Salam kenkawan.
Sejak minggu lepas asyik mesyuarat mesyuarat mesyuarat dan mesyuarat sajork la kerja kami ni. Kalau mesyuarat berkenaan core work tu memang perkara biasa la..tapi sejak akhir2 ini banyak sangat mesyuarat yang tergolong dalam kategori "Dan Lain-lain hal"..
Esok ada dua mesyuarat yang melibatkan semua pegawai dari gred *tooottt* ke atas sahaja..masa sama, tempat tak sama..hadoiii..kena la bahagi2kan pegawai untuk hadir.. Itu belum lagi mesyuarat dengan saksi2 yang berderet menunggu untuk dilunaskan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak tugasan akan masuk dan lebih banyak mesyuarat terpaksa diadakan... Kalau lepas mesyuarat ada air kelapa dihidangkan macam mesyuarat yang Zino pergi hadiri tu best jugak kan hehehe...sabor jer laa...
courtesy of google..agaknya best jugak kalau dihidangkan durian kan lepas mesyuarat |
Koman2 pun coconut shake ker...hehehe..oh ya..masa 1/5 kami ke Warta..ada satu stall jual coconut iceblended a.k.a coconut shake..sedapppp... |
Ok lah itu sahaja yang sempat dilaporkan. akan kembali bersiaran selepas kesibukan agak reda sedikit.
Salam sayang semua..have a nice day all....
azwa..coconut shake paling sedap rasanya diseremban..dekat petronas depan terminal one..tu..sedap..
ReplyDeleteiye ker kak..nanti kalau ke sana pasti akan di jjcm tempat itu hehehe
DeleteGo go mokcik
ReplyDeleteZar.. hehehe..jgn ber a go go dah hehehe..kalau tak habis cerita bak kata Lee..hehe
DeleteWahhhhh...nak jugak duriannnnn....
ReplyDeletejemput la makan Leeya..Mokcik pun terliur tengok durian yang KUNING.. nampak BERSIHHHH jer kannn.. hehehe
DeleteAzwa,just put on a smile and the meeting will go smoothly. Lepas tu siapkan durian KUNING yang nampak BERSIHHH tak terkejut ke nanti ahahahahahahaha,nanti nak discuss ganti rugi plak dengan toot tooot toot toot yang hadir.. ahahahahahahaha.Must explain to Lee toot tu apa nanti dia ingat bollywood keretapi sampai nampak 2 moons ahahahahaha,sorri Lee jangan mara nanti kena saman dengan TOOT Ahahahahaha,dari Uncle AL.
ReplyDeleteSalam Uncle..
Deletehahaha..very nice colour of yellow kan uncle..very bright gitu.. memang mengancam selera untuk menjamah durian itu hahaha
ya lorr... have to explain to Lee..why so many toots hahaha..
have a nice day uncle..
Meeting biasanya air kosong aje kan Azwa... tapi kalau meeting luar lepas tu mesti makan best juga. Cuma nak makan durian susah kot... lain kali kalau musim durian meeting kat dusun hahaha...
ReplyDeleteheheh Kakzakie..tu angan2 jer tu..lepas tengok posting Zino yang dijamu dengan air kelapa muda dan macam2 buah2an lepas mesyuarat di Taman Botani hehehe..
DeleteSetakat ini, masa azwa kat Perak dulu, boss pernah adakan jamuan lepas mesyuarat bulanan iaitu jamuan makan doreyan...waduhh..memang bestt sungguh. Pertama kali azwa belajar makan durian dengan pulut dan santan masa tu..teringat2 sampai sekarang sebab tak pernah ada boss yang buat macam tu lagik..