Tuesday, May 11, 2010

BENGANG

Salam kenkawan.

Saja meluahkan perasaan disini.

Mokcik bengang dengan seseorang. Mokcik tahu ada ramai orang yang tak mahu pegang kad kredit atas alasan tersendiri. Mokcik memang salute dengan orang2 macam ni, kerana terus terang mokcik tak mampu lagi nak membebaskan diri dari memegang sekurang2nya satu kad kredit. Urusan kerja yang selalu keluar daerah dan tambah2 lagi sekarang ini terpaksa menaiki kapal terbang setiap minggu, memang memaksa mokcik menggunakan kad kredit.

ye la, kalau keluar daerah, nak bayar deposit hotel guna cash...aduhai memang perit juga. Modus operandi mokcik, deposit bayar dengan kad, bayar baru guna tunai. Nak dapat tambang murah dari beli di kaunter, memang kena guna kad kredit. Ya, terpaksa guna kad kredit juga. Tambahan lagi mokcik memang seboleh2nya tidak suka menyusahkan orang lain...

Jadi, pertama kali seorang kawan meminta mokcik membelikan tiket kapal terbang untuknya, dengan menggunakan kad kredit mokcik, mokcik tak kesah. Lagi pun dia memanggil jauh dari tanah suci gitu. Seronok juga sebab dalam ramai2 orang, mokcik la yang dia teringatkan kat tanah air gitu...Dan dia memang bayar balik tambang tiket tersebut setelah dia kembali ke tanah air.

Tetapi yang mokcik agak bengang, baru2 ini dia telah menghubungi mokcik, all the way from *tooot*. Katanya dia kena turun ke KL . Ada urusan. Dia datang dengan bas dan nak pinjam kereta mokcik untuk ke destinasinya. Okayy..kebetulan mokcik takde kes, so okay la. Lepas tu, dia minta mokcik semak dengan MAS atau Aasia...nak minta tolong belikan tiket untuk dia balik semula. Guna kad kredit mokcik.

Yang mokcik tak faham tu, masa dia minta tolong ni, dia masih berada di *tooot*. I suppose di pejabatnya la. Susah sangat ker nak online dan check sendiri jadual penerbangan tu. Lain la kalau dia dah dalam bas kan. Kebetulan pula masa itu, mokcik pun memang agak sesak la jugak. Kredit limit pun dah nyawa2 ikan dan mokcik pun kena beli tiket untuk nak balik minggu lepas. Kalau ku tolong dia, tak balik la mokcik jawabnya. Makanya, mokcik pun terus terang kata, bab beli tiket tak dapek la nak nolong. Pastu, mokcik pun suggest dia try kawan lain...boleh tak dia pulak minta mokcik cari kawan2 mokcik dan mokcik pulak kena pinjam kad kawan2 mokcik dan dia akan bayar kemudian kat mokcik??

Bila dia sampai esoknya, mokcik pun say sorry sebab bab tiket tak dapek nak nolong. So, pagi tu dia hantar mokcik pi kerja dan dia guna kereta untuk settlekan urusannya. Pasal tiket, mokcik suggest dia call toll free MAS dan book tiket bayar di airport. Dia call kata dia nak ke airport beli tiket Aasia yang lebih murah dari MAS. By 4.30 dia call nak hantar balik kereta dan minta mokcik hantar dia ke pejabat *tooot*. Sampai disana dia pun hulurkan RM30 sebagai duit minyak katanya.

