Kalau tak bosan lagi, marilah bersama mengenang perjalanan ke Saigon lebih seminggu yang lepas hehehe..
Selepas melihat proses membuat coconut candy, perjalanan akan menempuhi sebuah gerai menjual produk berasaskan madu lebah asli. Minuman yang dihidangkan dalam gelas comel itu adalah campuran bee pollen, madu, limau nipis dan air suam. Untuk promote health being katanya. Azwa dapat idea bagaimana untuk perabiskan bee pollen yang Azwa beli beberapa bulan lalu. Gigih katanya nak ikut jejak langkah Uncle Lee untuk awet muda...namun, tekak tak dapek nak menerima rasa bee pollen itteww..hehehe..
Selepas gerai madu lebah ini, kami meneruskan perjalanan. Entah kenapa, sebab kepenatan atau sebab lain, sepanjang perjalanan selepas ini, Azwa langsung tidak mengambil apa-apa gambar. Gambar yang ada pun adalah yang diambil oleh kawan2 lain...so since sehingga tarikh entry ini diuploadkan mereka tak hantar lagi gambar2 itu kat Azwa, maka tak ader la gambar2 kat sini hehehe..
Kat sini sekali lagi rombongan cik kiah semua kena 'kencing'. Azwa perasan, semua tour agent akan bawa rombongan cik kiah ke tempat/gerai yang sama. Disebabkan itulah hampir pada setiap masa kami akan bertembung dengan rombongan cik kiah lain yang sama... malah akan masuk restoran yang sama, hotel jer berlainan hehehe..
Kesahnya, guide tu berkata.."want to buy leather bags at cheap price? come i show you"..apa lagi rombongan cik kiah semua pun beramai2 ler serbu kedai yang ditunjukkannya. Paling kelakar beg dari kulit burung unta...harga kat gerai yang pertama ini diletaknya selepas tawar menawar, RM120. Ramailah kawan-kawan yang membelinya. Mengenangkan mokcik dah memborong kat cotton house tu kan, dan kami belum masuk ke Ben Tanh lagi, Mokcik berjaya menahan diri daripada meleburkan RM, Dong ataupun USD kat sini. Tapi dalam pada tu sempat gak beli dompet kecil sebagai souvenir..
Member2 memang semua gumbira membelek beg dari kulit burung unta masing2...ada macam2 kaler, merah, hijau dan biru. Dalam beg besar itu ada dua beg kecik lagi...
Kami pun meneruskan perjalanan... kat sini sebab leka melihat gerai2 sepanjang perjalanan hampir2 mokcik kena langgar dengan motorsikal..memang dah kena pun tangan mokcik dengan handle motor..sakit uols namun mokcik buat2 tak sakit..mokcik gosok2 tangan makcik yang bawa motor itu untuk minta maaf..huhuhu.. kat situ tempat orang lalu lalang kat situ jugak dorang nak bawa motor.
Pada masa ini ahli rombongan lain heboh2..rupanya mereka nampak kat satu gerai seseorang sedang bergambar dengan ular sawa..masing2 menyerbu nak bergambar..masa ini mokcik memilih untuk berjalan terus ke depan hehehhe
Tiba-tiba datang seorang makcik menghulurkan beg dari kulit burung unta.."RM80 only" katanya...
Member2 tadi semua berpandangan sesama sendiri..
"cuba rasa beg ni..ni tiruan. kulitnya terasa keras..tak lembut macam kita beli tadi.."
Semua pun tahu itu ayat penyedap hati..
Kat depan sikit lagi..beg yang sama disuakan.."RM60 only"..
hahahahaha...
kami semua tak dapat menahan ketawa dan pada masa yang sama siapa2 yang dah beli beg itu pastinya terasa geram hahahaha...
hadoiii...
| Masa naik sampai ke jeti tu .. pandai2lah kalian memberikan tips kepada pakcik dan makcik yang mengayuh sampan tu ye.. |
![]() |
| Naik atas bot masing2 akan dihidangkan dengan air kelapa.. |

