Showing posts with label APRIL FOOL. Show all posts
Showing posts with label APRIL FOOL. Show all posts

Friday, April 2, 2010

CORAT CORET HARI JUMAAT








Salam dan hello semua kenkawan.

First of all, salam takziah pada keluarga Allahyarham Din Beramboi. Al Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya bukan peminat beliau, malah saya tak pernah buka saluran Era sejak K N K ( Khairil n Kiran) ditukarkan/bertukar ke stesen lain. Tetapi, apa yang dapat kita sama-sama pelajari, maut datang tanpa salam, bila-bila masa sahaja. Sama-sama kita peringatkan diri kita, perbaiki kelemahan kita dan bersiap siaga menghadapi jemputan yang tidak terjangka.

Semalam juga, pejabat mokcik adakan majlis tahlil untuk arwah anak kepada pilot boss yang meninggal beberapa hari sebelum itu. Dalam kami sibuk2 nak ke surau, masa itu lah kami dikhabarkan bahawa berlaku rombakan besar-besaran di bahagian mokcik. Ramai yang gagau kerana tiba-tiba tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba kena transfer. Ada yang para isteri sudah menangis di rumah bila mendengar suami kena pindah hingga ke Johor. Persoalannya, banyak sangat ker kekosongan jawatan di sana tu sampai semua orang nak kena hantar ke sana?

Masing-masing kalut. Ada yang terus naik menyerbu bilik boss! Mokcik yang sedang menyemak apa-apa yang patut dalam internet pun kena panggil sama. Sebabnya, ramai anak buah mokcik ditukarkan tanpa perbincangan, tanpa pengetahuan mereka!

"hah, mokcik, why suddenly all your officer being transferred at the same time?"

"How do i know puan? entah2 i pun kena sekali ni.." Biasa la mek cool menjawab pada boss.

Dua anak buah mokcik sudah menangis, nasib baik tak mengamuk...hahaha

"I am very sorry ya, i want to help but am helpless. maybe you should help them write an appeal letter ah *ratu*"

"Puan, am willing to go if i have to. I just hope this is not an april fool." kata anak buah mokcik.

"Yesss....what date is today?" Kata si ratu.

"Haaa...puan??"

"yess...you people never look at the calendar ka?"

"Puannnnnnnnnn...i dont believe you conspired with her on this.." Mokcik akhirnya bersuara pada BOSS mokcik tau...Boss mokcik sama-sama bersekongkol dengan ratu april fool mengenakan kami sepejabat.

"Hey you also conspired together in this with your cool attitude..hahaha" kata boss pulak.

Habis takkan la mek cool ni nak mencemarkan imej keanggunan ku untuk bising-bising tak tentu arah kan...dengar kabarnya rakan mokcik yang dikenakan april fool yang serupa datang menyerang boss dan ratu, mengamuk bila tahu anak-anak buahnya kena transfer hahaha...









... Salah seorang anak buah mokcik yang diaprilfooledkan mempunyai perasaan untuk melakukan ini ke atas ratu april fool hehehehe....








Ntah la, apa ke faedahnya dorang buat kisah april fool ni. Takkan nak marah pulak...dah boss bahagian sendirik ikut berlakon...haiyooo...

Tapi yang nyatanya, ini cara depa release tension...hehehe









Lepas tahlil kami dihidangkan ini...yummy...terima kasih..








*My breakfast. Untouched. No appetite to eat yet.*







*As usual on friday, dah siap-siap bawa beg galas ini untuk balik KT*





*This is the files that i have to clear before going off for the weekend..*







*Looking forward to be with the family...windu kat Hadi, kabarnya dia demam hari ni...cian anak umi.*



*Roses and *





*Coconut shake for all of you out there. Have a nice weekend everybody*