Thursday, May 26, 2011

...DALAM BOTOL

Salam and selamat pagi kawan-kawan..

CERITA SATU


Membaca berita ini, teringat kepada filem yang diarahkan oleh Raja Azmi. Memang bukan mudah untuk membuat keputusan dalam kes ini.


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
                                                    (Ihsan daripada Utusan Malaysia, 26.5.2011)

Berita Harian, 26.5.2011 pula menyiarkan bahawa Peguam Pempetisyen telah berhujah, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

 Peguam Kanan Persekutuan dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.


“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.
 
Sungguhpun terselit juga rasa simpati terhadap pempetisyen, namun demi tugas, and until and unless, a clear law is enacted, we have to do what we have to do..


peace..


CERITA DUA


Kat kantin opis mokcik nie ada satu gerai nasi kandar. nasi kandar dia boleh tahan jugaklah kesedapannya. Yang tersohor menunya adalah ayam goreng berempah. Masa memula mokcik berpindah ke Putrajaya dulu, suka bangat beli ayam goreng gerai ini. Tuan dia pun peramah, kalau beli banyak, selalu dia kasi free seketul ayam hehehe. Tapi yang mokcik perasan, mula2 dulu, ayam dia sikit punya besar ker....serupa ayam kay ef cee tu..tapi lagi murah harganya.. 

Kemudian beberapa bulan lepas, ayamnya dah kecik sikit...masa tu dia ada buat remark..harga barang semua naik.. ok..mokcik masih boleh terima lagi la.

Tapi semalam...alahaii...ayamnya kecik bebenor..tapi seketul masih harga RM3.. Rasa macam tak berbaloi langsung nak membeli lauk kat luar dah. ye la..mokcik ni kan treler ramai. Kalau setakat seketul dua, memang tak cukup la. Lain la sebelum ni, beli 4 ketul, potong2, cukup utk 6 orang. yang bahagian sekarang ni, nak potong pun tak sampai hati.. memang kecik benor ler ayamnya.  Maka, mokcik ambil keputusan...baik beli jer ayam. Goreng sendirik...hah puas hati mokcik.. itu pun nak membeli kena keluar dari Putrajaya, sebab harga barang kat sini dua tiga ringgit lebih mahal daripada kawasan lain...alahaiii...

CERITA TIGA

Mokcik mengalami masalah gigi ler pulaks. Godek2...baca review klinik pergigian kat Putrajaya ni terus terbantut hasrat nak pergi. Nak ke klinik swasta..mahal giler...ayoyooo. Nampaknya kena tunggu balik ke KT la baru pi jumpa dentist...kat sana at least murah sikit berbanding kat sini.  

Bayangkan kat klinik biasa pun jauh benor beza harga ubatnya...ada satu klinik tu...ubat untuk Hadi.. ubat demam, selsema dan batuk..terkejut beruk mokcik.. Harganya RM60! Kalau di KT tak sampai pun RM30...separuh tu boleh jimatkan. Tapi dah sakit, takkan nak tangguh jumpa doktor pula nak tunggu balik KT kan kan kan...

Syukur setakat ini harga minyak Ron95 masih dikekalkan. Kalau tak lama lagi naik lagi...alamatnya harga barang naik lagi...memang segala perbelanjaan kena hadkan. Silap2 mokcik minta transfer balik ke KT huhuhuhu....

CERITA EMPAT

Esok last sekolah untuk pertengahan penggal...yeayyy... dapatlah berehat sebentar daripada aktiviti menghantar dan mengambil anak dari sekolah uhukkss....

Ada beberapa tetamu bercadang nak bertandang ke rumah...time to kemas rumah la nampaknya..

wokay...gotta go dulu.... babaiiii have a nice day all...  


8 comments:

  1. Hmmm...teringat cerita Waris Jari Hantu... tapi yang itu sebab dia dilahirkan sebagai Khunsa...

    ReplyDelete
  2. bila dah cuti anak anak ajak jalan2 pulak hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Anie...kalau ikutkan versi peguam,mungkin Ashraf ni khunsa. Setakat ini ada tiga kes terdahulu yg serupa...dua lelaki jadi wanita, satu lagi wanita nak jadi lelaki.. dua kalah, satu dibenarkan dan sedang dirayu ke mahkamah lebih tinggi...

    ReplyDelete
  4. Zino,

    seronok gak tu jalan2 dgn anak2..

    sejak dok Putrajya ni..kalau ada cuti jer..tujuan utama kami adalah balik KT hehehe.

    Tapi sekolah cik abe pulak ada program minggu depan...minggu kedua la baru balik huhuhu

    ReplyDelete
  5. Hi Mokcik, even though my bahasa is out of tune, I enjoyed reading your this very interesting post.
    That first cherita ada mystery tu.

    I love your ayam goreng experience, now ayam smaller, ha ha ha.
    Can't help laughing reading that.
    I too love ayam goreng.....
    Love your humour.....
    You have fun, and go main wayang in court, bang meja, ha ha.....Lee.

    ReplyDelete
  6. cerita 1 : mmg sukar pada mereka yg berada dlm situasi mcm ni. tapi bak kata perundangan tu kalo kali ni lepas, makanya akan berderetlah pulak orang nak tukar nama atas sebab2 yg sama atau hampir sama.. wallahualam...

    cerita 2 : mmg kat ptrjya semua harga lebiih mahal. kadang kalo pergi pasar kat presit 8 tu tetiba je rm50 tapi ntah hapa2 je barangnya. mmmm...

    cerita 3 : tu la selalu sgt minum coconut shake kan dah kena sakit gigi. hahahahhaa...

    cerita 4 : cuti sekolah mmg menyeronokkan. jalan pepagi pon tak jem wooooo...

    cerita 5 : selamat bekerja!!! akahsss...

    ReplyDelete
  7. Hello Lee,

    Glad you managed to enjoy the posting hahaha...once in a blue moon i would write in english. Tengok mood mahu speaking London ada mari, then can write in english hahaha..

    For the first story, let's wait till the court make a decision..

    oo..really the ayam goreng..the size is getting smaller, day by day. Really not worth buying, better buy ayam and masak sendiri. The prices of most goods has increased so much that one have to really sped wisely nowadays..

    have a nice weekend Lee.

    ReplyDelete
  8. Leeya,

    Memang agak menakutkan kan Leeya. Setakat ini memang ramai yg dah menukar jantina tetapi belum ramai yg membawa permohonan seperti ini ke Mahkamah... kita tunggu keputusannya.

    Betul tu..kalau ke market lebih baik jgn bawa anak2..nanti terbabas bajet. memang kena berjimat cermat sangat sekarang ni..

    wadoiii...dah lama tak pekena coconut shake..tapi mcm tak mampu utk rawatan gigi kat swasta lorr.. mahal bebenor...adoiii

    part jalan tak jem masa cuti sekolah tu memang best hehehhe

    aik camno ada citer lima nie hahahha

    have a nice weekend Leeya

    ReplyDelete