Showing posts with label LEPAK-LEPAK DI SEBERANG. Show all posts
Showing posts with label LEPAK-LEPAK DI SEBERANG. Show all posts

Monday, February 13, 2012

LEPAK-LEPAK DI SEBERANG PART 2

Salam kenkawan.

Hari kedua di Bandung, acaranya menuju ke Gunung Tangkuban Perahu. Kami telah diperingatkan oleh Pak Harly bahawa penjual cenderamata di sana agak agresif. Mereka akan mengikuti kita dari mula kita turun kenderaan, hingga kita turun ke arah deretan gerai2 sepanjang jalan ke arah Kawah Ratu hinggalah kita menaiki kenderaan untuk balik. Oleh itu jika berminat, silalah menawarkan harga yang difikirkan berbaloi untuk barangan yang dibeli.


Untuk ke Kawah Ratu kenalah kami menaiki van yang dikhaskan kerana bas pariwisata kami agak besar. kalau membawa kenderaan biasa, boleh terus memandu hingga ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu.  Ada juga yang mencadangkan ke Kawah Domas yang dikatakan lebih cantik, tetapi yang terkenal adalah Kawah Ratu


Rombongan Cik Kiah berposing di hadapan papan tanda kenang2an ada menjejakkan kaki ke Tangkuban Parahu


Kawah Ratu.. dipercayai tempat tinggalnya Dayang Sumbi, ibu kepada Sang Kuriang sehingga kini..mengikut lagendanya, Sang Kuriang cuba mengejar Dayang Sumbi lalu Dayang Sumbi tersungkur berdekatan Kawah ini.




Berlatarbelakangkan Kawah Ratu.. geng2 yang sekepala gila-gila belaka makcik2 nie hahaha




Pemandangan sekitar deretan gerai2 cenderamata dan kedai makan menuruni ke Kawah Ratu





Kelihatan Asap berkepul2...bau belerang agak kuat di sini..

Selepas Kawah Ratu, kami ke Sari Ater Hot Spring... air panas di sini adalah dari Gunung Tangkuban Perahu. Kami sempat merendamkan kaki ke dalam kolam air panas. Memandangkan jam sudah menunjukkan waktu makan tengahari, keadaan di Sari Ater semakin sesak dengan lautan manusia. Azwa perhatikan orang di sana akan keluar waktu menjelang tengahari dan berpiknik di kawasan hot spring tersebut. Tempat mandi manda awam memang penuh sesak dengan manusia.

Moralnya: kalau mahu ke sini, pastikan datang awal supaya keadaan tidak terlalu sesak. 


Ini kuih muih dijual di gerai sepanjang jalan menuruni ke Kawah Ratu..besar2 saiznya..tapi tak berani nak merasainya



Pintu masuk ke Sari Ater Hot Spring


Mereka dengan sportingnya sempat berposing sambil mandi air panas hehehe.. air di tandas pun awas..panas ya... hahaha



Wah sempat memadu kasih lagi pasangan ini

Rombongan Cik Kiah sedang santai merendam kaki di kolam air panas



Selepas Sari Ater Hot Spring kami di bawa makan tengahari ke satu Rumah Makan untuk menikmati masakan Padang...

to be continued....