Wah wah wah...long time jugak mokcik tak sempat nak update blog mokcik ni kannsss.
Mokcik ke KK sejak ahad lepas. Baru balik semalam setelah tiga hari berhempas pulas memerah tenaga dan otak. Dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang...balik hotel dah penat. Lepas makan jer terus ngoroh (tido). Namanya je balik kampung, tapi hari rabu petang baru dapat balik rumah mama. Semalam pulak, nak balik awal tpi PA mokcik pulak tersilap book tiket. Tiket perjalanan KK-KL dia book KL-KK. Memang gagau (kelam kabut) juga mokcik dibuatnya. Itu lah hikmah agaknya sebab mokcik tergerak hati minta PA book kelas bisnes. Memula nak jimat la kononnya, nak book tambang murah. Tapi last2 mokcik minta dia book kelas bisnes...pejam mata jer sebab prosedur sekarang kena bayar dulu, claim kemudian. Kad kredit dah tahap nyawa2 ikan heheheh
As i said earlier, maybe it's the sixth sense kut.. so, eventhough dah silap book, mudah sahaja buat urusan pertukaran destinasi dan tak kena denda. Alhamdulillah..kalau mokcik ambil tambang murah, memang sah2 dah hai hai bye bye...Flight pukul 3.30 petang, sampai di KLIA jam 6. Tunggu barang keluar, pehtu singgah solat...dah maghrib baru sampai rumah.
Memang lega sungguh2 bila berjaya selesaikan kes di KK itu. Next month untuk submit submission....at least bab saksi semua dah selesai.
Hari ini nak selesaikan urusan atas meja yang perlu diselesaikan...petang pi AGM di KL.
have a nice weekend kenkawan.