Thursday, September 3, 2009
BILA KORANG TENSEN, APA KORANG BUAT?
Lain orang lain caranya kan.
Jadi, kalau korang tensen, apa agaknya korang akan buat untuk release kan ketensenan korang tu?
Mokcik pulak kalau tensen2...walaupun banyak kerja tapi untuk release tensen...ni la kerja mokcik. Menggodek sana sini..tukar perabut rumah ini...hehehe. Tu pasal sejak minggu lepas beberapa kali blogger template berubah2. Dah puas menggodek sana sini, baru la boleh concentrate dengan kerja. Kalau dah mula buat kerja pula, obssessi melanda...sambil buka posa mokcik still baca fail. Itu kalau mokcik kena berbuka sendiri2 la.. Kalau ada kawan, lain la ceritanya hahaha.
Malam kelmarin, mokcik stayed back kat office. Tapi mokcik malas nak inform pada guard kat bawah. Pasalnya, mokcik yakin ada beberapa officer lagi yang biasa stay back sampai malam kat office nie. Dorang ni selalunya dah inform guard awal2. However, hari tu takdok siapa inform guard kutss..
Nak jadi cerita, lepas berbuka dengan secawan milo, mokcik pun keluar untuk ambil wuduk. Masa nak masuk balik tu, mokcik dah perasan dari celah bawah pintu ke unit mokcik dah gelap. Bila buka pintu memang sah...lampu di aras/bahagian mokcik dah ditutup. Alahai ...terbantut niat nak solat maghrib kat bilik. Teraba-raba mokcik menuju ke bilik mokcik dan menggunakan cahaya dari henpon sebagai sumber cahaya. Mokcik angkat beg dan cepat2 meraba-raba ke tempat punch card. mokcik perasan ada satu bilik kawan mokcik ada cahaya...ohoo..masih ada yang tak balik, tapi kenapa bilik dia boleh ada lampu, sedangkan bilik mokcik gelap gulita.
Turun ke bawah mokcik singgah kat surau untuk solat dulu. Lepas solat, baru teringat tertinggal dompet dalam bilik. Mokcik pun menuju ke tempat guard dan minta lampu dipasang semula untuk ambil dompet.
"Eh...baru tadi ada permintaan dah untuk buka lampu aras *toot*. Puan baru naik ker?"
"Tak saya baru turun."
Patutla masa ambil wuduk tadi mokcik ada terdengar derap bunyi kasut tinggi dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke lif.
Pak guard call bahagian berkenaan dan confirmkan lampu dah dibuka semula. Mokcik pun naik semula ke bilik dan ambil dompet. Lega....
So moral of the story...jangan biasakan diri buat andaian semata-mata, kadang2 andaian kita tak betul, dan kita mungkin akan membuat kesilapan jika bertindak atas andaian tersebut...
selamat berbuka semua...nak keluar pi cari makan dah ni...daaaa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betui2...kkdg andaian kita meleset
ReplyDeletedaku akan pegi makan ABC~
ReplyDeletehehehe~
zino pernah terkunci dalam opis hehe...
ReplyDeleteummi pernah ternampak kawan yang dah balik dalam bilik, ummi ingatkan dia belum balik rupanya dia dah balik lama dah :)
ReplyDeletesejak dari itu, maaf, memang tak dok kat bilik dah walaupun balik lambat
sanggup menumpang bilik orang lain :)
azwa
ReplyDeletekalau maks tensen, maks suka dengar muzik tangkap leleh.. ehhehhe kalau perlu nangis, maks nangis, pas tu call besfren..
Suka gak kalau tension tukar template tapi nak buat link semua balik tu yg malas...
ReplyDeleteSatu lagi kalau saya tension dululah..saya suka gak stay back kat off, anak tido umah baby sitter...bila buat kerja boleh lupa masalah....
ingat kan ada misteriii
ReplyDeletetingin nak kaler cat baru kat blog tp malas nak menggodek..x berani duk lama2 kat opis.tp semalam balik lewat 2 jam..keje byk.dgn sorang staff lelaki.saya percayakan dia org lain mgkin tak kot
ReplyDeletesaya kalo tensen lagi tak berckp le jwbnya..diam seribu bahasa....
ReplyDeleteIntan,
ReplyDeletekebanyakan masa andaian sangat meleset...huhuhu
Zara,
ABC...wow...sejukkk jadinya...hehehe
Zino,
ni la kes haru...abih tu camno keluarnya dari bilik terkunci tu?
Ummi,
Setakat ni di opis ni takde gangguan lagik. Tapi masa di Ipoh dulu biasa lerr...hehehe
kat kuarters kita duduk dulu lagi lerr banyak gangguan ihikss
Zar,
ReplyDeletefuyoo...lagu tangkap leleh katanya...bertambah ayahdu la mokcik...huhuhu
memang release tensen kalau dapat mengadu kat kawan sejati kan..
Salwa,
link hilang biarkan sajork...bila rajin baru buat balik hehehe
mokcik stay back kat ofis sebab takde motivasi nak balik rumah pun. lain la kalau ada family kat rumah kan.
PB,
ReplyDeletesetakat ni takde kisah misteri lagi...
Irfa,
Mokcik pun Ada masa berani, ada masa penakut..hehehe..
Saya,
jom kita tengok cik saya tengah diam membisu seribu bahasa ker tak....huhuhu
Akak kalau tensyen...tido...!!
ReplyDeleteselamat berbuka pose mokcik itteww..
ReplyDelete