Showing posts with label PESANAN. Show all posts
Showing posts with label PESANAN. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

PERINGATAN BUAT DIRI

Salam kenkawan.

Baru-baru ni ada terbaca kisah tentang anak-anak yang 'meminjam' ayah mereka buat beberapa jam sebelum dikembalikan ke pusat penjagaan. Untuk tujuan apa, tak tahulah, mungkin untuk urusan pembahagian harta, hanya mereka sahajalah yang tahu. 

Sayangilah ibu sementara kita masih berpeluang.. ihsan daripada google


Mokcik teringatkan kisah seorang anak yang sejak berkahwin dan hingga kini sudah mempunyai dua orang anak, payah benar nak balik menjenguk ibu bapa di kampung.  Alasannya sibuk dengan kerja, mesyuarat dan yang sewaktu dengannya. Yang mengherankan, kedua-dua pasangan suami isteri ini berkerja sebagai pendidik. Maka biasanya hujung tahun, pastinya ada cuti panjang kan? Koman-koman pun, takkan tak dapat luangkan masa sikit pun..dua tiga hari untuk balik menjenguk ibu bapa kat kampung tu. Peliknya kalau balik ke kampung si isteri boleh pulak. Sempat dan punya masa pulak mengunjungi keluarga mertua di sebelah utara sana. Lepas tu ke rumah keluarga sebelah mertua lelaki di selatan tanah air dan seterusnya ke rumah keluarga mertua perempuan di negeri yang berjiran dengan negeri kelahirannya. Kalau memandu dalam dua jam dah sampai dah ke rumah ibu bapanya. Tapi, tiba-tiba pulak tak ada masa..

Bagi ibu bapa dan mertua kita, kebahagiaan mereka adalah apabila dapat berkumpul bersama anak2 menantu serta cucu2nya...



Paling si ibu terasa semasa musim raya tahun lepas. Beberapa hari sebelum itu beria-ia menghubungi ibu bapanya, mengatakan akan singgah ke rumah. Katanya keluarga mertua turut akan bersama-sama. Khabarnya, anak menantu bersama keluarga baru selesai menjenguk keluarga mertua lelaki di selatan. Kini berada di negeri jiran mengunjungi keluarga mertua perempuan.  Sebelum balik ke utara di rumah keluarga mertua, katanya mahu mengunjungi ibu bapa di kampung. Hari raya la katakan. 




Maka pada hari yang dijanjikan, si ibu pun sudah berkemas2. Menyediakan tempat tidur untuk keluarga si besan. Bapa mertua pun sudah siap2 memasak lauk pauk untuk dihidangkan. Gembira si ibu bukan kepalang. Al maklum, sekali sekala dapat bertemu dengan anak menantu dan melihat cucu-cucunya.




Lewat petang itu,  baru  anak menantu bersama dua orang cucu tiba ke rumah si ibu. Keluarga mertua katanya tak jadi turut bersama. 

Dan yang lebih menusuk hati si ibu, keesokan harinya awal-awal pagi lagi anak menantu dan cucu-cucunya sudah berangkat mahu balik ke rumah keluarga si isteri di utara tanah air. Rupanya, cuma transit sahaja kat rumah si ibu. Sudahlah sepanjang tahun itu langsung tidak balik menjenguk.




Aduhaii... sedih juga Mokcik mendengarnya. Mokcik teringat kata-kata ustaz, kalau kita menyakiti hati mertua sama juga seolah2 kita telah menyakiti hati ibu bapa kandung kita. 

Aduhai kalau anda seorang isteri, berhati2lah jangan sampai tindak tanduk kita bisa menjadikan suami kita menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya demi menurutkan kehendak kita sebagai isteri. 



bagi anda seorang suami, jangan sampai isteri anda dilabelkan anak derhaka kerana terpaksa mengetepikan keluarga demi menjaga hati anda.

Sebagai mertua, berpada-pada jangan sampai menantu anda menjadi anak derhaka, semata-mata kerana anda mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan besan anda.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."









  Pesan Nabi saw lagi:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

peringatan buat diri sendiri..mudah2an dijauhkan Allah SWT dari melakukan perkara yang menyakiti orang lain... aminnn...  


Friday, May 7, 2010

RENUNGAN PAGI JUMAAT


9 MIMPI NABI


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"





Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangI oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.



Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.



Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.







Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.




Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.



Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.





Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.








BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"