Thursday, September 3, 2009

ISTANA BUDAYA


  • Semalam mokcik berbuka puasa di Istana Budaya.
  • Buka posa bersama dua orang teman dan seorang bayi. We have a great time, tak hengat nak balik sampai baby dah mengantuk hehehe. Sesekali rushing untuk sampai ke tempat berbuka bersama kawan2 seronok juga...rushing bukan kerana driving..rushing dari satu tren ke satu tren hahaha. Balik mokcik menumpang kereta teman yang dok somewhere kat Selangor...kena ler dia hantar mokcik ke erl station sebab kereta mokcik tinggalkan kat sana.
  • So, anybody interested to have breaking fast session together? Last nite proved that we still can have fun on weekdays. Even after a long, tiring, difficult day... :)
  • So seronok makan-makan sampai lupa nak snappy2 gambar makanan. Pilihan makanan kat kafe tu boleh tahan juga. Rasanya pun boleh dikatakan sedap. Cuma laksanya ajer terlebih masin sikit tapi still sedap juga la sebab kuahnya pekat. I loved the otak2... and of coz, the company...hehehe
**************
  • Mokcik tiba di rumah jam 10 malam. Terus turun basuh kain. Masa mokcik memasukkan pakaian dalam mesin basuh, ibu landlady masuk dapur membasuh pinggan. Mokcik terus sapa dia.
  • " Saya ada bawa keropok lekor. Ada dalam peti. Nanti minta la bibik masak. Budak2 kan suka makan keropok lekor."
  • Ibu landlady senyum sajork.
  • Dalam pukul 11.30 mokcik turun semula. Nampak ibu landlady sedang duduk dalam gelap di ruang tamu sambil menggosok lututnya ( siibu sakit lutut).
  • "Tak tidur lagi opah?"
  • "Belum..tengah gosok minyak kat lutut nie."
  • Hmnn...cucian tak siap lagi. Mokcik masuk semula ke dalam. Baru nak naik, siibu menegur.
  • " Suami puan dulu mengajar kat sekolah dot dot kan?"
  • "Saya, opah."
  • " Kenal tak dengan dot dot dot? Tu adik makcik tu. Nie ( sambil menunjuk ke arah bilik bawah) anak dia la ni."
  • "Oh ye ker? Memang kenal dengan dot dot dot. Ada jumpa dia masa gi beraya rumah landlady kat Ipoh dulu. "
  • "Adik makcik tu pendiam jer. Bukan macam makcik nie"
  • Mokcik senyum.
  • "Anak dia ni baru dapat kerja. Sementara ni la katanya duduk di Putrajaya ni. Tak tahu lagi kena posting ke mana nanti."
  • "Oh gitu. kat mana dia kerja tu opah?"
  • "Tak pasti la pulak...JPJ, SPRM..ke gitu."
  • "SPRM? sama ofis dengan dot dot ( kawan sorang lagi)"
  • "Tak tahu lerr..makcik bukannya faham sangat. Ni anak dia la. Mak dia tu kerja bahagian rumahtangga kat sekolah dot dot tu. Pengetua sekolah tu pula kawin dengan kakak landlady."
  • "Oo..nanti saya ceritakan kat suami..saya naik dulu opah."
(perbualan yang berwarna hijau hendaklah digayakan dengan loghat orang Perak bercakap...hehehe)
**********
  • Cik abe kata " Kak dot dot tu baik sangat orangnya. Kira dah ok la awak kat situ tu? Saya tahu awak boleh handle keadaan ni. Awak tu kan sentiasa cool jer. Tapi yang tak ok sebab awak jauh dari saya. "
  • wakakaka...kesitu pulak dia... tapi ada juga benarnya kata2 cik abe. Lagipun keadaan tak setegang minggu lepas. I can feel the changes, though they still dont pelawa me to join them makan sahur or berbuka hahaha. But, mokcik pun dah tak kesah dah. Mungkin mokcik akan tensen semula kalau berlaku keadaan macam hari tu dimana tinggal sepupu landlady dgn mokcik ada kat rumah....maunya tak tensen.. Tapi for the time being, things slowly beginning to get better and am thankful for that.

7 comments:

  1. ihiks..kesian kat mereka2 yang berposa kang terliur pulak melihat gambar2 makanan kannss..

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh..daku suka ayat kaler ijau sbb daku org perok..kih3

    ReplyDelete
  3. eerr.. mokcik nak kirim kepok lekor boleh?? hehhe (kesitu pulak komen ni)

    ReplyDelete
  4. Intan,

    iyo kerr?? ramei benor orang Perak jadi blogger tegar nie yoo..hehehe

    PB,

    wakakaka...orang tak nak tegur mokcik, bior ler mokcik menegur mereka dulu..mokcik ni kan peramah..

    Zar,

    Boleh..boleh...nak berapa? Esok mokcik balik ganu..

    ReplyDelete
  5. kadang kala andaian itu boleh betul tau...
    ni mok cik dah smpai t'ganu ke?

    ReplyDelete