
Memang patut sekali gumbira tengahari nie. Alhamdulillah perut kenyang kerana dibelanja oleh Boss makan nasi beriyani dan kek chocolate indulgence yang yummy hingga menjilat sudu. Esok besday bos, tapi sebab esok cuti, maka boss forwardkan celebration ke hari ini...happy besday boss. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan cepat lagi naik pangkat...hehehehe

Memang patut happy hari ini...memandangkan semalam kami semua telah berkerja keras bermesyuarat dari pukul 9 pagi hingga pukul 6.30 petang cracking our head untuk menyiapkan kes2 yang banyak tertangguh. Mesyuarat ngan public nie memang memenatkan tapi diakhir hari rasa lega sebab berjaya selesaikan kes.
Tapi kan korang rasa patut atau tidak....kita bagi pinjam duit kat orang, sedangkan kita pun memang berhutang dengan tujuan duit itu digunakan untuk membuat rumah. Kalau kita beri pinjam duit kita kepada orang itu, maka bajet kita untuk buat rumah pulak lari dan belum tentu orang itu akan bayar balik hutangnya tepat2 on time.
Korang rasa patut atau tidak....kalau kita gi claim rebate kenderaan yang telah dijual kepada sedara sepapat asben tapi masih tak tukar nama hingga sekarang, tapi duit tu kita simpan untuk kegunaan kita dan tak bagi kepada sedara sepapat asben? Alasan kita adalah kerana masa dia nak ambil kereta tu dulu dia janji nak bayar RM5,000.00 dan kita pun nak guna duit tu untuk downpayment beli kereta baru... Tapiiii...dia bayar RM2,000.00 jer. Last2 kita pulak kena top up duit sendiri untuk bayar downpayment beli kereta baru. Sampai le nie baki RM3,000.00 tu dia dok buat senyapppppppppppp jerrrrrr. Last month dia hantar borang tuntutan rebate ke rumah, katanya sayang pulak kalau tak gi claim. Tapi sampai ler nie, kita pun belum gi gi lagi claim ke pejabat pos....
Apa pendapatan korang? Errr....pendapat korang? :)
Korang ada tengok tak citer kat tibi tiga tempohari tentang seorang adik yang mengorbankan perasaannya dan perasaan boyafrennya demi 'kebahagiaan' kakaknya yang mental skettt??? Ala...citer yang Raja Azura ngan Ellie Suriyati berlakon tu lerrr...yang mana akhirnya mak dorang mati tu. Azwa rasa2 kan, patutnya Raja Azura tak patut berkorban perasaannya dan meminta boyafrennya berkorban pulak untuk menerima kakaknya semata2 kerana kelicikan kakaknya tu mengeksploitasi perasaan Raja Azura tu. Dan boyafrennya pun sepatutnya tak perlu la berkorban menerima kakaknya, tapi at the same time still nak ke adiknya. Gara2 kononnya kerana si adik nak melakukan kebaikan untuk kakaknya, dan boyafrennya untuk kekasihnya...yang jadik mangsa ibu mereka yang tak pasal2 kena kurung oleh kakaknya tu...ish...ish...ish... Ini lah orang kata nak buat kebaikan pun kena berpada2.
Eh...ntah apa2 ler azwa merapu hari nie...nie mesti terlampau banyak makan kek chocolate ngan nasi beriyani nie hehehehe. Anyhow...esok coti yeay...hepi wiken to all...