Thursday, November 10, 2011

YOU KNOW WHAT I DID LAST AIDIL ADHA??

Salam kenkawan.

Tajuk entry tu diaa... kali ni kasi pusing itu tajuk asal..saja kasi gempak sikit bak kat Aizat hahahaha...

Padahalnya, who cares pun, what  i did last raya kan? Tapi sajalah nak share cerita ceriti kat blog Mokcik ni kesah kami balik kampungggg...wohoooo balik kampunggg...  

GULAI DAGING KORBAN DAN NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL YANG MARVELOUS

We went back to Kuala Terengganu last Aidil Adha. Well, we normally do go back there, no matter where we were... tak kira kat Ipoh ker, kat Putrajaya ni ker..atau agaknya kalau kena transfer lagi ke mana2...biasanya hari2 cuti kelepasan am yang agak panjang pasti akan balik kampung kan kan kan. Lagi pun berbeza dengan tempat2 lain, sambutan Aidil Adha di sebelah Pantai Timur lebih meriah.


Nasi Dagang versi Terengganu... gambar ihsan daripada chef tersohor Chef Hanieliza




Jika inginkan resepi Nasi Dagang versi Terengganu, silalah berkunjung ke website Chef Hanieliza ya..

As usual, during raya, MIL will prepare Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol and Nasi Impit Kuah Kacang. Nasi Impit dimakan dengan Gulai Ikan Tongkol juga sangat mabeles...sehingga tidak malu-malu menambah dua tiga kali round makan dan juga menambah ukur lilit pinggang sempena Aidil Adha ini... hehehe  Mokcik memang suka gulai yang MIL masak tambahan pulak bila dibubuh buah belimbing...hmnnn memang mabeles giler2 punya la...

As usual, leka makan, lupa nak tangkap gambar. maka Mokcik mengimport gambar-gambar daripada pakar-pakar yang memang biasa menyediakan nasi Dagang ini.. kredit kepada mereka yang sangat kreatif ini.

Yang ini Nasi Dagang versi Kelantan.. satu kelainan sebab ada sambalnya. Kredit kepada Puan Juriah


Sempena Hari Raya Korban, dapatlah juga merasa daging korban yang diagih-agihkan oleh jiran-jiran. Beza di kampung dengan di bandar, daging korban dihantar sampai ke pintu rumah kita. Kalau di bandar, kenalah rajin meringan2kan kaki ke masjid2 atau surau berdekatan kalau nak dapat daging korban kan.

Mokcik bab masak memasak memang kurang bijaksana, tapi kalau bab makan, memang lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! Sekali lagi, dapur MIL menjadi penyelamat apabila menyumbangkan Gulai Daging Kawah yang superduperyummylicious... lupakan seketika soal kolestrol, walaupun ukur lilit pinggang itu agak merisaukan hahahaha...
Fuhhh..tu diaa...tengok gambar gulai yang dimasak oleh Chef Hanieliza dah lapar, ...gambar ihsan daripada Chef Hanieliza




Kita kasi up lagi Gulai Daging Kawah nie..hah tu dia gulai hasil air tangan Cek De Sam 

Kat Putrajaya nie setakat ni yang kadang2 menepati selera Mokcik adalah Gulai Daging Kawah di Medan Selera Presint 8.  Walaupun kenkadang ada masa2nya seolah-olah Tukang Masaknya merajuk [baca: kurengg skettt ke 'yummylicious' kan gulai tersebut] tapi biasanya tidaklah mengecewakan. cuma harganya sahaja yang boleh membuat poket kita sakit tenat huhuhuhu....

Ohhh... masa di KT, ada acara bertunang anak saudara cik abe. Jiran sebelah rumah jer. Ada gambar2nya, tapi kameranya masih dengan cik abe..nantilah Mokcik uploadkan gambar2. Itupun, kalau rajin hehehe.. Sekali lagi kami dihidangkan dengan Nasi Dagang...sedapppp...Mokcik suka bila dimakan dengan acarnya, memang terbit kelazatan Gulai Ikan Tongkolnya.
Gulai Ikan Tongkol versi Manje Ulik Mayang


So, that's what i did last Aidil Adha lorr...makan makan makan and makan... But this time, kami tak pi cari keropok lekor pulak.  Selalu tu, sanggup menunggu berbaris menunggu keropok lekor Tok Beng. Namun kini  sejak kedai tu mengamalkan sistem bernombor giliran, macam dah kurang berminat dah mengunjungi kedai tu lagi.  Nak kata tak sedap, rasanya masih macam biasa.  Kalau teringin sekalipun, lebih sanggup ke Losong mencari Adnan Keropok Lekor.  Paling dekat dengan rumah MIL di KT ialah kedai Keropok Lekor Rossa.. Keropok Lekor ni agak tersohor jugak la di KT. Dikatakan  keropok lekor Rossa ini adalah kegemaran Sultan Mizan. MB Negeri Terengganu juga pernah bersama-sama menguli adunan keropok lekor di kedai ini...gambar2 tersebut dipamerkan kat kedainya. So, sambil2 menunggu giliran keropok anda digoreng, bolehlah melihat2 gambar2 tersebut.  

