Thursday, July 12, 2012

DESTINASI MAKAN MALAM

Memandangkan ianya sudah keluar dalam media massa, maka boleh la reveal semalam kami menghadiri Majlis Makan Malam bersama YAB PM di KLCC.

Perjalanan ke KLCC adalah dengan menaiki bas yang disediakan oleh Jabatan.  Syukur perjalanan tidak menempuh kesesakan jalanraya yang teruk. Dalam tempoh sejam kami tiba ke destinasi. Bergegas mencari surau untuk menunaikan solat asar. Seterusnya meninjau2 tempat makan malam yang ditetapkan. Ramai yang mengisi perut dahulu kerana masih awal iaitu jam 6 petang.  Kami terus naik ke tingkat atas dan selepas menikmati welcome drink [fresh orange yang masam, rasanya guna sunquick kot], kami memasang strategi mencari lokasi surau terdekat untuk solat maghrib.

Kononnya nak mengelak surau terdekat yang mestinya akan sesak kerana ramai tertumpu ke situ, kami memilih surau yang agak jauh sikit lokasinya. Suraunya agak sempit, tapi masa kami sampai sempat mendapat tempat untuk menunaikan solat maghrib. Seelok jer melabuhkan punggung atas sejadah sementara menunggu azan maghrib, tiba2 surau tersebut sudah dipenuhi dengan pegawai2 dari Jabatan yang sama. Syukur kami datang awal, maka seelok jer waktu maghrib masuk, terus masing2 menunaikan solat untuk memberikan ruang pada orang lain mengerjakan solat pulak.

Seperti biasa orang perempuan kan... lepas solat semua berduyun2 ke toilet untuk bermekap2 pulak hahahha...

Meja kami kebetulan di bahagian belakang, agak jauh daripada meja utama. Elok juga, mudah nak bersembang dan menghilangkan diri lebih awal, jika mahu. Walaubagaimanapun, di meja kami semua menunggu sehingga guest of honour berangkat balik. Tambahan pulak kebanyakan kami datang ke situ menaiki bas, maka kena la menunggu kan hahahaha...

Mari kita lihat juadah yang disajikan...gambar2 kurang memuaskan kerana mokcik mengambil gambar menggunakan kamera henpon sajork..


Dihidangkan orange jus yg sama dgn welcome drink..ramai tak dapat menghabiskan segelas jus pun..rasanya pekat dan agak masam..






Appetizer pertama.. sepit ketam dengan sotong dan kerabu mangga..weird taste, i should say.. 





Sup yang boleh tahan la rasanya

Main coursenya..


Makanan yang dihidangkan boleh tahan la rasanya. Untuk tempat yang berprestij seperti KLCC, bagi Mokcik they could have done better. Otherwise service is good.   And we did enjoyed ourselves though, sebab kebetulan yang duduk semeja semua satu kepala hahahaha..
Itu sahaja laporan hari ini, mokcik akan respon kepada komen2 di entry terdahulu selepas ini ya...

have a great day all...


13 comments:

  1. At least adalah ruang utk Azwa bersantai sekejap dari kemelut kes yg berserabut. Kejar-kejar, makan-makan, ketawa-ketawa dgn kawan.

    Maknanya dinner malam tu yg keluar tv adalah Azwa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai satu malam tu jer kakzakie..lepas tu sambung marathon lagi hehehe

      Delete
  2. salam akak..wow bestnye..kecur air liur tgk..hehhe..sy pon kalo nak mkn..pilih meja yg belakang2..bleh berborak2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meja ni tak bleh pilih2..hehehe tapi mujur dan syukur kami dapat meja belakang dekat pintu keluar hehehe

      Delete
  3. owhhh sup sirip ker sup srg burung tuh..sedapnyerrr...suker-sukerr...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chenamnam..selamat datang ke pondok saya..

      ntah la sup apa..saya tak rasa sup sirip sebab boss besar kami tak berapa gemar sup itu hehehe

      Delete
  4. Hi Mokcik, wow, you're on a roll.....nothing like mixing up with the right people, ha ha ha.
    The food looks very good, but somehow I am surprised what with PM being present the food not more lavished?
    Maybe curry ayam, rendang, whatever.

    Incidentally what or where is KLCC? Been away 25 years, ha ha.
    Have a nice day, Mokcik.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee,

      How true..in fact.. we all thought the foods mcm tak berbaloi dengan harga yang kena dibayar.. however am not sure if the main table punya food is different from ours hehehe..anyway, since dah dekat pilihanraya kan, so the focus is not so much on the food itself i guess hehehe *wink*..

      KLCC Kuala Lumpur City Centre..believe it or not, it's my first time there to..been ages since i last went to KL.. it's near the Petronas Twin Tower area..

      have a great day Lee

      Delete
  5. Salam mokcik...akak kalau pi jamuan makan dpt duduk dgn yang satu kepala boleh lah amik2 gambar...kalau dok dgn yang tak kenal...malu hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak anie..mujur semeja dengan geng2 satu pejabat juga..mudah la sikit bercerita

      Delete
  6. Hi my dear Azwa. sorry kali ini I pulak yang tertinggalan keretapi.
    Was busy preparing my latest posting, took me few days to complete. Pssstt.. until ambil cuti 2 hari,hahaha
    Nanti free singgah ya but wear sunglasses in case silau. ;)

    Bestnya all the food, look so tempting. I see you enjoy your dinner with your members who are satu kepala! After a hard day work, relax and enjoy to reduce stress... nothing but a good laugh is the best medicine.

    Take care, my dear. With big hugs to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..sampai kena cuti ya Sis..hahaha..patutla bersinar2 blog tu dari kejauhan hahaha..

      foodnya boleh la tahan sis..nak makan pun kena tunggu habis ucapan VVIP kita..kelaparan menunggu hehehe...

      cyber hugs to u too..

      Delete
  7. Hello Mokcik, court case belum habis lagi ke? Blog ni ta'jalan? Ha ha ha.
    Just dropped by say hello.
    Have fun main wayang.
    Lee.

    ReplyDelete