Salam kenkawan.
Lamanya Mokcik tak update blog ni.
Mana taknya. 19-23.12.2011, Mokcik bercuti. Balik ke KT menjenguk rumah di kampung. Anak-anak sudah balik ke kampung terlebih awal sejak tiga minggu sebelum itu. Elok jer berjumpa sepupu2 mereka di kampung, langsung tak nak ikut Mokcik balik ke Putrajaya. Tapi malam2 bila Mokcik telefon, menangis2 kata rindukan Mokcik..alahaiii hehehe. Azza sampai demam2. Tapi masuk minggu ketiga, barulah kedengaran ceria sikit suara mereka bila Mokcik menelefon.
Aktiviti di kampung, setakat melepak kat rumah. Masak, makan, tengok tv dan apa lagi tidurrr...hahaha. Cuaca pulak memang sangat sesuai untuk aktiviti melepak. Hujan lebat sekejap-sekejap pada kebanyakan waktu sepanjang hari uolss.. Syukur juga kali ini hujan tidaklah terlalu lebat sangat seperti tahun-tahun sebelum ini. Sempat jugaklah Mokcik melawat sambil mengempiskan poket ke Pusat Tudung Desa Murni yang dekat sajork ngan rumah Mokcik. Harga tudung2 kat sana memang murah2 belaka...cumanya dari segi design agak terhad sebab tudungnya tidak eksklusif.. satu design ada berpuluh2 pasang hadoiii... kena sabar memilih untuk mencari yang betul2 berkenan di hati.
Kami bertolak balik ke Putrajaya pada hari isnin, 26 Disember. Mujur juga jalan tidak sesak. Syukur selamat sampai di Putrajaya sekitar jam 10 malam.
Oh ya..semalam adalah Hari Lahir yang ke 14 anak bujang Mokcik yang ketiga. Happy Birthday my dear Syed Hassan Badri..semoga menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat, diberi keberkatan dan dilimpahi rahmat di dunia dan akhirat...aminn..
Hassan dgn Aini.. masa Mokcik bawa dorang jenjalan di Giant KT |
Oleh kerana Mokcik terlalu nak cepat masa nak tempah kek..tersilap letak umurnya..terlebih plak setahun hehehe.. takper la yang penting, ingatan untuk Hassan hehehe |
Sedappp...hehehe |
Oklah..sekian laporan untuk petang ini... daaaa...
Azwa,ni mesti kawin muda lagi apa ke tidak emak masih muda lagi masih bolih menari Tango,boria Lambada dah ada anak teruna.About salah letak umur tu no problemo, birthday Uncle baru2 ni Aunty,suruh tempah cake sebab dia busy,Uncle pun letak salah umur 26,instead of 62 hehehehehe,tapi ingat punya ingat betui jugak umur tu ahahaha,ni baru balik dari Hatyai,short trip memang best,next year opis outing make it Penang/hatyai baru lah boria and ramvung siam enjoy hehehehe.toronto jauh sangat.dari uncle AL MAL.
ReplyDeleteSalam Uncle Al..
ReplyDeleteWah wah wah...baru balik Hatyai katanya.. ni honey bulan dgn aunty ker?? So, apa ole2 untk mokcik from Hatyai hahaha
Nak kata kahwin muda sgt tu taklah juga Uncle.. Syukur jugalah lepas habis belajar terus jumpa jodoh walaupun masa belajar di U takder sapa nak ngorat mokcik hahahaha..
Anak2 pun sekejap jer dah membesar semua..pejam celik pejam celik yang sulung dah nak masuk 17 thn w/pun mak dia masih perasan muda hehehe..yer la macam Lee Toronto kata..kena rasa muda supaya sentiasa muda, betul tak Uncle?
Ok Uncle salam to Aunty..and Happy New Year 2012..
hai kak..
ReplyDeletealahai,sian dia dapat kek lebih setahun umur.huhu
kilang tudung tu dekat ngan umah akak?bestnya
slm azwa...sebelum tu hepi belated birthday utk hassan....encem dia
ReplyDeleteazwa...nk bgtau pasal jus oren utk nasi minyak tu...sebenarnya ida lupa taip la..baru jer update, ida letak masa letak beras, kalau nk letak masa ngan air + susu pun boleh aja...sebati ngan besar jugakkk...
Bercuti utk release tension. Balik kerja timbunan file kena buat lagi. Lekalah seketika membelek tudung, yg bimbang sekali pakai jenjalah ada 3-4 org pakai yg sama hahaha...
ReplyDeleteBuat hero... happy belatad birtday Hasan...
Irfa,
ReplyDeleteitulah pasal..ter'tua' pulak setahun padahal besday dia paling di hujung2 tahun hehehe
Pusat tudung DM tu memang dekat ngan rumah..kalau larat, nak berjalan kaki pun boleh sampai hehe
Wsalam Ida,
ReplyDeleteheheh..Hassan dah pandai malu2 bila kena kata encem sekarang. Dulu2 masa kecik2 ramai org tegur tang mata dia yg besar n bulu mata yang panjang lagi lentik hahaha.. la nie dia malu2 sebab muka dah penuh jerawat. almaklum tengah membesar. tu yg kena bagi dia kata2 semangat selalu supaya tak berasa down sangat huhu
Oh..hehe..thanks for the info.. nanti nak cuba jugakah resepi nasi minyak oren sunquick ni hehe
happy new year Ida
Kak Zakie.. hahaha tula pasal. Azwa pun tak faham napa dorang buat tudung2 tu dlm jumlah yg banyak utk satu2 design. Dah tu kalau pasang batu, sepesennn jer..kalau dia buat dgn corak batu yg berbeza2 sikit ada jugak kelainan w/pun material tudung serupa kan heheh
ReplyDeleteHehe... cepat membesar anak omak terlebih setahun...
ReplyDeletesalam tahun baru....
ReplyDeleteHello MokCik, sorry for my absence, buka main wayang or chasing after sarongs, ke apa2, sakit perut, my wife and I, food poisoning.
ReplyDeleteNow da baik....baik ta'naik atas, ha ha ha, one way ticket....economy class....
My bahasa you tau la da out of tune, so ta'berani nak comment on your this posting.
Takut silap pulak, get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh, kan? Ha ha ha.
From Canada, wishing you and family a very happy new year, Mokcik....
lots of good heath, and the court cases in your favour, and less, "Objections"!
HAPPY NEW YEAR.
Lee.
Salam Mamawana,
ReplyDeletehehe itu lah pasal..teradvance pulak hehe
Salam tahun baru mamawana
Zino,
ReplyDeleteSalam tahun baru jugak
Lee,
ReplyDeleteHellooo...glad that you are back to your old self again. Been worried too about the food poisioning coz the blogging world surely is not as cheerful as it used to be when you are not around.
heheh..itulah if i make a posting in Malay nanti you pulak ada difficulty nak faham. kalau in english, nanti member lain tukar mata kaler biru kalau baca hahaha..
Anyway, here's wishing you and Mrs Lee a very happy new year Lee.
Take care ya.