Wokaylah..itu la kesah Aidil Adha kami tahun ini.. bagaimana kesah anda pula?

29 comments:

  1. sedapnyer nasi dagang.....kalau azwa tayang yg azwa msk pasti lagi sedap niiii...

    ReplyDelete
  2. Apa lagi kalau bukan makan-makan-makan masa cuti, lepas tu org dok handat daging-daging-daging.

    Kalau kakak tak lepas peluang keropok lekor sedap hui... ruginya dah kat sana tak beli.

    ReplyDelete
  3. lazatnye semua gambar-gambar nasi dagang nih...saya kalau balik dungun, mesti nak pekena nasi dagang hok bungkus daun pisang tu..tapi hari tu, balik tak dpt merasa..banyak kedai yang tutup lagi...waaa!!!

    ReplyDelete
  4. next trip ingat nak pi tganu plak, tapi kena tunggu tabung ayam penuh dulu lah

    kalau pergi sana mesti cuba nasi dagang dan keropok lekor, sebelum buat itinerary kena tanya azwa dulu tempat yang best2 kat sana :)

    ReplyDelete
  5. Azwa,SUSPEN Uncle ingat apa punya hal lah macam ada gossip terlatest macam cerita yang bolih terbest macam laris jual kueh karipap panas,rupa2 nye bukan karipap tapi makanan jugak lah tu ahahahaha,tak pe kalau lilit pinggang dah expand Uncle bagi lagu boria exercise and get ready nak pakai sarong ketat and kebaya practice belum datang Penang so ada ruang isi pasembor and nasi kandaq ala penang ni lirik dia tapi jangan lupa pegang tongkat menari ok macam kita tengok kat tv tu,Sweet Marie pandai cuba try tanya dia ahahahaha......

    Lirik Lagu Boria Anak Tanjung - Boria Pulau Pinang

    Kalimah bismillah bermula kata
    Alhamdulillah bersyukur kita
    Perihal Pulau Pinang tajuk cerita
    Boria Anak Tanjung membawa berita

    *
    Lainlah buluh lainlah parang
    Lain dahulu lain sekarang
    Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang
    Boria Anak Tanjung cuba menerang

    Rakyat sekarang pesat pembangunan
    Kembang ekonomi mengikut susunan
    Bangunan indah kiri dan kanan
    Pemimpin berdedikasi memainkan peranan

    (Ulang *)

    Rakyat hidup berbilang bangsa
    Tolong menolong setiap masa
    Menabur bakti membuat jasa
    Aman damai hidup selesa

    (Ulang *)

    Akhir karangan menyusun jari
    Cerita kami yang tidak terperi
    Salah dan silap tanpa disedari
    Ampun dan maaf pohon diberi

    Lirik Lagu Boria Anak Tanjung @ Lirikami
    Uncle dapat bayangkan Azwa jadi leader gan staff buat persembahan kat penang nanti tentu dapat sambutan hangat ok
    jangan lupa ajak Sweet MARIE menari sama ok
    salam dari Uncle AL.

    ReplyDelete
  6. Mokcik... akak ni kalau nasi dagang tu tak kiralah versi Kelantan ke Terengganu ke...janji sedap...hehehe...

    Tapi anak akak Ude suka yang Trengganu...

    ReplyDelete
  7. Ida,

    hahaha..Azwa cuma akan masak nasi dagang sendiri bila berada jauh dari kampung cik abe.. masa kat
    Sabah beberapa thn dulu, pernah jugak attempt masak hehehe.

    Kalau balik KT..pakar2 masak ramai, kita cuma tinggal jadi tukang makan hehehe

    ReplyDelete
  8. Kakzakie..

    betul tu...makan makan dan makan hehe

    keropok lekor masih banyak dalam peti tak terusik, sebab tu kali ni tak beria2 nak membeli hehehe lagipun kepok ni sedap makan dan dan tu jugak..bila dah masuk peti dah lain pulak sikit rasanya..[ada jer alasan kan..]

