Showing posts with label CERITA BERBUKA DAN SAHUR. Show all posts
Showing posts with label CERITA BERBUKA DAN SAHUR. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009

BERBUKA DAN SAHUR


Semalam kami berbuka di Ani Sup Utara presint 14. Makanan dia ok la. Berbuka disini takde masalah. Pilih sajork mana2 tempat nak berbuka. Cumanya preferably kena pilih tempat yang ada surau supaya mudah nak solat maghrib lepas berbuka. Hari ini kami plan berbuka di Taman Warisan. Kata kawan mokcik tak nak ke Alamanda. Hari gaji hari ni surely penuh sesak Alamanda, katanya.
******
Bab bersahur, kami ada masalah sikit. Ye la nak berlebih2 pun tak boleh la. Dah tuan rumah pun tak mempelawa kami bersahur sama hehehe...PEACE....kena la pandai2 adjust. So, semalam mokcik beli la apa2 yang patut dan sesuai. Kawan mokcik setakat makan roti dan secawan milo ajer dah cukup. Mokcik pula mesti nak makan something heavy untuk alas perut. Kalau tak mula la kepala jadik bengong huhuhu...
******
So, semalam mokcik masak nasi cukup2 untuk dua orang. Jangan tak tahu walaupun menumpang bilik sajork tapi mokcik memang dah bawa semua alat kelengkapan. Dapur dan tong gas aje tak bawak sekalik heheheh. Siap masak telur rebus dan jeng jeng jeng...megi perisa asam laksa untuk kuahnya. Tu la mokcik dah kata kat kawan mokcik elok beli siap2 lauk utk bersahur...ikan goreng ker, ayam goreng ker...tapi lepas kekenyangan makan masa berbuka terus malas nak pi membeli apa2 lagi. mata pun dah kuyu, katil pun melambai2.
Tapi tak seronok betul la bersahur macam nie... hmnn...kena improvise nie.. kena buat plan lain pulak hmnn..
******
Ok la...gotta go...nampaknya mokcik kena ke Muar hari khamis nie..nak tengok apa2 yang patut disiapkan dulu...chowww...semoga puasa kenkawan selamat hendaknya..