Showing posts with label About flowers and maid. Show all posts
Showing posts with label About flowers and maid. Show all posts

Monday, July 13, 2009

SEMALAM DAN HARI INI



Semalam mokcik balik awal dari KT. Flight mokcik jam 10.05 pagi. Jam 11.15 pagi mokcik dah sampai pejabat. Mokcik balik awal sebab mulanya plan nak outsteseng ke Ipoh. Dah duduk kat pejabat, mokcik belek2 fail, mokcik berpendapat kehadiran mokcik tak diperlukan buat masa ini. Mencukupi dengan seseorang menyebut bagi pihak mokcik. Mokcik koling2 rakan sekerja di Ipoh untuk handle perkara ini. Sekurang2nya jimat juga duit kerajaan nak bayar kos mokcik ke luar daerah hehehe...




Dah duduk2 di pejabat sensorang..dah la seluruh pejabat sunyi sepi ( kecuali di sayap sebelah yang mokcik ketahui ada dua tiga rakan juga sedang tekun bersedia untuk kes hari ini)..mokcik pun ambil keputusan untuk ubahsuai kedudukan perabut dalam bilik mokcik nie. Ni memang dah jadi satu hobi mokcik..cumanya mokcik ni tak berapa suka kepada hiasan bunga2an, kecuali terpaksa hehehe.







Oleh kerana sejak pindah bilik nie dan unit mokcik menduduki sebahagian besar sayap sebelah bangunan ini, maka tanggungjawab menghias unit ni dah jatuh kepada mokcik la pulak. Beberapa hari lalu bos dah sound2 meja sofa kat luar tu kosong ajer. Lepas berkemas bagai, mokcik pun berlepas ke W*rt*. Jumpa satu kedai menjual hiasan dalaman yang kira munasabah la harganya berbanding kedai2 kat P*KN* tu. Mokcik pun dapat la membeli tiga hiasan bunga dan tiga alas meja. Maka pagi ini bila bos datang round2, dia tak cakap apa bila melihat meja sofa kat luar dan dalam bilik mokcik pun dah ada gubahan bunga...legaaa...


By next year, the whole family will move to Putrajaya. Look like i have to get the services of a maid...klu boleh memang mengelak nak guna maid nie. Malas nak berurusan dan tak berapa nak percaya dengan maid tambahan pulak banyak kisah2 kurang enak didengar tentang maid sekarang ni. Walaubagaimanapun, tak dinafikan ada juga majikan yang bertindak diluar batasan. Either a maid or have to send Hadi to a nursery..tapi problemonya kerja mokcik skang ni banyak sangat involve keluar daerah...tu yang agak payah kalau hantar Hadi ke nursery...





pendapat korang camana ya?