Petangnya, balik rumah, mokcik perasan bilik bawah yang digunakannya pagi tadi terang benderang. Eh...sapa pulak pasang lampu...bila mokcik periksa...lampu terbuka, kipas terpasang. Masa makan malam, anak sedara asben bagi tahu masa dia balik petang tu, pintu grill tak berkunci mangganya. Tapi bila dia perasan lampu bilik bawah terpasang, dan dengar bunyi kipas dia ingatkan ada orang. Aduhaii..kenapa la ?? Ini bukan la kali pertama berlaku macam ni bila kawan ni datang. Setiap kali dia ke sini, memang dia akan menumpang tidur di rumah mokcik. Mokcik memang tak kesah, sungguh. Tapi, sungguhpun dalam rumah mokcik tu takde la benda berharga...kecuali mesin basuh dan peti sejuk [ Tak percaya tanya Salwa hehehe...], tolong2 la kuncikan ye tak. Aduhai....dua kali berlaku...

Sekali tu, dia keluar awal tumpang seorang kawan lain. Oleh kerana mokcik dok atas, bila dia keluar mokcik cuma say bye bye je la. Tup tup, dalam setengah jam berlalu, masa mokcik nak keluar rumah, terkejut mokcik tengok pintu grill dan pintu rumah terbuka luas! Berdegup jantung mokcik...kot ada pencuri masuk ker aper ker. Kalau ada yang ambil kesempatan masa tu memang mokcik tak perasan langsung! Syukur takde apa.

Kedua kali tu, dia balik awal katanya. Okayy...fine with me, sebab masa tu masih dok rumah di presint 11, mokcik kena ambil anak sedara. Sekali sampai rumah, kami tengok pintu rumah terbuka. Mula2 ingatkan dia tengah bersantai2 di ruang tamu, sebab tu sengaja biarkan pintu terbuka. Alangkah terkejutnya mokcik bila mokcik dapati dia tengah nyenyak tidur di tingkat atas uolsss! Memang mokcik speechless masa tu...

Bagaimanapun, setakat ini, benda tu tak la sampai menjejaskan persahabatan kami. Biasala sesekali rasa bengang menjelma. Lepas meluahkannya disini, i feel much better...hehehe. ..

Kenkawan macam mana, ada ker cerita2 pasal bengang yang nak diluahkan??

27 comments:

  1. Azwa...rasanya azwa kena beritau kat kawan tu...sebab mana lah tau nanti satu hari terjadi perkara yang tidak diingini...memang lah takde sgt barang dlm rumah...tapi kita takut ada orang masuk ke dalam dan duduk dlm rumah sementara menanti tuan rumah balik untuk habuan yang lebih besar...

    Bahaya tu azwa...dia kena belajar untuk lebih betanggungjawab...

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu kak anie..mujur la dia datang sekali sekala saja. Memang dah hantar 'friendly reminder' pun kat dia. memang dia ni pun jenis sempoi, tapi kendkadang kesempoian tu lerr buat mokcik bengang hehehe

    ReplyDelete
  3. saya baca pun saya dah jadi bengang nie..cam mane nie kak?..hehehhehhe...

    ReplyDelete
  4. betul la azwa...kena bagitau..apakata gertak dia buatnya org masuk pastu dia tengah sedap tidor..sexy plak tu..buatnya pencuri tu naik sheh geram...tak pasal permata len plak kena ragut!

    ReplyDelete
  5. pening gak kalau dapat kawan macam ni

    rasanya kena berterus terang gak sebelum benda yang lain terjadi,

    bab tak nak pakai kredit kad kalau tak menyusahkan orang lain tak pe, dah kalau kredit kad itu perlu untuk setengah2 urusan, memang kena pakai gak kan azwa :)

    ReplyDelete
  6. azwa
    berterus terang lebih baik wwpun pahit.. ehhehhe sebab ni melibatkan keselamatan ...

    ReplyDelete
  7. ahhh..menyakitkan hati betol kalo ada kawan yang macam ni. sebab tu ad peribahasa cakap buat baik berpada2, tu la dianya. bila kita baik, kita pulak nak dipijak. jalan terbaik, renggangkan sikit... kalo tak sampai bila2 akan dipergunakan. bab duit, bab harta, jgn kata kawan2, adik beradik pon boleh jadi gaduh. tapi memang payah nak berckp dgn org yg macam ni.. sebab dia tak guna otak.

