Showing posts with label cerita tiga babak. Show all posts
Showing posts with label cerita tiga babak. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

PUTERA KATAK, HE IS BEAUTIFUL DAN CHAK DE INDIA!

Salam kenkawan.


Kali ini entry lite lite sahaja.


Semenjak ada tv kat rumah ni, sebelum tidur sempat la menonton rancangan2 tv. Kebetulan masa bercuti panjang tempohari, banyak masa terluang, maka sempatlah melayan cerita2 kat tv terutamanya cerita Putera Katak dan baru-baru ini diperkenalkan kepada He is Beautiful oleh anak teruna no. 2 mokcik hahaha. 


Inikah si Putera Ammar yang disihir menjadi katak? Gambar Ihsan dari web yg digoogle..
Bilalah si Tina ni akan mencium putera katak supaya bertukar menjadi Putera Ammar....hahahha [foto kredit kepada yanmiconline.com]










Episod terakhir hari ini atau esok ya...so, kepada yang nak release tension petang2 tu bolehlah menonton drama ini di tv3 jam 4.30 atau siaran ulangan di tv9 jam 8.30 malam yachh...

Seterusnya drama Korea yang agak menarik juga di tv8, He is beautiful. Mokcik dengan Aman berebut channel...mokcik nak tengok Putera katak, Aman nak tengok He is Beautiful hahaha...kesudahannya, bila iklan, switch channel hahaha...



Menarik juga cerita ni, sungguhpun macam tak logik jer tak perasankan Mi Nam tu perempuan sebab nampak sangat keayuannya walaupun memakai baju lelaki. Tapi bila melihat heronya pakai celak..alahaiii...pelakon Korea ni sangat metroseksual... Setakat ini ada sorang pegawai kat pejabat mokcik yang fesyen rambutnya ala-ala pelakon Korea hahahaha...

Layan jer la kalau korang peminat tegar drama Korea mesti tertarik menonton drama He is beautiful ni...

Semalam pulak, dah nak tertidur dah. Pastu tangan gatal pulak tekan remote tukar ke channel tv2...tiba2 ku terlihat wajah pelakon yang nampak familiar...tapi agak lain sikit dari watak dia biasa berlakon. Lepas tu pelakon2 dalam filem tu takde yang pakai baju bertukar2 mcm citer Hindi. Sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan...alahaiii...nampak sangat macho dalam filem ini...



Filem Chak De! India...

Something different...tiada adegan menyanyi2 yang meleret2, bertukar2 baju, atau bercintan cintun yang terover2. Sometimes winning is everything! itu la motto filem ini...filem yang cuba mengangkat martabat kaum wanita di India. Selain SRK dengan kemachoannya...hahaha...jalan cerita filem ini memang menambat kita untuk terus menonton hingga tamat cerita ini..


Nantikan Chak De! India part 2...hehehe

Wokay...mokcik dah lapar ni...nak makan apa lunch hour ni ek... tersangat malas nak keluar lunch..petang nanti ada acara makan-makan untuk meraikan pegawai2 yang akan bertukar dari Unit mokcik..maybe i shuld just eat my vanilla flavoured bread untuk alas perut hingga petang nanti hehehe...

Thursday, April 9, 2009

SUDAH SURATAN TAKDIR

Citer satu

Lewat petang semalam, bos panggil. Arahannya untuk mokcik menghadiri mesyuarat di hq Putrajaya. Hmnn...rasanya untuk tahun ini mokcik tak ada peluang lagi nak menghadiri kursus atau diarahkan menghadiri mesyuarat di luar Terengganu. So, this will be my first trip to Putrajaya this year and first time i will be leaving baby Hadi with cik abe eversince my mama went back to Sabah.

Hari ini cuba mendapatkan penerbangan terakhir pada 12/4. Malangnya penuh. Waiting list pun penuh juga. Yang ada kosong jam 10 pagi...hmn...sudah suratan takdir, kena bertolak awal ke KLIA. Kelam kabut hari ini memaklumkan pihak2 untuk menangguhkan mesyuarat menyelesaikan masalah rakyat jelata hari ahad ini.

Citer dua

Mokcik bertolak balik ke rumah dalam pukul 6 petang. Kali ini kena ambil baby Hadi dari rumah baby sitter. Cik abe ada urusan di sekolah. Lepas maghrib baru balik katanya. Tiba ajer depan rumah adik ipar, ( mokcik singgah untuk pick up Aini dan Azza), MIL memaklumkan jiran depan rumah mokcik meninggal petang itu.

Malamnya FIL singgah di rumah dalam perjalanan balik dari surau. FIL bercerita, jiran yang meninggal tersebut pada pukul 3 petang telah pergi ke pasar membeli buah duku. Tiba di rumah, arwah sambil berehat2 menikmati buah duku tersebut tiba2 berasa tidak sedap badan lalu dikejarkan ke hospital. Sampai di hospital, arwah disahkan meninggaal dunia. Dalam pukul 5 petang van jenazah sampai di rumah arwah menghantar jenazah. Memang ramai yang terkejut dengan pemergian mengejut arwah.

Sudah suratan takdir, ajalnya sudah tiba. Al Fatihah untuk Arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Citer ketiga

Sedari pagi tadi mokcik ada mesyuarat. Alhamdullillah dapat diselesaikan. Selesai satu mesyuarat, terpaksa ambilaalih satu mesyuarat lain yang sepatutnya bos handle. Bos tersangkut dengan kes di mahkamah yang belum start2 lagi walaupun jam sudah menunjukkan jam 11.30 pagi. Anyhow, mokcik dengan bantuan seorang lagi pegawai berjaya juga handle mesyuarat tersebut. Ia berakhir jam 1.15 tengahari. Mokcik order lunch di kafeteria.

Bos balik court jam 1.30, sempat la join kami untuk lunch. Lepas lunch terus sambung diskusi dengan bos berkenaan kes tadi...jam 3.45 petang baru settle. Rushing untuk solat zohor dan settlekan beberapa perkara since ahad mokcik tak masuk ofis dah.

By the time mokcik finish this entry, feel soooo tired oredi. Mata macam nak terlelap pulak dah...wokey la kena kemas meja nie dulu sebelum balik...have a nice weekend everbody..