Showing posts with label PENAT TAPI BERBALOI. Show all posts
Showing posts with label PENAT TAPI BERBALOI. Show all posts

Monday, November 9, 2009

PENAT TAPI BERBALOI

Salam semuaaa...kabare??

Lama mokcik tak sempat mengapdet blog nie. Sepanjang minggu lepas mokcik memerah otak dan tenaga menyediakan hujahan untuk satu kes melibatkan tuntutan RM1 juta terhadap gomen. Alhamdulillah dengan bantuan kepakaran dari Jabatan berkenaan yang kena saman itu, dan setelah berkampung sehingga larut malam di pejabat, semalam kami berjaya finalised kan hujahan tersebut. Sebaik selesai menyediakan hujahan tersebut, jam 11 malam semalam, mokcik sambung menelaah untuk kes pagi ini pula. Berusaha memahami isu2 dan mencari nas2 menyokong pendirian jabatan. Jam 12 malam baru kami balik ke rumah.

Jika jam 12 itu dirasakan lewat, mokcik bersyukur kerana boleh balik pada jam 12 tersebut. Masa mokcik balik masih ramai pegawai2 yang belum balik dan berusaha keras menyiapkan nas dan ikatan otoriti masing2.

Pagi tadi ke POJ dengan perasaan gementar juga. Terasa masih kekurangan persediaan. Kalau kena marah dengan mereka2 kat atas tu mesti rasa bengang jugak..maklumlah penuh juga kamar mahkamah hari ni dengan peguam2. Mokcik berdoa banyak2, kalau kalah pun sekurang2nya tak kena marah pun dah cukup baik.

Alhamdulillah..Allah Maha Mendengar dan Mengasihani. Koram hari ini baik2 belaka. Siap boleh bergurau senda lagi. Semua orang speaking omputih, tapi mokcik selamba sajork berhujah dalam Bahasa Malaysia. Biarlah orang kata 'tak standard' atau 'sound silly when speaking in Malay' yang penting........Mokcik menangggg...Memang syukur sangat2.

Balik pejabat, mokcik dan kawan2 pi rehat2kan otak kat kantin. Pekena nasi kandar yang yummlicious...sejak minggu lepas dok asyik makan nasi kandar...hahaha...mokcik pun dah start menambah berat semula ahaksss..Yang tak aci tu kawan mokcik tu tetap menten kurus melidi walaupun membantai makan breakfast, lunch dan dinner yang heavy2...huhuhu

Sudah masuk asar. Mata mokcik kian layu...perasaan penat mula menyerang, tapi mokcik tak kisah sangat. Walaupun penat tapi berbaloi... zzzzzzzz