Showing posts with label Menghitung hari. Show all posts
Showing posts with label Menghitung hari. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

TIRED OR BURNED OUT?

Hari ini mokcik mengakui...mokcik penat dengan cara kehidupan semacam ini.

Tak sabar rasanya menanti 20/11/2009. Hari bermulanya cuti sekolah. Cuti sekolah bermakna kesemua rakyat jelata mokcik boleh datang ke Putrajaya dan sekurang2nya kami boleh bersama-sama seperti sebuah keluarga yang normal. Memang letih terkejar2 masa. Ianya tidak terasa sangat kalau hari isninnya mokcik cuma perlu berada di pejabat sahaja. Tapi bila mokcik kena bertugas luar daerah...aduh! memang letih sangat terkejar2 ke sana ke mari.

Nak balik awal sedikit hari ahad tu terasa bersalah. Anak2 akan menyoal, "kenapa umi kena balik awal?". Sudahnya masing2 menangis. Kasihan pulak pada abah mereka yang terpaksa memujuk tiga orang anak kecil itu. Bagi tiga orang yang dah besar sikit tu, mereka dah faham. Kalau mereka terasa sedih pun, mereka sudah pandai menyembunyikan perasaan mereka. Maka mokcik terpaksa berkorban untuk menjaga emosi tiga kanak2 kecil itu. Am not complaining. But i guess my body is. Semalam, seawal jam 5 pagi sudah terjaga dan bersiap2 ke airport. Rasanya keletihan menaiki pesawat baru beberapa jam sebelum itu belum hilang lagi. Kini perlu terbang ke Alor Star pulak. Pagi tu masih steady lagi. Masuk jam 3 petang semasa menunggu flight berlepas kembali ke KLIA, mokcik sudah betul2 mahu terlelap. Rasa nak demam pun ada.

Dalam flight, mokcik cuba melelapkan mata. Terlihat kelibat seseorang meletakkan beg di kerusi sebelah mokcik. Mokcik menoleh dan mengangkat muka melihat seseorang yang biasa dilihat dalam suratkhabar dan berita. Mokcik cuma mampu tersenyum, dan dia membalas senyuman mokcik. Sepanjang perjalanan, mokcik melelapkan mata dan dia membaca surat khabar. Sesekali mokcik perasan dia pun menguap juga. Mokcik terlalu penat untuk cuba memulakan apa-apa perbualan, walaupun mokcik teringin sangat nak bertanya kenapa setelah beliau sanggup masuk ke penjara untuk mempertahankan seseorang, kini terbalik pulak perjuangannya? Oh, and he is also as good looking in real life as in the picture...hahahaha... Kalau mokcik seorang wartawan, mesti boss dah ketuk2 kepala mokcik sebab gagal mengambil kesempatan sebegini untuk bertanya pada the person himself kan. Though am not sure how he's gonna take the situation if i really do ask him that question. Tentu korang semua kenal dengannya atau sekurang2nya pernah mendengar namanya kan...*hint* Dia pernah rapat dengan seseorang yang kini sekali lagi menghadapi dakwaan 'melakukannya dari belakang'.

Ok..tiba di rumah dekat jam 5 petang. Terlalu penat. Malas rasanya nak singgah mana2. Sampai di rumah terus masak nasi, masak telur rebus dan panaskan sambal jambi masakan MIL. Sebelum melelapkan mata, terus call rakyat jelata di KT. Asben tengah masak nasi goreng. Kesian dia. Mokcik borak dengan anak2 dulu dan lepas tu baru la berbual dengan asben yang sambil bercakap menyuap tiga kanak2 ribena makan nasi goreng. Sedeyyy pulak rasanya. Pehtu mokcik terus terlelap sampai pukul 2 pagi. Mujur hari ini tiada kes. Cuma perlu berada di pejabat sahaja.

Cik abe pun sudah bersuara. Tahun depan kena pindah juga la ke Putrajaya katanya. Kasihan kat anak2. Kasihan kat kita semua, katanya. Anak2 pun tiap hari menghitung hari. Bila cuti sekolah tiba...supaya dapat bersama umi kata mereka. InsyaAllah, mokcik akan bertahan sampai 20 november ini tiba.