    ReplyDelete
  9. Marie,

    Betul tu..time raya banyak kedai tutup...mujur tak seteruk raya puasa, sampai dua minggu kedai tutup.

    mujur ramai pakar memasak yang rajin memasak time raya..azwa pun apa lagi..makannnn jer la kerjanya hehhee

    ReplyDelete
  10. Ummi.. kalau tabung ayam dah penuh bagi tahula bila nak ke Ganu tu. Kot kebetulan kami kat sana boleh la bertandang ke rumah hehehe

    ReplyDelete
  11. Uncle Al...

    hehhehe..biasalah mokcik kan..tajuk mesti kasi gempak sikit. siapa lagi sifu dia kalau bukan Lee Toronto tu hahaha..

    so, how are u Uncle? Hope you are feeling much better. Kalau dah sihat boleh start main tennis semula hahahaha

    Wah bagus betul Uncle siap bagi lagu boria dgn lirik sekali. Tak payah la tercari2 lagu nak nyanyi masa dinner kami nanti..hahaha..wah wah .. kena pi shopping baju nak pakai masa dinner ni karang..

    take care uncle..

    ReplyDelete
  12. Kak Anie,

    Azwa pun tak kesah versi mana..janji sedap..semua boleh telan hehehe..

    suka makan nasi dagang Kelantan kat Hotel Ansar KB..sedappp

    ReplyDelete
  13. kusss semangat! ingatkan gambar nasi dagang tu mokcik yang buat. hampir nak pengsan saya. hehehhee.. takpe2.. nnanti nak try jugak la nasi dagang. macam tak pernah makan le. nasi kerabu tu ada la makan. have a nice day!!!

    ReplyDelete
  14. Azwa, I KNOW WHAT YOU BE DOING THIS DECEMBER..... ahahahaha,ni nak habaq sat,kalau nak mai Pulau Pinang and nak adakan pertandingan boria antara PJ and Penang please take this into account sebab DI PENANG NI Mami2 anak mami,mamak2 anak mamak semua tak easy to angkat bendera putih tau,lagi pun dalam sejarah bukan senang nak tawan utara ni,cam ni kita gelak2 lah sambil minum petang ok,ni dia fakta sejarah ahahahaha.....Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

    Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

    Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

    Seminggu selepas itu

    Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

    Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

    Alfonso: selamat pagi

    Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

    Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

    Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

    Perisik 3: Betoi tu tuan…antaranya

    hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu,hang makan nasi kandaq,hang perkena pasembok,hang dok kat mana,hang main tennis,hang dah besaq,hang sexynye, dan macam macam lagi hang ada kat sana…..

    Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri……. ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…
    hehehehehehe,so kalau nak menang kena lah hang dan kekawan hang practice all out ok kalau tak percaya tanya Sweet Marie and Lee toronto,deypa bolih habaq mai ahahahaha,sorry nak tarek2 kaki Azwa aje bagi tak tension sangat gan persediaan to Penang.dari Uncle AL.

    ReplyDelete
  15. Hello Mokcik, Holy Smoke! You really brought back memories to me with your this Trengganu and Kelantan food specialities.
    Back in the 70s, 80s, I would always eat these nasi dangang when in these 2 States, never miss.

    I remember there was one pasar malam stall at KB, I used to eat there, as not only the nasi dagang was out of this world, but the cook too, ha ha.
    Only thing she was married, ha ha.

    Somehow Trengganu and Kelantan foods really have different tastes to KL or Penang. More exotic. And the wangi boleh lawan a Nina Ricci, ha ha.
    Have a great week, Mokcik.
    Lee.

    ReplyDelete
  16. suami kita suka ikan tongkol, tapi kita tak reti nak masak

    ReplyDelete
  17. Leeya,

    kuikuikui..kalaulah mokcik ada kerajinan untuk memasak dan menghias hidangan sebegitu rupa kan...ish ish ish..

    sesekali sedap gak makan nasi dagang ni yummy..

    ReplyDelete
  18. salam akak...wow bestnye..terliur saya..hehehe

    ReplyDelete
  19. Azwa,mai nak habaq sat,kami anak2 pulau pinang nak tabik spring camna kata Sweet Marie kat Azwa sebab berjaya turun kan 10kg berat badan,terus cun melecun bila pakai kebaya sarong ketat nyanyi boria,walau pun kami ada banyak HANG nak mai Penang dan lain2 lagi,kami terpaksa akur dan angkat bendera putih bila kami menari boria,tanda salute your determination and strength to not makan nasi kandaq,pasembur berlebihan di Pg nanti come december ahahahahaha tapi Boria competition still on ok gotta go to the gym now get in shape ahahahahahaha so can sleepwalk main tennis tak mengah ahahahahaha fr Uncle AL.

    ReplyDelete
  20. Salam Uncle Al...

    ahhahaha...Azwa gelak tak hengat bila baca citer pasal HANG tu...really mengeletek jiwa yang tengah kacau... Thanks! Luckily dah dapat kelulusan...now tengah prepare yang nitty gritty part jer lagik..

    kena berlatih lagi untuk persembahan boria nanti ni..senikata dah ada..tinggal nak prektis lagik hehehe..

