Showing posts with label Merempit ke Taiping. Show all posts
Showing posts with label Merempit ke Taiping. Show all posts

Friday, June 12, 2009

A DAY TRIP TO TAIPING


Belum pun kering peluh ketiak mengharung jalan2 ke Medan Pasar semalam, mokcik bergegas pulak untuk ke Taiping hari ini. Cadangnya nak pergi selepas balik dari Medan Pasar. Tapi mokcik rasa penat sangat menarik dan mengusung beg hitam itu dari stesen erl ke KL Sentral, naik Rapid KL ke Pasar Seni dan berjalan kaki ke Medan Pasar. Huh...bayangkan ditengah panas terik, mokcik yang ayu ini terpaksa menarik beg dengan bergayanya...huhuhu... Nak bawa kereta kang payah pulak nak cari tempat parking...dan mokcik juga tak larat nak mengharung kesesakan jalanraya kat area itu.

Makanya mokcik mengambil keputusan untuk bertolak ke Taiping pagi tadi. Sebelum subuh mokcik dah keluar rumah...dan biasa la kalau dah namanya Mokcik Azwa tak sah kalau tak terlepas jugak jalan yang sepatutnya diambil... puas mokcik berdoa agar Allah SWT permudahkan perjalanan dan temukan dengan jalan keluar.... Alhamdulillah berjaya tapi jalannya sikit punya jauh ker melencong huhuhu...sampai kena masuk bandar KL...sib baik awal pagi takde jem lagik.

Alhamdulillah perjalanan waktu pagi sempat mendengar kuliah subuh dan soal jawab agama dari radio saluran Salam Fm tak silap mokcik. Very informative dan ada la juga ilmu dapat dipelajari dari siaran radio tersebut.

Memandangkan mokcik dah agak lama tak membawa kereta macam lagak impak maksima...almaklum sejak duduk Terengganu takde tempat pun nak memecut hahahha...mokcik bawak kereta agak slow la jugak.. 100 km/j ajer... Dah agak nak dekat sampai Ipoh baru la skill lama memecut datang semula...Alhamdulillah Mokcik tiba di Taiping pukul 8.15 pagi.

Kes habis dekat jam 12 tengahari terus mokcik memecut balik Putrajaya semula. Stop kat Tapah untuk solat dan beli jambu tanpa biji. Dah berhenti sebentar hilang la rasa boring dan mengantuk, maka mokcik meneruskan merempit...huhuhu...Alhamdulillah tiba di Putrajaya dalam pukul 4 petang. Balik rumah mandi manda, pehtu masuk pejabat untuk tengok kes minggu depan.

Nampaknya mokcik tak balik la minggu nie...dok melangu la kat Putrajaya nie sensorang huhuhuhu...sedeyyy...tapi tugasan minggu depan pun banyak perlu disiapkan, maka reda sikit kesedihan tak dapat balik minggu nie...