Showing posts with label LEPAK-LEPAK DISEBERANG. Show all posts
Showing posts with label LEPAK-LEPAK DISEBERANG. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

LEPAK-LEPAK DI SEBERANG PART 3

Salam kenkawan.

Kali ini Mokcik nak share beberapa tips yang mungkin boleh membantu demi mempastikan kelancaran rancangan untuk berwisata ke Indonesia amnya dan Bandung khususnya.

Sebelum Mokcik terbang ke sana tempohari, Mokcik telah google internet mencari tips bershopping atau berjalan-jalan ke Bandung.  Banyak tips yang membantu namun ada beberapa  perkara kecil yang tidak disebut dalam tips2 tersebut, sedangkan ianya sangat membantu bila kita berada di sana. 

Rombongan Cik Kiah ke Jakarta-Puncak-Bandung ini adalah dengan menaiki KLM Royal Dutch Airlines. Separuh daripada penumpang adalah rakyat Malaysia yang telah merancang menghabiskan cuti  Maulidur Rasul dan Thaipusam di negara jiran... strictly polisi KLM adalah "one passenger, one luggage". Over weight kalu, kena bersedia dengan wang untuk membayar excess baggage ya mokcik2...

Tips pertama:  

Sila tukar RM kalian kepada Indonesian Rupiah semasa berada di Tanah Air ya mokcik2... Menurut rakan2 yang sudah biasa keluar negara, tempat di mana kalian boleh mendapat nilai tukaran yang berbaloi adalah di Mid Valley (nama kedainya mokcik tak pasti la pulak). Memandangkan masa suntuk, Mokcik cuma sempat menukar wang di Bandar Baru Bangi dengan bantuan Ibu F yang sudah beberapa kali ke Bandung. Hasil negogiationnya dengan pengurup wang, kami berjaya mendapat tukaran yang sama dengan nilai yang didapati di Mid Valley. 

Tidak berapa digalakkan menukar masa berada di Pasar Baru Bandung kerana nilai tukarannya mahal dan anda akan kerugian sedikit, melainkan jika terdesak, terpaksalah jugak kan hehehe... kalau kat sana kena ambil nombor giliran macam kat bank kalau nak tukar wang hahahaha...

Tips Kedua:

Sila pesan kepada money changer awal2 supaya berikan kalian beberapa wang kecil dalam nilai Rp 1000 ataupun Rp2000. Paling tidak pun, Rp 5000.

Moralnya:  Apabila berada di sana, setiap kali hendak masuk ke Kamar Kecil a.k.a tandas, bersedialah untuk membayar Rp1000 (RM0.35). Biasanya di stesen minyak hatta di sesetengah masjid sekali pun , kita kena membayar RP1000 untuk melepaskan hajat.  Sesetengah tempat mungkin lebih mahal sedikit iaitu Rp2000(RM0.70) misalannya di Sari Ater Hot Spring. 

so, kalau anda menukar wang semuanya kepada Rp100,000 atau Rp50,000, terpaksalah anda berhutang untuk masuk ke kamar kecil heheheh...

Kalau sayang sangat nak keluarkan wang anda, bertahanlah sehingga rombongan anda tiba di Rumah  Makan atau di Factory Outlet hehehe..

Tips ketiga:

Sila siapkan satu nota kecil menunjukkan nilai tukaran wang RM kita dengan Rp mereka. Maka mudahlah bagi mokcik2 membuat rujukan masa nak membeli nanti. 

Ketua rombongan kami, Ibu F sudah siap2 menyediakan rujukan ini..siap kena laminate lagi...p/s apasal gambar ni jadi upside down pun mokcik tak tahu..tak reti nak betulkan... hehehe

Dengan adanya senjata ini, mudahlah kalian nak tawar menawar kan.. lagi satu keep in mind, biasanya orang Malaysia yang membeli barangan di sana untuk tujuan berjualan di Malaysia akan menjual barangan ini pada harga yang sama seperti ditawarkan di sana. Misalnya, jika telekung itu diletakkan harga RP300.000, maka akan dijual di sini dengan harga RM300 walaupun mungkin dibeli dengan harga jauh lebih rendah selepas ditawar... telekung berharga Rp300.000 mungkin boleh didapati pada harga RP125.000 atau kalau anda rajin dan larat survey, ada yang dapat pada harga Rp80,000.

Tips Keempat:

Hendaklah mokcik2 makan kenyang2 sebelum datang bershopping. Orang kata kalau perut tengah lapar, kita punya kuasa tawar menawar agak kurang sikit... tambahan pula you will need the energy to go round the pasar...believe you me...


Makan ya ibu2, bapak2..jangan biarkan perut kosong...


Tips kelima:

Digalakkan datang diawal pagi. Pasar Baru buka jam 9.30 pagi. Jam 9.30 pagi tu, silalah sudah terpacak depan pintu masuk ke Pasar Baru kerana menjelang tengahari keadaan akan sangat sesak, terutama di waktu petang...berlaga punggung uols...Sila bersedia dengan beg mengangkut segala hasil tangkapan. Kalau tidak pun, ramai penjual beg berkeliaran sekitar Pasar tersebut.

Tips Keenam:

Pakailah pakaian yang sesuai...bersandal tumit rendah, berkasut sport atau berselipar sahaja lebih selesa. Kat situ bukan tempat untuk bergaya...silap haribulan, harga diletakkan oleh penjual tinggi kerana menyangka kita "jutawan"...

Ini baru satu kedai menjual telekung...kat sini pun dah rambang mata.. ada banyak lagi kedai menjual telekung di Pasar Baru...pilih jer la mana salesgirl yang anda berkenan hehehe


Tips Ketujuh:

Awasi handbag anda dan kamera anda juga. Bapak2 dinasihatkan letak dompet di poket depan dan bukan di belakang. Begitu juga dengan handphone. Kalau uang hilang tak aper lagik, kalau pasport hilang, menangis tak berlagu la mokcik2 nanti...  

Selepas bershopping, nikmatilah jus alpukat sebagai penghilang dahaga..nyamannnn


Tips Kelapan:

Sentiasa lah berlapang dada. jikalau kalian mendapati barang yang telah dibeli di satu kedai ini dengan harga lebih mahal, tiba2 di kedai lain boleh dapat lebih murah lagi...anggap sahajalah itu adalah rezeki penjual tersebut. If you dwell on it, nanti sakit hati, hilang mood nak bersuka ria bershopping sakan hehehee..

Waduh waduh..memang naik giler membuat pilihan...semuanya cantik2 belaka...Ini kat satu kedai tu, penjual dia nama Milo..peramah giler. Katanya dia menghantar kain untuk dibuat baju ke Butik She qeen di BBB... Mokcik biasa juga membeli baju di butik ini..memang selesa, cantik tapi harganya memang agak boleh tahan jugak...speciality butik ini pakaian kain cotton 



Setakat ini, ini sahajalah tips yang Mokcik rasa boleh dikongsikan dengan kenkawan... mungkin ada kenkwn lain nak share, silahkan...