    ReplyDelete
  21. Hello Lee...

    Once in a while makan nasi dagang memang BEST.. i like both version, yang penting sedap dan mengenyangkan.

    Mesti dah lama sangat lah Lee tak merasa makan nasi dagang ni ya?? Tak apa one of these days kalau Lee balik Malaysia, boleh turun KT cari nasi dagang yang femes kat Chendering tu.. pasti meletopss..

    have a nice day Lee

    ReplyDelete
  22. Much Melo..salam kenalan. My hubby too..dah namanya orang Ganu kan hehehe. Hubby Much Melo orang sebelah sana jugak ker?

    Azwa pun tak expert lagi nak masak gulai ikan tongkol tu, masih peringkat nak belajar. kalau nasi tu insyaAllah bolehlah.. ni kena belajar dpd MIL lagi skill masak ni heheh

    ReplyDelete
  23. Cik ceria..hehhee..gi bulanmadu ke KT atau Kelantan..boleh la makan nasi dagang hehehe..

    ReplyDelete
  24. Uncle Al..hahaha.. really long story la uncle. But to cut it short..azwa puasa setiap hari mulai bulan Rejab, Sya'aban (except on saturday n sunday) hingga bulan Ramadan memang dah sah2 kena puasa kan hehehe. Really feel good when at last can fit into the old baju kebaya hahaha..though still have 5 more kg to lose..ayakkk..

    Masa kat Penang..nak lepas geram nak makan semua makanan sedap2..lepas tu sambung diet balik hahaha..

    Uncle dah fully recovered dah ker? Dah boleh main tennis balik ya...ok..lepas kerja nanti kita ajak Marie main sekalik ya hehehe...

    have a nice day Uncle.

    ReplyDelete
  25. ish..sy tak tahan sungguh la kalau tengok nasi dagang..meleleh kat keyboard huhu

    ReplyDelete
  26. Dear Azwa,takat main tennis tu ingat dah bolih,especially kalau ada paterner(patner) lah tu yang dah hilang 5 to 10 kgs,and can wear sarong kebaya lama and not forgetting bolih nyanyi Boria lagi bolih lah tu,ni dengaq habaq nak dekat dah tarikh Hang2 semua nak mai tanjung,ni kami dok practice lagu boria nak habaq pi macam ni lagu tu.....

    KALIMAH BISMILLAH BERMULA KATA
    ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KITA
    PERIHAL 1 MALAYSIA TAJUK CERITA
    MAMI PUTRAJAYA NAK MAI DENGAR BERITA

    MALAYSIA KINI NEGARA YANG MAJU
    PENUH DENGAN MISI MATLAMAT DITUJU
    MENCARI PERPADUAN TAK PERNAH JEMU
    MELAYU, CINA, INDIA TERUS BERSATU

    KITA SATU BANGSA KITA SATU NEGARA
    WAHAI SEMUA MAI DENGAR CERITA AAAA...
    SATU MALAYSIA ITU MATLAMAT KITA
    MAMI PULAU PINANG NAK CERITA

    BERMULA SEKARANG BINA MASA DEPAN
    PERJALANAN DICIPTA TUJU KEJAYAAN
    SEIA SEKATA PENUHI HARAPAN
    KITA SATU MALAYSIA MENUJU WAWASAN

    SAMPAI DI SINI LETERAN MAMI
    HARAP SEMUA TAK KECIL HATI
    SEMOGA BERJUMPA DILAIN HARI
    MAMI PULAU PINANG NAK MENGUNDUR DIRI.

    HA TU DIA KAMI PRACTICE SIANG DAN MALAM,TUNGGU THE ARRIVAL OF MAMI2 PUTRAJAYA.AHAHAHAHA.
    SALAM DARI UNCLE AL.

    ReplyDelete
  27. Irfa,

    hehehe...Azwa minggu lepas siap order dari MIL melalui anak sulung yang datang ke Putrajaya sempena cuti sekolah hehehe..yummyyyy

    ReplyDelete
  28. Uncle Al,

    waduhhh...macam kena betul dengan tema yang kami nak adakan tau..seni kata lagu ni..hahaha.. mintak izin nak ciplak ooppsss....copy and paste hahahaha...

    adehhh...camna nie hari nie dah melantak roti canai ngan nasi goreng kampung nie...kena exercise lebih sikit la nampak gayanya ahakss...

    ReplyDelete
  29. Azwa,teruskan teruskan silakan silakan mai nak habaq pasembur,rojak,nasi kandaq,semua dah siap,buah pala buah pala pun dah siap macam kata Azwa mabelas, superduperyummmylicious,forget about diet,forget about kgs,main tennis,menari boria hilanglah extra kgs tu nanti,ahahahahaha,salam dr Penang Uncle AL.

    ReplyDelete