Monday, March 29, 2010

APA MAU DICORETKAN YA



Salam Satu Malaysia semua....




Baru sahaja melawat blog seorang blogger nie yang agak femes gak di alam blogger ini. Kalau korang suka baca cerita tentang hiburan [sekali sekala sebagai hiburan bila boring2] terutama tentang Akademi Fantasia yang masuk musim ke 8 haa..pasti pernah la dengar nama blogger itteww...awww...[bagus punya hint hahahha]




Anyway, blogger ini mengatakan sejak dua menjak ini beliau dah malas nak buka laptop, pc, notebook segala. Alasannya sebab sekarang ni ralit dengan blackberry! [Kenapa tiba-tiba mokcik terasa pulak errkkk....] Menurutnya lagi sampai dah jahanam [ oopss...minta mahap...] blackberry kepunyaannya itteww.




Mokcik pun sejak dua tiga menjak nie memang agak bencinta sikit nak open notebook. Bawa notebook bila pi outstation sahaja. PC memang kena open gak la sebab nak buat kerja kan. Setakat ini blogging tidak dikawal, tapi telah dinasihatkan agar berhati2 dalam segala tutur kata, maklum la kita ni kan kerja gomen. FB di pejabat memang dilarang sama sekali uolss. Dengan adanya blackberry, mudahlah kalau nak berFBing semata-mata dan menyemak emel masuk. Kalau nak berblogging tu memang bencinta sungguh la guna blackberry ni....laju lagi sang kura-kura...huhuhu




Tapi mokcik belum la mahu bersara dari dunia blogging ini. Cuma kurang sikit la aktiviti tu buat masa ini...banyak fail2 yang perlu mokcik selesaikan dulu. Tapi mokcik boleh dijumpai di FB hehehehe...ok itu sajork ler yang mokcik nak coretkan kali ini. Ada banyak idea, tapi, keinginan untuk menulis kurang buat masa ini....mohon ampun.




Nak habiskan membaca novel yang dibeli di Pesta Buku...kerja sambilan bila penat memerah otak menelaah fail2 hehehehee....






Untuk kalian semua...have a nice day, gumbira selalu dan selamat beramal [bunyi macam Ustaz Izzi pulak dah...hahahha]




7 comments:

  1. payah juga ya mokcik nak berblogging almaklumlah koje gomen..kwn ni pun sama gak mana leh main tenet waktu koje tapi kannn klu dah line nyer sentiasa on je mana boleh diam jln terus.

    mokcik kwn x ada blackberry blue berry boleh kot.

    ReplyDelete
  2. zar pun dah kurang berblogging lagipun rasa tak de apa yg nak citer tambahan pula ada kaki skodeng kat blog zar tu.. mencik I.. :)

    tapi apapun melepak di FB aje..

    ReplyDelete
  3. Zue,
    sebenor2nya takde sapa pun larang mokcik berblogging..hehehe. Same2 le kita..line on depan mata.. sesekali tu tergoda gak meronda2 pi blog orang harharhar

    tapi of coz semua kena tapis, sebab takut silap cakap kena trace kan. Terfikir nak privatekan supaya lebih bebas meluahkan emosi dan meletakkan gambar2 kat sini...tapi leceh kan private memprivate tu..tengok la camno

    ReplyDelete
  4. Zar,

    betul tu...kalau ada orang skodeng lagi ler tak besh kan kan kan.

    di FB mudah sikit tak payah coret panjang2. tapi kat sana pun ada gak focus group uolss...dok memerhatiiii jerr...

    ReplyDelete
  5. hehehe..bukan bosan bernote/netbook..tapi kadang2 menjengkelkan. macam2 perasaan je yang timbul. saya tak reti le black berry ke blu berry ke strawberry ke.. reti log in dah cukup bagus. tapi..mokcik try la beli.boleh ajar2 kita ni. selamat membaca (fail, bukan buku cerita). hehehe...

    ReplyDelete
  6. Cik Saya,

    ekeke...perli aa...selamat membaca fail katanya..

    kalau guna digi..bleh tukarkan 3 bulan bil dgn bberry percuma katanya... tengah try ni... hehehe .Kalau harap beli sendirik memang idok lerr...yg ada ni pun sebab gomen sponsor ihikss

    ReplyDelete
  7. Hello Mokcik Azwa, before coming here, when packing our barang2 apa nak bring here, I wanted to destroy, burn my more than 25 old diaries and notebooks I kept all the years....from work schedules to interesting events of my times.

    I somehow decided to keep all and bring here. It was stored in our storeroom in a lock box, till 4 years ago I discovered blogs by chance.
    And wondered what to blog about.
    Then I remembered my diaries, and thus...what you have been reading at my pondok.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete