Showing posts with label kepergian. Show all posts
Showing posts with label kepergian. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

DARI ALLAH KITA DATANG


Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.




The second time the same announcement was made. Semalam lewat petang, ada diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang staff. Pagi tadi juga diumumkan kepulangan ke rahmatullah ibu kepada seorang pegawai di bahagian mokcik. Baru semalam mokcik melihat dia beria2 berkemas dan menyusun atur perabut di unit mokcik. Langsung tidak nampak riak diwajahnya ibunya sedang sakit. Tiba2 pagi ini kami dimaklumkan kepergian ibunya jam 12 malam tadi.

Al Fatihah kepada yang kembali menghadap Pencipta. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya. Kita yang masih hidup ini, entah bila pula giliran kita. Tiba2 teringat coretan saudara Pahrol Mohd Juoi dalam majalah Anis keluaran terbaru...kita bertemu untuk berpisah..adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi perpisahan itu..

********


Semalam dari pagi hingga ke malam mokcik cuma makan biskut ajer. Ntah la tiba2 ajer malas nak singgah mana2 atau turun ke kantin untuk membeli makanan. Bukan pulak mokcik sudah mengikut jejak Cikgu Zara yang tak mahu makan nasi kerana dia pencinta sawah...diet pun tidak jugak kerana mokcik melantak juga makan biskut, cumanya malas nak makan heavy2. Malam tadi terasa juga sedikit lapar tapi bila mendengar rakan serumah meninggikan suara meleteri karenah anak2nya terus selera mokcik pun terbantut huhuhu. Mokcik tak jadi turun, terus mokcik panaskan air dan makan biskut sajork la malam tadi.


Aman dan Hadi...

Tak lama lepas tu nampak bibik naik ke atas. Mokcik tanya kenapa? jawabnya kerana anak sulung kawan mokcik tu telah mendermakan jam-jam kepunyaannya dan adik2nya kepada kawan sekolah sedangkan jam-jam tersebut baru ajer dibelinya. Patut la pun kena leter...aiyoo...mokcik terus terkenang kepada Aman suatu masa dulu...juga berperangai sebegini. Budak2 ni nak disukai kawan2nya. Oleh itu mereka akan berbuat sesuatu sama ada beri barang atau duit supaya kawan2 suka kat dia. Dalam kes Aman bayangkan betapa terkujat mokcik bila tengok2 duit RM1,000 yang baru dikeluarkan lesap. Selidik punya selidik, Aman dah ambil duit tu dan distribute kat kenkawannya. Apa lagi cik abe mengamuk...maka malam itu Aman adik beradik diarahkan pergi mengutip semula duit2 tu dari kawan2nya. Nasib baik semua dok satu kuarters dan belum kena belanja lagik...dapat lah balik duit mokcik tu. Memang bertuah betoi anak mokcik tu. Alhamdulillah, dah besar ni dah berubah perangai Aman.




Begitu juga Aini dan Azza...bila nak ke sekolah beria2 minta dibekalkan dengan makanan...Nak minta sosej la, nuget la...kalau dioffer nasi lemak atau mee goreng minta mahap tak nak. Ropenya sebab dia nak bagi2 dengan kawan2 dia kat sekolah. Katanya " kesian dia mi, mak dia tak masak sosej atau nuget." Pernah sekali tu waktu petang, tiba2 datang mokcik yang selalu ajar mama mengaji. Dia kembalikan wang RM50. Katanya dia dengar cucunya bercerita sesama sendiri nak beli mainan dan makanan. Bila diselidik, dapat tahu cucunya ada duit RM50. Ditanya anaknya, si cucu mengakui wang tersebut diberikan oleh Azza. Aduhai...nasib baik dapat ketangan mokcik tu...kalau orang lain tak tahu la.. Budak2 bukannya dia faham bezanya duit warna biru, merah atau hijau...Alahai anak umi...rindu pulak kat anak dara dua orang tu.





Sempat lagik berposing kat tempat gelonsor, tengok ada budak tengak menyelit nak kuar tu hehehe..outing bersama cik abe, hadi n anak2 dara ni hari sabtu lepas.

Sunday, July 6, 2008

LIFE IS TOO SHORT TO BE WASTED

Hari ini 3 Rejab. Pukul 6 pagi tadi asben menerima sms dari sahabatnya memberi khabar anak sulungnya meninggal dunia. Rancangan Azwa untuk minta asben hantar ke pejabat dibatalkan. Kebetulan hari ini asben cuti sebab sejak khamis sekolahnya mengadakan kem kecemerlangan untuk pelajar2 tingkatan 6. Kami menuju ke rumah sahabat asben yang tidak berapa jauh dari rumah. Ketika tiba, terdapat beberapa buah kereta di kawasan rumah sahabat berkenaan.

Azwa terus masuk ke dalam mencari isteri sahabat asben. Hubungan kami nak kata rapat sangat tidak juga disebabkan oleh faktor jarak tetapi akrab kerana dulu asben memasing orang merantau masa di Sabah. Kini kami pula jadi perantau di negeri "Ganu ini. Sahabat Azwa, D sedang duduk berdekatan dengan jenazah anak sulungnya yang sebaya dengan anak no. 2 Azwa. Arwah sepatutnya akan menduduki UPSR tahun ini. D memang sangat sedih kerana tak sempat bersama anaknya di saat akhir. Kisahnya semalam arwah mengikuti majlis khatam Al Quran di stadium tertutup Gong Badak. Kebetulan anak Azwa no. 3 pun ada ikut majlis tersebut. Memang ditakdirkan memandangkan Arwah menyertai majlis tersebut, maka D dan suami yang hendak menziarahi abang iparnya yang masuk IJN di KL hanya membawa anak2 yang lain sementara arwah menumpang kereta kawan untuk ke majlis Khatam Al Quran tersebut.

Kejadian kemalangan berlaku pada sebelah petang semasa arwah hendak menyeberang jalan untuk membeli roti canai. Diceritakan semasa arwah berada di divider jalan tiba2 sebuah kereta terbabas lalu melanggar arwah. Arwah meninggal di hospital besar semalam. Semasa tiba di rumah D pagi tadi, jenazah arwah belum dimandikan lagi sebab baru selesai post mortem dari hospital. Memang D amat terkilan kerana tak sempat bersama arwah. Katanya sepanjang hari itu Arwah kerap sms dan call D dan asben bertanyakan "Bila umi nak balik?". Semasa nak keluar dari rumah D sebentar tadi, ramai rakan2 sekolah arwah datang menziarahi dan masing2 memang terkejut dan tidak menyangka kepergian arwah secepat itu. Ye la, baru semalam mereka bersama2 di majlis Khatam Al Quran, tiba-tiba hari ini arwah sudah pergi meninggalkan kita untuk selama2nya.

Dalam perjalanan balik, Azwa terfikir, hidup kita ini terlalu singkat sebenarnya untuk dibazirkan. Memang banyak kerja yang harus kita siapkan tapi kerja2 kita itu janganlah sampai menyebabkan kita mengabaikan masa untuk orang2 yang kita sayangi. Kita tidak tahu mungkin dalam perjalanan kita ke tempat kerja, mungkin itu kali terakhir kita melihat, mendengar dan mencium mereka. kalau bukan mereka, mungkin kita yang akan pergi.

Al Fatihah untuk Allahyarham Azlan, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga D dan suami akan tabahkan hati menghadapi segala dugaan.