Showing posts with label KAWAN LAMA. Show all posts
Showing posts with label KAWAN LAMA. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

MACAM MUSIM LA PULAK....

Baru sajork kejadian terserempak kawan lama jumaat lepas berlaku... tiba-tiba semalam berulang kejadian yang sama. Cuma tempatnya langsung tidak disangka. Kat mana? Hah...kat pejabat mokcik sendirik!





Memang sejak isnin, mokcik sibuk menyiapkan kertas kerja yang diarahkan. Semalam setelah sehari suntuk duduk dalam bilik mokcik menyiapkan kerja, mokcik decided to take a break la kejap. Mokcik keluar dari bilik. Masa itu mokcik terlihat kelibat seseorang sedang berjalan laju menuju ke bilik bos sambil mengekori seorang pegawai di pejabat mokcik. Eh...dalam hati kata...rasa macammm kenalll jer dia nie.






Mokcik pun terus kejar kawan tu sambil memanggil namanya...hahaha. Takmo jadik macam kat airport hari tu kannnss. Member tu terus terhenti dan berpusing menoleh ke arah mokcik.





"eh..puaannn.." beberapa saat juga dia cuba mengingati mokcik agaknya.





Saya nak jumpa tuan *toot*...lepas ni saya cari puan. kat mana bilik puan?"





Lepas beberapa minit, ternampak kelibat dia menuju ke bilik mokcik sambil diikuti oleh seorang pegawai lain. Dia perkenalkan kawan sekerjanya.





Memang lama betul la tak jumpa dia nie. Rakan lama masa mokcik masih anak dara dulu hahaha...dari mokcik selim melim, kepada gemuk gedempol dan kini ada sikittt kurus berbanding dulu ( statement tak mahu kalah tu hahaha) dan terputus hubungan sejak mokcik berpindah ke Perak...tup2 berjumpa di sini..memang unsangkarable betul. Lama juga berbual dan hopefully will keep in touch walaupun bizi dengan tugasan masing2.







gambar diambil dari sini


Tak cukup dengan itu, petangnya mokcik terima panggilan telefon dari kawan lama juga. Katanya mereka berada di KL. Hendak ke UM mendaftar untuk PJJ. Kawan ini asalnya bekas Jurubahasa yang selalu assist mokcik masa mokcik masih bertugas di mahkamah. Berkat kerajinan mereka mengambil part time belajar kat UITM, akhirnya berjaya dapat Diploma dan berpeluang naik pangkat. Kini dah jadi Pendaftar. Sekarang berusaha nak dapat degree pulak. Mokcik memang respek dengan semangat mereka nie. So, semalam mokcik belanja mereka makan kat Kenny Rogers di KL Sentral. Lama juga berborak2. Memang best, kecuali pelayan2 kat Kenny Rogers KL Sentral tu ajer yang kurenngg banyakk...eksen dan takde sense of humour langsung. Dah la tak sedap...nyesal makan kat situ. Tapi branch kat Alamanda tu ok pulak....






yang ini pulak dari sini


teringin nak makan yang nie, tapi member2 nak ke KR..ikutkan jer la...



Dari mereka mokcik dapat tahu salah seorang lagi rakan lama akan berada di KL esoknya ( hari ini). Tapi dia akan berada di sini atas urusan merujuk anaknya ke IJN. Pagi tadi sempat bersms dengannya. Kalau sempat nak juga berjumpa dia. Semoga dia bersabar menerima cabaran.

Nampaknya macam jadi musim bertemu rakan lama. Memang seronok, maklum la dah lama tak jumpa. Lepas ni siapa pulak dan di mana lokasinya??