Showing posts with label Kisah semalam. Show all posts
Showing posts with label Kisah semalam. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

KISAH SEMALAM


Semalam mokcik sepatutnya ada kes di Jalan Duta. Terlewat sikit bersiap2, so by the time mokcik reached erl station dah terlepas erl dah. Have to wait for the next one yang akan tiba kira2 jam 7.50 pagi. Dah bayar tiket, dah turun ke bawah tinggal tunggu erl mai. Mokcik tiba2 teringat sms kat kawan yang sama2 buat kes ni. Tup2 dia called.

"Puannnn...kes tu hari ni ker?"
"A'a."
"Takde dalam list saya pun. Puan nak saya pergi ker?"
"U katne"
"Saya tengah makan kat Wisma Tani."
"Tak payah la kot. mention jer."
"OK."

Erl akan sampai dalam masa dua minit.

Kringg..kringg...
"Hello.."
"Puannn...tak payah naik erl. Puan ikut saya. Saya on the way ke stesen erl ambil puan."

Semua orang pun pelik. Erl sampai, mokcik naik lif bukan naik erl.... hehehee

"Kitaorang tak refund tiket yang dah dibeli ni cik." Kata gadis kat kaunter tiket kala mokcik minta dia buka gate untuk mokcik keluar.

"Takper...terima kasih."

Maka, mokcik dan kawan mokcik pun bergerak mengikut MEX highway ke arah KL. Nak jadi cerita, tiap kali mokcik naik kereta ke Jalan Duta, mesti ada2 ajer lerr kejadiannya. Tempohari, kes yang sama, terlewat dua jam. Puncanya driver tersilap ambil jalan Sg. Besi. Kebetulan ada kemalangan kat depan dan kereta memang tak bergerak langsung. Mujurlah Hakim yang mendengar kes tak cakap banyak. Semalam , keadaan sama. Konon ikut MEX, nak elak jem...tapi jemmm jugakkk. On the way, kawan call lawyer. Lawyer kata dia pun baru sampai setelah terperangkap dua jam dalam jem. Katanya ada trak merempuh divider kat depan.

Patut la jemmm.

Dalam 9.30, lawyer called. Katanya kes ditunda ke hari jumaat. Hakim kurang sihat katanya.

"Camna puan?"
"Camna lagi...kalau ada jalan kata depan tu kita balik jer la."
"Ok kat depan ada u turn...kita balik opis. On the way kita singgah makan nasi lemak puan."

Sampai opis, mokcik sempat semak surat2 dan beri arahan apa yang patut. Terasa melayang2. Mokcik terus isi borang cuti dan vroommmm balik rumah. Makan panadol soluble sebijik terus mokcik landing kat ruang tamu .... zzzzzzzzzz