersiap siaga
dengan perisai
dengan 'senjata'
keberanian perlu ada
kepetahan berkata-kata
lakonan perlu mantop
kalah menang
adat perlawanan
apa yang penting
tugas dilaksana





Balik dari melaksanakan tugasan

perlu menghadap ketua
menerangkan hasil tugasan
menang dapat pujian
kalah dapat motivasi
morale memang down
mujur ketua memahami



Perjuangan belum selesai
selagi bernyawa harus teruskan
semoga Allah berikan kekuatan
menempuh hari hari mendatang

Sesekali rindu menjengah
alangkah aman negeri tercinta
kemana-mana bebas melangkah
kami rakyat Sabah
cintakan keamanan
kami bukan pengganas
 hidup bermuafakat
Semoga Allah sentiasa memberi berkat



Demi Masa...
aduhai..mari kita bersama-sama bersyukur
kita masih diberi peluang oleh Nya
kita masih bisa duduk dalam bilik berhawa dingin
makan dan minum siap berhidang bagai
tidur lena atas tilam yang empuk
Justeru
Hargailah
Pengorbanan mereka ini
yang terpaksa
atas tuntutan tugas
demi mempastikan kita-kita semua ini
bisa hidup dengan aman
Semoga Allah sentiasa melindungi
Perwira Negara
Semoga kedaulatan negara kita tetap terpelihara
Al Fatihah
Buat yang telah gugur dalam mempertahankan negara tercinta




Transfer Order sudah keluar
Yang naik pangkat
Tahniah!
yang masih menunggu giliran

inshaAllah!


hari ini hari Jumaat
esok dan lusa
cuti
Alhamdulillah
dapat bersama keluarga tercinta
Syukur!

Love all of you my friends
have a lovely weekend!

10 comments:

  1. Siapalah kita mengatur perjalanan hidup ini. Merancang itu kemampuan kita disamping berdoa. Bersyukur atas segala nikmat. Andai ujian dtg melanda seperti di LD kita sama-sama berdoa moga kemelut segera beakhir.

    Tugasan dan tanggungjawab yg kena galas laksanakan sebaik-baiknya.

    Selamat hari wanita Azwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie..

      betul tu kak..kita cuma merancang tapi Allah yang menentukan segalanya kan.. kita cuma hambanya yang melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

      Selamat hari wanita juga kak.

      Delete
  2. I love this post Azwa!

    memang betul quote ni - "bila kita berjaya, kawan2 kita kenal siapa kita, bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan2 kita" - akak dah alami hal gini...tapi jgn sedih, sebab dgn sendirinya jenis2 kawan yg sebenar akan tertapis sendiri, maka itu lah yg perlu dan selamat utk kita hampiri...

    Azwa ni......akak berhenti lama kat sini tau, merenung si penawar penat tuuuuu.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis Q... dah lama tak mengupdate..takde idea nak cerita apa sebenarnya hehehe, tu yg membiarkan gambar2 berkata2..memang sering berlaku keadaan sedemikian kan sis? bila kita jath baru kita tahu siapa kawan kita yang sebenar2nya..

      Have a nice day sis

      Delete
  3. Hi Mokcik, I love this posting....even though my bahasa is out of tune, boleh faham 37%, ha ha.
    Love the pics and the sayings, especially that pic of Hitler!
    That last pic of the 2 boys really good and meaningful too.
    You have a nice day, hugs to baby.
    Psssst, bila you going to have another one? A brother or sister for baby? Ha ha.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lee..hahaha..Pity you..at least you still can understand here and there and put piece by piece still can understand the story hehehe

      aiyo...cukup la 7 Lee..tutup kedai already hahaha

      have a nice day Lee

      Delete
  4. Hi dear Azwa
    so meaningful this post...I love all the quotes especially the first one. "Jangan pandang kejahatan orang macam dia pasti ke neraka, jangan pandang kebaikan sendiri macam pasti ke syurga" very true. Haha I love the pics of you and friends semua guna dark glasses hehe... glasses pun semua sama..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Angie..hahaha..actually the perang i referred here is not really the perang that is on going kat negeri kita yang tercinta tu. Actually i was referring to our 'perang' in court..that's why i put the exclusive photo of I and colleagues here hahaha...

      have a beautiful day angie..

      Delete
  5. menarik kata2 itu
    sbg peringatan utk diri sendiri ;)

    ReplyDelete