Showing posts with label TRANSFER?. Show all posts
Showing posts with label TRANSFER?. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

BILA SEORANG JAJA MENANGIS



Hari ahad lepas, seperti biasa beberapa jam sebelum berangkat balik ke Putrajaya, mokcik akan memulakan proses iron-mengiron baju2 sekolah anak2 dan baju kerja cik abe. Hari2 biasa, babysitter Hadi akan datang ke rumah untuk bantu membasuh, melipat dan iron baju. Bagi memudahkan beliau, mokcik letak iron kat dapur. Maka hari ahad itu mokcik sedang iron baju di dapur bila tiba2 Jaja datang dan duduk di satu sudut dapur.


"Umi..umi...kenapa umi kena balik ke Putrajaya?"

"Umi kena kerja la sayang."

"Tak boleh ker umi duduk sini lima hari, duduk Putrajaya dua hari?"


"Tak boleh sayang."


"Kenapa umi orang lain boleh? Umi orang lain semua hantar anak dorang pi sekolah. Tak pergi pun Putrajaya.."

Air matanya sudah berlinangan di pipi.


"Sebab umi orang lain tak kena kerja di Putrajaya."

"Umi minta la bos umi kasi balik umi kat sini.." Sambil teresak2 menangis.






Mokcik pun dah tak dapat menahan sebak. Terus mokcik berhenti iron baju dan peluk Jaja erat2.

"Jaja doa la pada Allah supaya bagi umi dapat balik sini."

"Jaja dah doa dah.."

Dalam pada kami dua beranak sedang bersedih, tiba2 datang hadi dengan Aini. Masing2 datang memeluk mokcik...alahai sedihnyaa...






Baru saja tadi cik Abe called...katanya ada kawannya memaklumkan Pengetuanya ada mengatakan sesiapa yang minta transfer bulan jun ni dia tak akan sokong...argghhhh... mokcik paling malas nak buka mulut tapi nampaknya kena la juga cari talian hayat huhuhuhu...

Wednesday, March 10, 2010

TRANSFER LAGI???





Salam semua...




Mokcik agak sibuk menelaah fail. Have to fly to Miri next sunday. Will be there till tuesday.




Ada bisikan-bisikan sepoi sepoi bahasa yang kini bertiup agak kencang bahawa mokcik akan kena transfer lagi...argghhhh. Tidak jauh, dalam kawasan sama, cuma unit bertukar.. Cik abe pula tiba-tiba mengubah fikiran, menunjukkan minat untuk kembali ke Perak. Twice i rejected the offer by the management to be transferred there, by now boss said the offer is closed hhuhuhu.




Have to sit down and have a long and heat to heat oooppsss.....heart to heart discussion with hubby...*wink*




Will be back later..have to take care of the Miri trip now...have a nice day all....