Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

RAMBUT HADI DAH HILANG!

Salam kenkawan.


Update yang bergambar untuk hari ini...




Amboi...gumbiranya dia...siap lambai2 lagik..



Macam YB melawat kawasan jer...apa agaknya yang menarik perhatian YB ni?



 



OOO..nampak ikan rupanya. Memang pantang Hadi ni nampak ikan...dia bukannya takut dengan ikan keli, belut segala tu...kalau tak larang lammaaa dah dia pi pegang...huhuhu






ikan patin

Cik abe dan anak2 sedang tengok aper tuu??Amvooiii pokcik senyum lebar...'yeay aku masuk belog..'



Tengok orang jual ayam ropenya dorang ni...kusyuk betoi nengok ayamnyer waka waka...




Senyum pokcik...saya nak masukkan gambor pokcik dalam belog.. kueh gapo tu pokcik??






Ini santan sedia perah...tinggal dicampur dalam masakan sajork..



Ini tapai..bungkus dalam daun getah...harummm jer baunya dan manisss. Letak dalam peti sejuk...wallaahhh...mabeles sungguh rasanya. 


Biasa tak tengok kueh nie? Memang sedap makanan tradisional kann..






Sate ayam....






Gambar2 masa kami mengunjungi pasar tani hari sabtu lepas dekat Giant KT.  Lepas ke pasar tani kami pun bawa Hadi ke satu tempat.  Tepi jalan dekat rumah tokki jer. Alhamdulillah takde orang, erkk...tukangnya ada lerr...hehehe.  Tujuannya...jeng..jeng..

Baik betul Hadi ni... dia diam jer masa pokcik tu 'hilangkan'semua rambut dia...





Okes..hadiah untuk good boy...belon kapal terbang!

malam tu, masa dia nak tidur, dia kata..'Ummi, nak pegang' sambil buat aksi nak pegang kepalanya. 'tajam la miii...'.  Bila ditanya, 'mana rambut Hadi?'...dia jawab "Rambut Hadi dah hilang!"


gambar dipinjam dari blog Kak Anie

Akhirul kalam untuk hari ini...dicopy pastekan email yang diterima...



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "  Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA  dengan rendah hati  memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang  tersengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Wednesday, April 30, 2008

JALAN JALAN PASAL KERJA

Huhuhu...nampaknya bulan mei nie berjalan sakan ajer la Azwa. Tapi bukan jalan jalan cari makan ek...nie jalan jalan pasal kerja. So aktiviti hari pertama bulan mei..iaitu esok...aha..mencotikan diri, dan meluangkan masa dengan famili. Kat sini tak excited pi shopping kompleks macam masa kat Ipoh dulu...sebab barang2 dia mahal2. So aktiviti kekeluargaan adalah mencuba memasak resepi baru. Nak terai la beberapa resepi dalam majalah Rasa dan Saji keluaran terbaru iittew. Kebetulan tema Saji bulan ini ialah makanan tradisi negeri Terengganu...hah, sesuwai la blajar makanan kegemaran asben ku ittew.

Petang2 kalau ada kelapangan kemungkinan akan ke Pantai Teluk Ketapang menikmati ikan salut tepung...yummy.. Tapi seriously, keadaan kat sana tak sebest dulu. Ini semua gara-gara idea membina landasan kapal terbang atas laut...maka sebahagian besar pantai telah ditutup untuk merealisasikan idea itu. Yang nyata, memang la nampak gah projek itu tapi adakah rakyat yang mendapat faedah darinya? ntah la...Mungkin satu hari cerita2 makan2 iakan salut tepung di Pantai Teluk Ketapang hanya akan tinggal sejarah sahaja. Ke akan jadi satu pemandangan di sana orang2 menikmati keindahan pantai dan menikmati air kelapa muda sambil meratah ikan, udang, sotong dan keropok lekor salut tepung sambil mendengar dan melihat airbus mendarat...ntah la. Mungkin selepas ini kena beralih ke Pantai Batu Rakit pulak yang tak kurang jugak cantik nya tetapi agak jauh sedikit untuk menikmati keindahan pemandangan laut biru hijau sambil menikmati ikan salut tepung yang panas2 ittew..Teringat soalan Datuk Johan Jaafar...Apakah yang dikehendaki oleh rakyat Terengganu?

Ok lah enuf about isu2 berbau politik hehehe...tak minat pun dengan dunia politik nie.So diari jalan2 Azwa untuk Mei adalah tentatively seperti berikut ( insyaAllah jika tiada aral melintang):

4/5/2008 - Ke Kemaman untuk mengendalikan kes
5/5/2008 - Bertolak ke KL untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya
6/5/2008 - Balik ke 'Ganu
8/5/2008] - bertolak semula ke KL untuk menghadiri mesyuarat di UKM, Bangi
hingga ]
10/5/2008] - Balik ke Ganu
12/5/2008 - Ke Kuala Berang
29/5/2008 - Ke Kota Bharu

Wah banyak travelling nie bulan nie...tapi yang within 'Ganu tu besa la...yang diluar Ganu tu yang lomah skett....tp takper, demi menjalankan tugas, gagahkan juga diri.

Awal Jun pun dah ada program iaitu Kursus di Grand Riverview, Kelantan...hmn...kena masa cuti sekolah...best la jugak. Boleh bawa famili ronda2 kat sana. Satu jer la masih kurang nie...hah...kamera la..apa lagi. Nampaknya kena membeli kamera baru lagi la Azwa nie. Sejak kamera baru ku kena copet perampuk masa kat Perak dulu, rasa malas nak beli. Tambahan pulak kat sining regenya agak mahal. Kena beli masa pi KL next week la nampaknya, at least sana banyak choices. Nanti dah beli kamera, bleh la tepek gambor2 kat sining baru meriah skett hehehhe..

Oklah..gotta go la siapkan kerja2 nie. Oh ya korang dah hantr borang income tax kerr??? Hah today last day tau. Azwa paksa diri semalam siapkan dan hantar terus...senang hati rasanya dah selesai semua. Alah guna e-filing jer...mudah dan senang hehehe.. Have a nice weekend all...Selamat hari Pekerja...