    ReplyDelete
  8. saya geram la bab kad kredit tuh. pinjam tu OK, tapi mcm kita kuli dia pulak suruh buat itu buat ini.

    ReplyDelete
  9. Ijah,

    U baca dah bengang, mokcik lagi lerr bengang huhu..sabooo

    ReplyDelete
  10. Itu la nonie...mokcik pun pelik betul camno boleh jadi camtu..mcm mokcik kata tu dah hantar la peringatan dalam gurauan .. tapi dia gelak pulak..

    ReplyDelete
  11. Ummi...ya...rasanya len kali dia datang, kena tampal peringatan besar2 kat pintu supaya kunci pintu sebelum tinggalkan rumah.

    kad kredit tu memang kena ada juga satu..ambil la yang islamic punya.

    ReplyDelete
  12. Zar...itu la pasal.. dia ni dah masuk golongan veteran dah, sebab tu agaknya dah 'pelupa' sikit kut..huhu. diperingatkan pun, len kali lupa lagii...alahaiii

    ReplyDelete
  13. Saya,

    memang bengang dibuatnya kann...

    ReplyDelete
  14. ni mmg dah bengang tahap gaban...klu kena kat zue mmg kena sound org mcm ni.

    bab2 guna kad kredit mmg kena ada juga mcm kes mokcik yg slalu travel distance...tapi bukan utk beri kesenangan kat org kannn.
    dan org itu jgn suka ambil kesempatan...buat sendiri dan jgn suka menyusahkan org.

    ReplyDelete
  15. ya Allah..tak tahu nak kata apa.
    nak komen pun serba salah.agak2 dia baca blog akak tak?hehe

    ReplyDelete
  16. Kak azwa,

    Kalau dah tahap kad kredit kita pun berani dia nak 'pinjam' memang dia agak 'terlebih' ni....dan jujurnya yg sy kenal, kak azwa ni jenis 'baik sangat', kena hati2 ni kak azwa...

    Tapi bab rumah tak kunci tu memang seramlah dengar....pasal saya dah biasa berdua dgn hani, part kunci rumah mmg berhati2 sgt....bkn sebab pencuri jer, perogol, peragut, pembunuh dll...

    ReplyDelete
  17. salam azwa..bagus la..azwa berani meluahkan kan disini..akak ada juga rasa tak puas hati..tapi tak seberani azwa..ingatkan selalu2 kawan tu..keselamatan dalam rumah penting..dah la azwa tinggal sendiri kan..takde lelaki dalam rumah..

    ReplyDelete
  18. Hi Mokcik, regret my bahasa not that good to understand. So will just invite you to my pondok....have something for you.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  19. zUE,

    Memang sesuwai sekali nyanyi lagu Bengang dalam keadaan ni kann..

    ReplyDelete
  20. Irfa,

    sebab dia tak baca la tu berani luahkan kat sini hehehe..tak mahu la gaduh2 pula..

    ReplyDelete
  21. fasal kad kredit tu, tu yg tak faham...tak nak guna tapi nak 'guna' org punya huhu

    ReplyDelete
  22. Kak Erna...sebab dah bengang sangat, tu yg luahkan kat sini. Rasa lega dapat luahkan dan dengar pendapat kenkawan

    ReplyDelete
  23. Hi Lee...it's okay.

    Something for mokcik?? ok..will go and check asap...

    ReplyDelete
  24. u don't need an enemy if u have this kind of frenz ....


    boleh tak guna ayat nie?

    ReplyDelete
  25. harap kawan mokcik faham kesilapan dia..

    Jemput ke blog baru sy yek mokcik (www.sahrul.com)

    ReplyDelete
  26. PB,

    you have a fren and an enemy in one...2 dlm satu la ni kan hehehe

    Shahrul...

    hi welkam..nanti i gi

    ReplyDelete