Pada hari jumaat lepas tadika Pasti Aini dan Azza telah mengadakan Majlis Ihtifal 2008. Oleh kerana ianya depan rumah sahaja, maka very convenient for us to attend. Cik Abe dan azwa sama-sama mengiringi Aini dan Azza menghadiri majlis tersebut. Majlis dirasmikan dan dimulai dengan persembahan kanak2 Pasti. Memang seronok melihat keletah anak2 ini. Terima kasih kepada ustazah yang sanggup membimbing mereka walaupun menerima bayaran ciput sahaja. Salah sorang ustazah ini bawa keta merc siri sama ngan keta kerajaan Ganu pakai uollsss...tapi tak heran la sebab asben dia kerja ngan petronas gaji paling kurang pun RM20K sebulan. Ustazah nie kira buat kerja sukarela kat Pasti nie sebab ianya pun betoi2 bertentangan dengan rumah dia.
Ini gambar kelas Tahun 6 (2) (umur 6 tahun) memberikan persembahan mereka. Aini salah seorang dari mereka. Kerana ambil gambar guna henpon ( kamera still ngan adik ipar di KL) dan azwa pulak duduk kat bahagian belakang, dapat ambik gambar dari jauh aja la.
Ini Aini sedang menerima sijil tamat persekolahan Pasti. Tahun depan Aini masuk Tahun 1, insyaAllah. Masih belum buat keputusan walaupun dah daftarkan dia di sekolah kerajaan, sama ada nak sekolah gomen atau masuk sekolah agama yang cuma selang dua tiga buah rumah dari rumah MIL.

Yang ini pula giliran kelas Azza menerima sijil. Tahun depan Azza masih akan meneruskan persekolahan di Pasti yang sama. Kata ustazah, dia ini pemalu sikit. kalau disuruh mengaji, suara kecik, tak dengar pun. Tapi kalau kat rumah dia paling bising sekali huhuhuhu.

Azza, lepas terima sijil terus cari uminya. Dapatlah ambil gambar close up. Gambar Aini tak menjadik pulak..

Aman...tahniah kerana mendapat keputusan yang di luar jangkaan masa UPSR tempohari. Semalam cikgunya cadangkan beberapa sekolah elit/premier kat KT nie. Tapi azwa sebolehnya tak nak aman masuk sekolah berasrama lagi. Azwa harap aman dapat diterima masuk sekolah agama dekat sekolah lamanya. Kira salah satu sekolah top juga di kawasan KT, tapi kat sana boleh ulang alik ke rumah hehehehe.
Aman ni manja sangat dengan azwa. masa kecik dulu sanggup tidur depan pintu bilik air menunggu azwa keluar. Kalau nak minum susu, dia takmo abahnya yang buat, nak umi jugggaaaa buatkan. kalau menangis, tak sah kalau tak muntah dulu baru boleh berhenti menangis. Dia juga panas baran, suka mengusik orang, tapi dia tak boleh diusik...bila dah start perangainya tu, memang poning nak melayan karenahnya. kena banyak2 bersabar. Tapi aman paling rajin sekali antara tiga orang anak teruna tu. kalau kita suruh dia buatkan air milo ker, masukkan kain dlm mesin basuh ker, mesti dia buat...tapi suara kena slow2 la hehehehe. Abahnya kalau pening kepala, aman lah akan kena panggil untuk picitkan kepala sebab tangan dia paling best memicit kepala pasal tembam2 ekekeke.
Semoga Aman akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran dan kehidupan di masa hadapan.

