Showing posts with label MUAR TRIP. Show all posts
Showing posts with label MUAR TRIP. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

DARI PUTRAJAYA KE MUAR




Pagi semalam selepas sahur mokcik bertolak ke Muar. Keluar rumah jam 6.30 pagi. Alhamdulillah selamat tiba di Muar pada jam 9 pagi.

**************

Perjalanan mengambil masa panjang, tapi pendengaran kesnya sokojap sajork... Kebetulan bertemu kawan lama masa di kampus dulu di sana. Dah 18 tahun tak jumpa. Cuma sesekala berhubung melalui telefon. Dia jemput ke rumahnya...pejabatnya bersebelahan rumah. Wow...bestnya..working from home. Not far away from the court too. Bahagia hidup katanya, walaupun bisnes kurang mashyuk kalau kat bandar kecil macam Muar ni. Suaminya juga sama profesyen dan kebetulan kawan2nya juga kawan2 mokcik...maka rancak la kami bercerita. Sangat seronok bercerita kisah2 lama masa di kampus dulu. Memang dia rakan rapat mokcik susah dan senang masa di kampus dulu. Cuma bila masing-masing dah tamat belajar, berkerja, berkeluarga, dan jarak antara Laut China Selatan memisahkan .
***************
Masa bertolak balik jam 1 tengahari, dia bekalkan mokcik dengan sebalang kuih tart nanas yang sungguh yummylicious...
*********
Mokcik selamat tiba di Putrajaya jam dekat pukul 4 petang. Alhamdulillah.
****************
Petang ini bertolak balik ke kampung. Sedikit sedey kerana minggu ini mama akan balik ke Sabah. Hari ahad 13 September mokcik akan hantar dia balik ke KLIA dimana mama akan balik ke Sabah lewat petang bersama adik mokcik yang berkerja di Seremban. Lepas tu, petang itu juga mokcik terbang balik ke 'Ganu kerana ada kes di sana pada hari isnin.
**************
Oklah, nak uruskan all these things sebelum berangkat balik..take care all..selamat berpuasa ya.